Sabtu, 30 November 2019

Pengalaman Menarik Di Lata Puteh Selama Perak

Sabtu, November 30, 2019 2
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah terlibat di dalam Program Familiarization Fam Trip yang berlangsung pada 29 hingga 31 Oktober 2019 di daerah Selama, Perak. Jadi, sepanjang tiga hari dua malam Hans berada di bumi Perak ini sememangnya menghadiahkan Hans pelbagai pengalaman menarik yang membuatkan Hans ingin berkongsikan segala perkara manis ini dengan anda semua yang merupakan pembaca setia blog ini.


Untuk makluman para pembaca, daerah Selama kini semakin dikenali disebabkan keindahan semula jadi yang terdapat pada lata-lata yang ada di sekitar kawasan ini. Setakat ini terdapat tujuh lata yang telah mulai dikomersialkan sebagai satu tarikan pelancongan buat para pengunjung untuk datang ke Selama. 


Jadi, aktiviti hari kedua Hans sempena Program Familiarization Fam Trip ini ialah melawat salah sebuah lata yang pada Hans sangat cantik dan menakjubkan iaitu Lata Puteh. Terus-terang cakap Lata Puteh memberikan cabaran yang agak tinggi kepada Hans sewaktu melakukan aktiviti trekking menuju ke kawasan air terjun yang indah di atas Lata Puteh tersebut.


Daripada bawah tempat Hans dan rakan-rakan lain memulakan aktiviti dengan bacaan doa memang nampak sayup-sayup sahaja air terjun Lata Puteh dekat atas tu. Nasib lah Hans sarapan pagi banyak tadi jadi memang Hans yakin mempunyai tenaga yang cukup untuk tiba ke atas dengan selambanya. Angkuh pula bunyinya kan? Hahaha!


Jadi, bermulakan langkah Hans dan yang lain menuju ke atas. Memang laluan untuk ke atas sangat mencabar kerana tidak ada satu laluan pun yang landai. Semua laluan berbentuk curam 45 darjah yang memberikan satu cabaran yang agak hebat lah buat Hans. Nak dijadikan cerita memang mata Hans sangat tajam memerhati sekeliling pepohon dan pokok di sekitar kawasan tapak kaki. Jadi, ternampak lah pacat-pacat hutan yang gemuk dan bersaiz seakan-akan mee melintas di hadapan kasut Hans. Alhamdulillah daripada awal sehingga akhir memang tiada seekor pun pacat yang melekat di kaki mahu pun tangan. Tips utama ialah jangan memakai pewangi untuk mengelakkan pacat tertarik untuk mendekati kita. Tetapi, kalau anda pakai pewangi pun macam tak berapa berguna juga lah sebab mesti wangian itu hilang dan digantikan dengan peluh sebab tinggi dan jauh laluan untuk ke Lata Puteh ini.


Apa yang kelakarnya sepanjang lebih kurang satu jam masa yang diambil untuk naik ke atas, Hans telah berhenti sebanyak lima kali untuk melepaskan lelah. Empat kali perhentian Hans itu penuh dengan penyesalan disebabkan rasa penat menaiki laluan ke Lata Puteh yang bersifat 45 darjah di sepanjang laluan. Tidak ada kawasan yang landai atau rata jadi ia memerlukan kudrat tenaga yang lebih untuk orang seperti Hans yang jarang bersukan ini. Gambar di atas membuktikan yang Hans tidak mampu untuk menunjukkan wajah tidak letih saat gambar ini diambil. Hahaha!


Namun, pemandangan di bahagian pertengahan laluan seakan-akan memberi satu kekuatan baru buat Hans untuk terus berusaha menempuh cabaran untuk sampai ke puncak air terjun Lata Puteh. Sangat geram melihat limpahan air yang jernih memutih dan segar menuruni kawasan batu seperti pada gambar di atas.


Alhamdulillah! Hans masih bertenaga dan tidak tersenarai sebagai orang yang paling terbelakang di dalam perjalanan naik ke atas kerana insan di dalam gambar di atas merupakan antara yang paling belakang. Hahaha! Tetapi, bagus kerana sifat tidak pernah putus asa itu sentiasa wujud sehingga akhirnya semua yang terlibat di dalam penggembaraan ke atas berjaya menghabiskan cabaran yang dilalui. Tahniah buat semua!


Percayalah perhentian terakhir Hans berakhir dengan seribu satu kegembiraan dimana segala kepenatan dan keletihan hilang serta-merta apabila melihat keindahan kawasan air terjun di Lata Puteh. Serius Hans sangat bersyukur sebab tidak berputus asa untuk cuba naik sehingga ke atas. Subhanallah! Cantik sangat alam semula jadi ciptaan Allah S.W.T ini.

Terpegun Hans Apabila Tengok Sendiri Keindahan Ini Di Hadapan Mata!
 Tunggu Lagi? Harus Lah Bergambar Tunjuk Bukti Dekat Rakyat Jelata! Hahaha!
 Antara Individu Yang Terlalu Teruja Dapat Sampai Ke Atas!
 Tengok Apa Tu Bang?
Memang Gaya Terkini Ambil Gambar Kena Tengok Atas Rasanya!
 Bukti Hans Telah Tiba Di Lata Puteh! Kalau Tak Kongsi Nanti Orang Ingat Kita Menipu Pula! Haha!

Alhamdulillah! Hans memang puas hati dapat berada di kawasan air terjun Lata Puteh ini. Satu pengalaman indah yang Hans tidak akan lupakan terutama apabila dapat menghayati keindahan alam dengan tenang tanpa sebarang gangguan. Memandangkan Lata Puteh masih belum dikomersialkan sepenuhnya lagi sebagai tarikan pelancongan yang utama atau berbayar maka Hans mengharapkan agar pihak Majlis Daerah Selama, Tourism Perak serta Tourism Malaysia agar mengambil langkah-langkah awal untuk membendung sebarang kerosakan atau kekotoran daripada terjadi di kemudian hari. Sedih jika satu hari nanti apabila Lata Puteh dikunjungi oleh ramai pelancongan maka nasibnya akan berakhir seperti mana kawasan-kawasan lain di Malaysia yang kotor atau tercemar gara-gara kelemahan penguatkuasaan. Semoga keindahan Lata Puteh akan sentiasa terpelihara seperti mana yang Hans lihat sebelum ini.


Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan Lata Puteh atau aktiviti pelancongan di Selama, anda boleh hubungi Urusetia Unit Pelancongan Majlis Daerah Selama seperti dibawah:



Telefon:
010 3714548 (En. Razif)
0195217385 (En. Rofizlan)

Pejabat: 
05-8394201/2021 ext 119/120/121

Faks: 
05-8394377


Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk merasai pengalaman menarik dan indah seperti mana yang Hans rasakan saat tiba di kawasan air terjun Lata Puteh, silalah berkunjung ke Selama, Perak dengan secepat yang mungkin. Sumpah memang seronok gila apabila anda berada di atas menyaksikan keindahan air terjun serta pelangi yang terhasil disebalik percikan air yang menghentam batu-batu di sekeliling. Selamat berkunjung ke Lata Puteh!

P/S : Lokasi Menarik Lain Yang Boleh Anda Baca Sepanjang Program Familiarization Fam Trip Selama Perak Adalah Dengan Melihat Pada Pautan Artikel Ini : 10 LOKASI MENARIK DI SELAMA PERAK YANG BOLEH ANDA PERGI

Produk Menarik Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) Selama Perak

Sabtu, November 30, 2019 0
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah terlibat di dalam Program Familiarization Fam Trip yang berlangsung pada 29 hingga 31 Oktober 2019 di daerah Selama, Perak. Jadi, sepanjang tiga hari dua malam Hans berada di bumi Perak ini sememangnya menghadiahkan Hans pelbagai pengalaman menarik yang membuatkan Hans ingin berkongsikan segala perkara manis ini dengan anda semua yang merupakan pembaca setia blog ini.


Jadi, aktiviti seterusnya selepas selesai melakukan aktiviti Water Rafting di Sungai Selama, Perak ialah melawat RTC Seputeh yang menjadi tempat buat para pengusaha Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) kawasan Selama untuk mempamerkan hasil-hasil produk keluaran mereka yang bermutu. Hans sebenarnya sangat kagum dengan para pengusaha di Selama ini kerana mereka tampil dengan produk yang bukan sahaja berkualiti dari sudut rasa tetapi juga dari segi pembungkusan produk yang kelihatan sangat menarik dan ekslusif. Antara produk-produk yang Hans dapat lihat dan cuba sendiri di RT Seputeh ialah seperti:

1) PEKASAM DAGING

Telefon:
0137252706

Komen Hans:
Selalunya kita dengar ikan pekasam sahaja bukan? Jadi, apabila Hans dapat tahu tentang produk pekasam daging ini maka Hans memang teruja nak mencuba. Serius sangat sedap dimakan panas-panas bersama dengan nasi putih. Kalau anda peminat pekasam memang Hans cadangkan untuk anda cuba produk Pekasam Daging yang sangat menyelerakan ini.


