Sabtu, 19 Oktober 2019

Review Filem The Climbers

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah menerima jemputan daripada pihak pengedar ATriNaga Sdn Bhd untuk menonton sebuah filem pengembaraan berdasarkan kisah benar dari China berjudul The Climbers bertempat di TGV Cinemas Sunway Pyramid pada 16 Oktober 2019 yang lepas. Filem ini memaparkan kisah sebenar tentang kumpulan pendaki Republik Rakyat China yang ditubuhkan serta dibentuk untuk mendaki ke puncak Gunung Everest bagi membuktikan kepada dunia tentang kehebatan dan kekuatan mereka selepas pendaki dari Inggeris telah membuktikannya pada tahun 1953 dan diikuti oleh pendaki dari Switzerland pada tahun 1956. Namun, menariknya kejayaan kumpulan pendaki dari China ini dinafikan oleh komuniti serta persatuan antarabangsa yang tidak mengiktiraf hal ini kerana pendaki China tidak mempunyai bukti dari sudut gambar atau fotografi dimana filem ini telah menyatakan sebab musabab apa yang berlaku pada ketika itu.



P/S : Kepada anda yang nak tahu faktor-faktor menarik yang membuatkan Hans gembira menonton filem ini, silalah rajin-rajinkan diri anda membaca ulasan @ review Hans untuk filem pengembaraan ini dengan klik link di bawah gambar poster filem tersebut. Selamat membaca :)  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com