Ahad, 18 Ogos 2019

eCurve Serlahkan Bakat di K-Heat Kpop Talent Show 2019

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah dijemput untuk menghadiri Pertandingan K-Dance dan K-Sing yang telah dianjurkan oleh pihak eCurve bersempena dengan festival negara Korea sepanjang cuti sekolah berlangsung baru-baru ini. Festival ini dianjurkan istimewa buat peminat setia K-drama, K-Pop dan K-fashion di Malaysia.


Pertandingan K-Dance dan K-Sing merupakan antara tarikan utama K-Heat Kpop Talent Show 2019. Pertandingan K-Dance telah dihakimi oleh Choi Ssaem, Sachie Amira (penyanyi, penulis lirik serta ahli kumpulan TigaSoul), Iylia Anis (Ketua Kumpulan Kueendom) dan juri selebriti istimewa iaitu Mix (Ketua Kumpulan Tarian Brute) serta pemenang pertandingan Kpop International Dance Cover.


Sebanyak 32 buah kumpulan telah berentap di dalam pertandingan yang cukup mencabar ini. Peserta diadili berdasarkan pergerakan tarian dan ketepatan grak tari beserta kreativiti dalam persembahan.


Bagi pertandingan K-Sing, 36 orang peserta telah menyertai dan bersaing hebat. Peserta pertandingan K-Sing diadili berdasarkan kebolehan menyanyi, personaliti serta sebutan semasa menyanyi oleh Choi Ssaem, Sachie Amira dan Iylia Anis.


Gina Long Ahmad, Pemangku Pengurus Kompleks, berkata, "Kepada mereka yang berminat menunjukkan bakat mereka, K-Heat Kpop Talent Show 2019 merupakan peluang untuk mereka menunjukkan bakat dimana ia menjadi pentas untuk mereka mengasah bakat serta memupuk kerjasama antara ahli pasukan. Ianya juga sangat bagus sebagai platform bertemu kenalan baharu di kalangan mereka yang mempunyai minat yang sama. Tepukan gemuruh kepada semua peserta yang sangat berbakat dan tahniah kepada semua pemenang pada hari ini!"

Tahniah Buat Kumpulan Eclat Yang Merupakan Johan eCurve's K-Heat KPop Talent Show Dan Membawa Pulang RM1000 Sebagai Hadiah Kemenangan.

Tahniah Buat Kumpulan DPNW Yang Merupakan Naib Johan eCurve's K-Heat KPop Talent Show Dan Membawa Pulang RM600 Sebagai Hadiah Kemenangan.


Bermula pada 9 Ogos sehingga 18 Ogos 2019 ini, eCurve telah menganjurkan Kolours of Korea Festival 2019 dimana peminat fanatik Korea boleh menikmati pelbagai barangan, makanan serta persembahan bertemakan Korea. Pengunjung turut menikmati pelbagai permainaan tradisional Korea, barangan eksklusif serta makanan sepanjang kempen berlangsung.


Untuk maklumat lanjut mengenai K-Heat Kpop Talent Show dan kempen Kolours of Korea Festival 2019 eCurve ini, anda boleh merujuk di bahagian bawah untuk sebarang pertanyaan:

 Telefon:
0377250277

Laman Sesawang: 

Facebook:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com