2) MEE SANGGUL

Telefon:
0195949446

Komen Hans:
Jarang untuk memperoleh mee sanggul yang kualitinya sempurna. Jadi, Hans agak terkejut apabila menikmati mee sanggul hasil pembuatan orang Selama ini sebab struktur mee sanggul yang dibuat sangat baik. Bukannya jenis hancur. Kira memang seronok makan mee sanggul ini. Sebab itu ramai yang borong sakan hari itu sebab mee sanggul ini sedap dan harganya pun murah. 


3) KUAH ROJAK TIP TOP

Telefon:
0165073139

Komen Hans:
Sebagai seorang peminat kuah rojak maka pasti ramai yang lebih mengenali kuah rojak jenama Mak Bee terutama yang tinggal di negeri-negeri utara. Jadi, Hans berjaya mencuba kuah rojak Tip Top ini dan sememangnya rasa yang hadir daripada kuah rojak ini sangat tip top. Lebih menarik ianya tidak sama dengan kuah rojak Mak Bee tetapi masih sedap untuk dimakan. Sebab itu Hans makan rojak buah dekat sini tak henti-henti masa datang hari itu. Hahaha! 


4) RISNO MADU KELULUT

Telefon:
0195167674

Komen Hans:
Siapa yang tak pernah makan madu kelulut itu boleh cuba beli sebotol. Rasanya menarik dan berbeza-beza bergantung kepada jenis manu yang dihasilkan oleh lebah kelulut. Tetapi, harga yang ditawarkan dengan saiz bekas yang besar sememangnya pada Hans berbaloi untuk dibeli. 


5) ANEKA SOS SUNNAH

Komen Hans:
Sos Sunnah ini menawarkan dua rasa iaitu Green Sauce dan Red Sauce. Kedua-duanya pada Hans sedap cuma kalau ikut selera tekak Hans nih memang Hans lebih memilih Green Sauce. Sedap dimakan dengan makanan seperti kentang goreng atau segala jenis bergoreng. Harga pun murah!  


6) SRI DELIMA SOS & KICAP


Telefon:
0158391924 / 0194705319

Komen Hans:
Sri Delima Sos ini menawarkan pelbagai jenis sos untuk anda beli dan bawa pulang ke rumah. Bukan sahaja dijual di dalam saiz biasa tetapi juga di dalam saiz kecil. Contohnya seperti anda pergi ke majlis kenduri kahwin dan tiba-tiba dapat hadiah kicap yang botolnya bersaiz kecil itu. Begitulah saiz kecil yang turut dijual oleh Sri Delima Sos ini. Harga pun serius sangat murah dan memandangkan rasanya pun sedap maka itulah puncanya ramai juga yang memborong sakan produk Sri Delima Sos ini sewaktu kedatangan Hans ke sini.

Selain itu, terdapat juga pengusaha-pengusaha IKS lain yang menawarkan produk bukan makanan seperti dibawah: 

7) BUNGA DAUN GETAH

Telefon (Teh Zawiyah Kraftangan Daun Bunga Getah):
01136640528


Telefon (Bunga Daun Getah Robitah):
01165427943

Komen Hans:
Hans sangat kagum dengan hasil pembuatan bunga daun getah ini. Memang satu proses yang unik dan mencabar di dalam menghasilkan bunga daun getah yang cukup menawan. Sayangnya semuanya sudah habis ditempah sewaktu Hans datang. Kalau tidak teringin juga nak beli bawa balik rumah.


8) SULAMAN ROZI KUBU GAJAH

Telefon:
0135947540

Perkhidmatan Yang Disediakan:
1) Sulaman / Kraftangan
2) Sulam Tuala
3) Nametag Sekolah
4) Telekung
5) Sarung Bantal
6) Lapik Meja
7) Jahitan Pakaian
8) Jahitan Pukal
9) Jahitan Beg
10) Pasu Bunga
11) Gubahan Bunga
12) Tupperware 

Komen Hans:
Hans melihat hasil sulaman pada setiap produk yang dijual atau disiapkan oleh Sulaman Rozi Kubu Gajah ini sangat menarik dan berkualiti. Memang jahitannya kemas dan teliti. Jadi, kepada sesiapa yang ingin menempah sulaman atau nametag sekolah tu memang bagus lah kalau dapatkan perkhidmatan Sulaman Rozi Kubu Gajah ini. Serius cantik dan kemas!

