Jumaat, 11 Oktober 2019

Produk Max Health X-Collagen

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Jika anda perasan, sebelum ini Hans ada berkongsi artikel tentang sambutan ulang tahun ke-2 Syarikat Matxi Corp yang berlangsung pada 21 September 2019 yang lepas. Jadi, pada majlis ulang tahun tersebut, pihak mereka juga ada memperkenalkan beberapa produk hasil keluaran mereka kepada para media, blogger serta influencer yang hadir. Jadi, Hans tertarik dengan produk Max Health X-Collagen yang merupakan minuman kolagen keluaran pihak mereka. Hans kongsikan sedikit info tentang produk ini buat para pembaca sekalian.


Produk: 
Max Health X-Collagen @ Greengage Collagen Essence

Bahan-bahan:
Energi Enzim
Collagen
Vitamin C
Isomalto-oligosaccharide


Kelebihan Max Health X-Collagen:

1) Diformulasikan dengan peptida kolagen bioactivated yang direka khusus untuk meningkatkan keanjalan serta penghidratan kulit dan membantu meningkatkan kulit menjadikannya lebih cantik dan bercahaya. Jumlah antioksidan yang tinggi dalam Max Health X-Collagen juga akan membantu mencegah pengoksidaan dan gejala penuaan dengan melawan kerosakan radikal bebas pada kulit.

2) Produk ini juga bersifat detoksifikasi dan pemutihan kulit dimana ia kaya dengan serat, Vitamin A, C dan K, natrium, kalium, protein, kalsium, fosforus dan fitonutrien. Ia membantu mencegah sembelit dan meningkatkan sistem pencernaan. Sistem pencernaan yang sihat akan menjadikan kulit kelihatan berseri dan menghalang jerawat dan masalah keradangan yang lain.


3) Kolon yang sihat juga membolehkan tubuh menyerap lebih banyak nutrien dari makanan dan makanan tambahan yang anda makan. Kesihatan usus juga dikaitkan dengan sistem imun badan. Jadi usus yang lebih sihat lebih cenderung untuk menjaga kekebalan tubuh. Manfaat lain dari produk ini ialah ia akan membantu menghilangkan lemak perut yang berlebihan dan membantu mengurangkan berat badan.

4) Produk Max Health X-Collagen turut diformulasikan untuk membina kesihatan kulit dari dalam ke luar. Penggunaan jangka panjang bukan sahaja akan menjadikan kulit lebih muda, bersinar dan berseri tetapi juga meningkatkan kesihatan secara umum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com