Khamis, 17 Oktober 2019

Sri Nona Ketupat Won Product Innovation Gold Award 2019

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Memandangkan artikel tentang makanan merupakan antara artikel kegemaran pembaca blog ini maka Hans ingin berkongsi dengan anda semua tentang hidangan ketupat. Hans yakin majoriti daripada anda pasti meminati dan menyukai menu tradisional yang cukup istimewa ini. Jadi, Hans ingin bertanya kepada para pembaca sekalian dimana adakah anda pernah merasa ketupat palas pulut hitam sebelum ini?


Untuk pengetahuan anda semua, syarikat Sri Nona telah berjaya menghasilkan produk Ketupat Palas Pulut Hitam yang mana produk tersebut telah menerima Anugerah Emas (Gold Award) pada Anugerah Produk Inovasi 2019 (Product Innovation Award 2019) yang telah berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City Shah Alam baru-baru ini. Anugerah berprestij tersebut telah dianjurkan oleh Malaysian Institute of Food Technology (MIFT) yang merupakan sebuah organisasi profesional yang bukan berdasarkan keuntungan. Misi utama MIFT adalah untuk mempromosikan integrasi sains dan teknologi bagi meningkatkan pengeluaran, pemprosesan, pembungkusan, pengedaran, penilaian dan penggunaan makanan agar penyediaan makanan menjadi lebih baik dan memadai. MIFT ini telah berjaya menggabungkan para saintis, ahli teknologi serta pendidik di dalam bidang sains dan teknologi makanan yang mana tujuan mereka untuk mengiktiraf pengeluar makanan dan minuman untuk produk-produk yang cemerlang dan inovatif. Apa yang lebih menarik ialah anugerah ini diiktiraf oleh para pemain industri dan Kementerian Kesihatan Malaysia dimana ia berlangsung sekali untuk setiap 2 tahun. Tahun 2019 menyaksikan hanya terdapat 4 sahaja pemenang dimana salah satunya ialah produk Ketupat Palas Pulut Hitam ini.


Untuk pengetahuan anda semua, Sri Nona telah ditubuhkan sejak tahun 1975 lagi dan telah berkembang menjadi salah satu pemimpin industri dengan menjadi pengeluar makanan halal yang sangat berjaya. Dengan visi mereka untuk memenuhi kehendak selera tempatan kepada dunia, pasukan penyelidik dan pembangunan serta pasukan pengeluaran Sri Nona sentiasa berinovasi untuk memperkenalkan dan menghasilkan produk yang memenuhi serta melebihi jangkaan pengguna. Produk utama Sri Nona adalah Ketupat (kek beras), Sos Tiram, Sos Memasak, Minuman Halia, pelbagai pencuci mulut dan banyak lagi yang cukup menarik dan berkualiti. Lebih mengagumkan apabila Sri Nona mempunyai rangkaian produk ketupat yang paling luas dan popular, produk pencuci mulut dan sos tiram yang memenuhi keperluan pengguna Malaysia Muslim masa kini.


Produk Ketupat Palas Pulut Hitam yang memenangi Anugerah Emas pada Anugerah Produk Inovasi 2019 kali ini merupakan sebuah produk makanan yang siap sedia untuk dimasak yang membolehkan setiap isi rumah menikmati kegembiraan saat menikmati ketupat palas tradisional ini. Menjadikan produk ini lebih istimewa kerana ianya hanya memerlukan masa yang sedikit untuk dimasak dan anda tidak perlu menghabiskan sehingga 4 jam atau 5 jam di dapur semata-mata untuk memastikan produk ini siap dimasak. Dengan penggunaan tenaga yang lebih rendah, produk ini masih tetap mengekalkan kualitinya secara konsisten dan disediakan di dalam persekitaran yang bersih.


Pulut beras hitam yang digunakan di dalam produk ini sememangnya secara semula jadi mengandungi anthocyanin yang bertindak sebagai antioksidan dengan manfaat yang cukup sihat. Selain itu, pulut beras hitam ini juga kaya dengan serat makanan yang menyumbang kepada diet yang sihat. Pembungkusan ketupat palas yang digunakan untuk memasak pula adalah High Density Polyethylene (HDPE) yang memenuhi kriteria yang disahkan oleh United Food and Drug Administration (FDA), Commission Regulation (EU) dan Halal Jakim dimana ia mematuhi semua peraturan tindakan makanan dan keperluan keselamatan. Ia juga turut diisytiharkan selamat untuk kegunaan manusia dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan MESTI.


Nona Ketupat Palas Pulut Hitam sememangnya cukup lazat walaupun dimakan begitu sahaja. Tetapi, jangan risau kerana anda boleh hidangan ini dengan masakan tradisional kegemaran rakyat Malaysia yang lain seperti Rendang Ayam atau Rendang Daging, Floss Ayam, Kari Ayam atau Kari Daging. Bagi mereka yang inginkan kelainan, terdapat pilihan lain untuk menikmati Nona Ketupat Palas Pulut Hitam ini dimana anda menikmatinya dengan sos manis seperti gabungan kelapa dan gula perangan, gula putih, kaya atau susu pekat yang semestinya bakal membuatkan anak-anak anda turut menggemari hidangan ini. Kepada yang belum pernah mencuba produk ini, apa kata anda dapatkan segera di pasaran dimana produk Ketupat Palas Pulut Hitam 250g dijual dengan harga hanya RM6.90 untuk setiap pek. Selamat menjamu selera!

2 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com