Secara jujurnya, produk-produk yang dihasilkan oleh para pengusaha Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) kawasan Selama, Perak memang tidak dinafikan lagi mempunyai kualiti serta rasa yang cukup membanggakan. Kira memang tak malulah kalau kita nak ketengahkan dan bawa produk ini ke seluruh Malaysia mahu pun luar negara.


Cuma Hans ingin memberi cadangan agar ada inisiatif sama ada daripada pihak pengusaha mahu pun kerajaan untuk membantu para pengusaha IKS ini untuk meningkatkan lagi tahap pengeluaran produk mereka serta lebih kreatif dalam melakukan promosi secara kerap mahu pun berkala di pelbagai medium pemasaran agar lebih ramai masyarakat tempatan di luar sana yang tahu tentang kewujudan produk-produk yang berkualiti seperti ini. 


Sayang sebab produk sudah mempunyai kualiti yang bagus serta pembungkusan pun sangat cantik tetapi jika dua perkara ini iaitu kuantiti dan promosi tidak dipertingkatkan dan dibaik pulih maka sampai bila-bila ia hanya akan berada di dalam pasaran Selama atau di sekitar negeri Perak sahaja. 


Selain itu, Hans turut mengharapkan agar pengusaha IKS dimana-mana negeri sekali pun agar lebih peka dari sudut komunikasi serta pengiklanan dan lebih bersedia apabila menerima kehadiran tetamu-tetamu di dalam kumpulan yang ramai atau besar. Perkara asas seperti menyediakan kad perniagaan yang cukup untuk diberikan kepada mereka yang berminat dan berpotensi untuk menjadi pembeli adalah sangat penting. Selain itu, keyakinan di dalam berkomunikasi juga harus ditambah baik agar bakal pembeli yakin dengan produk yang kita hasilkan dan jualkan kepada mereka.


Jadi, kepada sesiapa yang berkunjung ke Selama, Perak selepas ini maka jangan lupa untuk singgah di RTC Seputeh atau di premis perniagaan pengusaha IKS di sekitar Selama,Perak ini untuk membeli produk-produk mereka. Hans jamin anda akan menyukai setiap produk yang dihasilkan oleh para pengusaha disini yang bukan sahaja berkualiti tetapi juga dijual dengan harga yang sangat murah. Selamat membeli-belah produk IKS di Selama, Perak.

P/S : Lokasi Menarik Lain Yang Boleh Anda Baca Sepanjang Program Familiarization Fam Trip Selama Perak Adalah Dengan Melihat Pada Pautan Artikel Ini : 10 LOKASI MENARIK DI SELAMA PERAK YANG BOLEH ANDA PERGI

Sungai Selama River Cruise Rafting Di Selama Perak

Sabtu, November 30, 2019 2
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah terlibat di dalam Program Familiarization Fam Trip yang berlangsung pada 29 hingga 31 Oktober 2019 di daerah Selama, Perak. Jadi, sepanjang tiga hari dua malam Hans berada di bumi Perak ini sememangnya menghadiahkan Hans pelbagai pengalaman menarik yang membuatkan Hans ingin berkongsikan segala perkara manis ini dengan anda semua yang merupakan pembaca setia blog ini.


Jadi, aktiviti hari pertama Hans selepas mendaftar masuk di Selama Inn @ Rumah Rehat Selama ialah melakukan aktiviti Water Rafting di Sungai Selama, Perak. Untuk pengetahuan semua, ini adalah pengalaman pertama Hans melakukan aktiviti air yang lasak sebegini dan sememangnya Hans sudah lama teringin untuk mencuba walaupun terasa gerun di hati. Ini kerana Hans merupakan manusia yang tidak pandai berenang tetapi memang pantang tengok air dan mesti nak cuba. Hahaha!


Satu lagi pengalaman menarik apabila dibawa kesana dengan menaiki lori yang ala-ala bawa banduan tu. Alhamdulillah Hans cepat masuk ke dalam jadi selamat daripada menjadi mangsa duduk di belakang. Hahaha!


