Menu-Menu Popular Di Chakri MY Yang Wajib Anda Cuba

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Ada tak sesiapa yang sedang membaca sekarang ini merupakan peminat makanan Thailand? Jika anda sukakan makanan Thailand, apa kata anda datang ke Sunway Pyramid kerana disini terdapat sebuah restoran yang menggelarkan diri mereka sebagai Malaysia's 1st 'Thai Street Cafe' dan menawarkan pelbagai menu makanan Thailand istimewa untuk anda semua iaitu Chakri MY.


Chakri MY ini sebenarnya betul-betul berada bersebelahan dengan pintu masuk utama Sunway Pyramid dimana ianya dengan pintu keluar Parkson bahagian Ground Floor. Memang mudah sahaja untuk sesiapa yang ingin menikmati hidangan Thailand untuk mencari dan menjumpai lokasi restoran ini. Jadi, apa sebenarnya keistimewaan Chakri MY ini jika dibandingkan dengan restoran-restoran makanan Thailand yang lain?


Salah satu perkara yang menarik perhatian Hans ialah makanan-makanan disini disediakan secara sihat dimana pihak restoran tidak menggunakan sebarang perasa segera, pewarna serta minyak masak yang digunakan juga adalah rendah kolesterol. Jadi, buat sesiapa yang ingin menjaga pemakanan serta kesihatan maka Chakri MY adalah salah sebuah restoran pilihan untuk anda selepas ini.

CHAKRI MY 

Alamat:
OB.K5,
Jalan PJS 11/28b,
Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia.

Waktu Operasi:
11.15 A.M hingga 10.00 P.M (Setiap Hari)

Telefon:
0374918842 / 0162277170

Facebook:

Instagram:

Jadi, Hans telah mencuba pelbagai jenis hidangan utama, pencuci mulut serta minuman yang menjadi pilihan utama para pelanggan setia Restoran Chakri MY ini. Sememangnya, pilihan majoriti pelanggan disini terhadap menu popular yang dinyatakan di dalam menu adalah sangat tepat kerana rasa setiap menunya bukan sekadar unik tetapi sememangnya mengingatkan Hans kepada menu-menu makanan dari negari Thailand. Antara hidangan popular yang berjaya menambat hati Hans ialah Mama Hot Pot yang dimana rasa kuahnya sangat menyelerakan dan kuantitinya juga sangat banyak. Kedua ialah menu Fried Calamari With Lime & Chili dimana rasa tepung yang disalut pada sotong mempunyai rasa seakan tomyam dan sotongnya pun lembut. Menu seterusnya yang agak mengejutkan Hans ialah Deep Fried Tilapia dimana Hans sememangnya agak sukar untuk menyukai menu berasaskan ikan tetapi Chakri MY berjaya menyediakan ikan tilapia yang sangat sedap dan rangup ini. Selain itu, hidangan Egg Lava Chicken With Rice juga lazat dan berbaloi untuk anda cuba disini.


Salah satu perkara yang penting kepada mana-mana restoran atau lokasi makanan ialah minuman. Minuman perlu sedap untuk menarik perhatian pelanggan. Maka Hans perlu akui Restoran Chakri MY sangat cemerlang di dalam menyediakan minuman serta pencuci mulut yang pada Hans sangat sedap. Hans cukup sukakan dua minuman yang telah Hans cuba disini iaitu Thai Milk Green Tea serta Thai Lemongrass Fizzy. Rasa Thai Milk Green Tea disini tidak pahit dan manisnya juga adalah sekata. Manakala Thai Lemongrass Fizzy pula memberikan satu kesegaran buat Hans sewaktu menikmati minuman ini. Manakala pencuci mulut yang Hans cuba disini iaitu Red Ruby Water Chestnut serta Mango Sticky Rice With Ice Cream juga begitu lazat dan menyelerakan. Rasa manis, lemak serta kesegaran pada bahan-bahan yang digunakan menjadikan kedua-dua menu pencuci mulut ini menjadi penutup yang lengkap kepada pengalaman Hans menikmati menu-menu popular di Chakri MY ini. 

Menu:
Mama Hot Pot

Harga:
RM39.90


Menu:
Fried Calamari With Lime And Chili

Harga:
RM14.90



Menu:
Deep Fried Tilapia

Harga:
RM38.90


Menu:
Egg Lava Chicken With Rice

Harga:
RM13.90



Menu:
Seafood Phad Thai With Wanton Skin

Harga:
RM15.90


Menu:
Red Ruby Water Chestnut

Harga:
RM7.90

Menu:
Mango Sticky Rice With Ice Cream

Harga:
RM10.90



Menu:
Thai Milk Green Tea & Thai Lemongrass Fizzy


Harga:
RM6.90



Selain dapat menikmati hidangan Thailand yang disediakan di Chakri MY, Hans juga turut menyukai suasana yang ditawarkan di dalam restoran ini. Hiasan dan dekorasi dalamannya terasa mahal, selesa dan sangat menyegarkan minda. Selain itu, disini juga terdapat pelbagai sudut yang menarik untuk anda bergambar, swafoto dan mengabadikan kenangan anda makan disini. Kebersihan restoran ini juga sangat cemerlang dan membuatkan Hans rasa begitu selesa menikmati segala hidangan yang Hans kongsikan di atas sebentar tadi.


Jadi, tunggu apa lagi? Silalah berkunjung segera ke Chakri MY yang terletak di dalam Sunway Pyramid dan nikmati sendiri rasa hidangan Thailand yang disediakan sendiri disini. Hans yakin anda pasti menyukai keunikan rasa yang ditawarkan disini saat anda menjamu selera di Chakri MY. Selamat mencuba!

4 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Balasan
    1. yups
      Mama Hot Pot tu so far layan lah rasa dia
      hahaha

      Padam
  2. Ok, nampak sedap ni.

    Pisyek nak g makan sini esok la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. selamat menjamu selera dan semoga kena dengan selera pisyek :)

      Padam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama