Isnin, 22 Julai 2019

Penggemar Kopi Wajib Datang Ke Kafe RAGE

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru Hans telah dijemput oleh pihak RAGE ke cawangan mereka di Bangsar. Memandangkan nama RAGE semakin dikenali dan digemari oleh ramai penggemar kopi di Malaysia maka Hans turut tidak melepaskan peluang untuk hadir sendiri ke sini. Lebih menarik perhatian ialah kafe RAGE menawarkan pelbagai jenis variasi aromatik kopi untuk Hans cuba nikmati sendiri kelazatannya.


Apa yang uniknya tentang RAGE ini bukan sekadar rasa kopinya yang pelbagai tetapi juga konsep serta elemen kafenya yang menampilkan identiti yang tersendiri. Bersesuaian dengan slogan kafe RAGE sendiri iaitu Relaxing, Revitalize, Relationships ini juga turut memberi fokus kepada penggunaan teknologi serta komuniti untuk menjadikan kafe RAGE bukan sekadar tempat untuk anda minum kopi semata-mata.


Buat pengetahuan anda semua, Kafe RAGE yang Hans lawati ini terletak betul-betul di dalam Menara UOB berdekatan dengan stesen LRT. Bukan sekadar lokasinya mudah untuk dicari tetapi Hans sendiri merasai ketenangan saat minum kopi disini kerana keselesaan serta dekorasinya yang cantik dan menenangkan.


Apa yang menjadikan kafe RAGE ini istimewa dan luar biasa ialah pihak mereka menawarkan satu ruang yang diberi nama Ruang RAGE. Menariknya ialah para pelanggan boleh menggunakan set tinju tersebut untuk memukul beg pasir yang disediakan bagi melepaskan segala tekanan yang dihadapi sepanjang hari tersebut. Selain itu, ruang RAGE ini turut memberi peluang buat para pelanggan yang datang untuk saling mengenali antara satu lain yang secara tidak langsung akan membuatkan masing-masing menjadi satu komuniti yang baik walaupun berbeza latar belakang saat menghirup aroma dan minuman kopi di Kafe RAGE ini.


Berita baik buat para penggemar kopi sekalian, kafe RAGE telah memperkenalkan aplikasi mereka yang tersendiri iaitu DrinkRage App dimana ia boleh di muat turun ke dalam telefon pintar anda secara percuma melalui Google Store dan App Store. Keistimewaan aplikasi ini ialah para pelanggan bukan sekadar dapat membeli kopi tetapi mampu menyediakan minuman tersebut mengikut citarasa anda hanya menerusi aplikasi pintar ini.


Kafe RAGE mempunyai beberapa cawangan seperti mana yang anda boleh lihat pada gambar di atas dan pihak mereka turut menyediakan servis penghantaran kopi bagi pelanggan yang membuat pesanan menggunakan aplikasi tersebut. 


Buat masa ini, penghantaran yang ditawarkan adalah di sekitar kawasan KL Sentral dan stesen LRT Bangsar. Lebih mengujakan kerana anda tidak akan dikenakan sebarang cas penghantaran dan pihak RAGE akan menghantar terus pesanan kopi anda dengan mudah dan pantas.


Selain itu, pihak RAGE turut menawarkan promosi istimewa buat sesiapa yang telah memuat turun aplikasi minuman RAGE di dalam telefon bimbit pintar masing-masing kerana bermula pada 22 Julai sehingga 18 Ogos 2019 ini, RAGE menawarkan harga promosi untuk produk minuman kopinya seperti RM5 untuk Black Coffee, RM6 untuk White Coffee dan Matcha, serta RM7 untuk minuman speciality RAGE. Bagi yang ingin menggunakan susu sebagai pilihan anda perlu menambah nilai sebanyak RM2 sahaja.

Antara Minuman Yang Hans Cuba Di Kafe RAGE


Jadi, kepada peminat tegar kopi, Hans sarankan untuk anda datang sendiri ke kafe RAGE yang berhampiran dan cuba nikmati sendiri rasa serta aroma kopi yang cukup istimewa. Ditambah dengan suasana serta ruangan istimewa anda untuk melepaskan tekanan seharian, Hans pasti kafe RAGE merupakan lokasi yang paling tepat untuk para penggemar kopi seluruh Malaysia menikmati minuman popular di dunia ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com