Nak dijadikan cerita yang tragis sewaktu dalam perjalanan menuju ke Sungai Selama tu dan tiba-tiba hujan turun membasahi bumi. Maka tiga orang lelaki seperti yang tertera pada gambar di atas yang terpaksa menghadap onak dan duri sebelum tiba ke destinasi yang sebenar. Belum lagi buat water rafting tetapi mereka bertiga dah basah dulu dah. Tetapi, Hans tak rasa bersalah sangat lah sebab tengok masing-masing gembira jer kena hujan. Hahaha!


Jadi, lori yang Hans dan rakan-rakan naiki sebentar tadi berhenti di sebuah kebun getah sebelum kami ramai-ramai masuk ke dalam menuju ke tempat taklimat sebelum memulakan aktiviti water rafting ini. Memandangkan aktiviti air yang lasak ini semestinya akan membasahkan seluruh pakaian anda maka dinasihatkan untuk memakai pakaian dan kasut yang bersesuaian. Satu tips yang menarik yang anda boleh cuba iaitu dengan memakai kasut getah yang anda boleh beli di Selama Inn dengan harga yang cukup murah tetapi sangat berkualiti. Kalau anda perasan di dalam gambar, ramai yang memakai kasut getah berwarna hitam tu kan? Itulah kasut yang sangat sesuai untuk aktiviti seperti ini. 


Selain bersama dengan para pengajar yang terlatih, Hans dan rakan-rakan juga turut ditemani oleh pihak bomba yang sado-mado seperti gambar di atas. Maklum sahaja lah boleh dikatakan 90 peratus yang menyertai program kali ini tidak pernah melakukan aktiviti water rafting. Jadi, sememangnya keselamatan sangat dititikberatkan oleh pihak Nature Eco Adventure ini.

Bukan Senang Nak Bergambar Masa Hujan Macam Nih! Hahaha!
Sesi Taklimat Keselamatan Yang Sangat Informatif  Dan Membantu
Masing-Masing Bersemangat Memakai Aksesori Keselamatan Sebelum Aktiviti Dimulakan

Satu perkara yang Hans cukup suka dengan pihak Nature Eco Adventure yang menyediakan aktiviti Water Rafting ini ialah setiap peralatan yang digunakan daripada bot, jaket keselamatan, topi keledar serta pendayung semuanya masih dalam keadaan baru dan cukup berkualiti. Jadi, ini membuatkan Hans berasa lebih yakin untuk melakukan aktiviti water rafting ini bersama rakan-rakan yang lain. Alhamdulillah bacaan doa dilakukan sebelum memulakan aktiviti yang sudah lama Hans nanti-nantikan untuk cuba sendiri.


Cabaran pertama bermula dimana Hans dan rakan-rakan perlu mengangkat bot ini menuju ke tebing Sungai Selama sendiri. Memang sedikit mencabar tetapi Hans berasa seronok kerana pada akhirnya dapat masuk ke dalam bot sendiri dan menjadi kumpulan pertama yang berlepas untuk menyelesaikan cabaran jeram-jeram yang menanti di Sungai Selama, Perak ini. Jadi, pastikan anda memakai pakaian keselamatan dengan betul sebelum memulakan aktiviti ini sebab Hans perasan ramai yang kurang mengambil berat tentang cara-cara memakai jaket keselamatan dengan cara yang betul. Ada segelintir yang tidak mengikat tali pakaian keselamatan di bahagian kelangkang sebelum akhirnya berbuat demikian selepas ditegur. Harus faham yer semua jika anda tidak mengikat tali jaket keselamatan di bahagian kelangkang, ia adalah sesuatu yang sangat berbahaya seandainya anda tercampak ke dalam air dimana anda berkemungkinan akan tenggelam timbul di dalam air disebabkan badan gagal terapung dengan baik. Jadi, pastikan anda mengikut arahan yang diberikan melainkan jika anda merupakan spesis Aquaman!


Alhamdulillah! Memang satu pengalaman yang sangat menarik walaupun adakalanya mencabar dan menakutkan! Permainan ini sememangnya memerlukan kerjasama kumpulan selain perlu pandai menyeimbangkan berat di bahagian kiri dan kanan. Hans yang duduk di belakang memang rasa seronok sewaktu bot melambung-lambung menyelesaikan cabaran jeram dengan melanggar batu di kiri dan kanan. Hans memang sangat berpuas hati dapat melakukan aktiviti Water Rafting di Sungai Selama, Perak ini yang sememangnya memberikan pelbagai jenis cabaran yang begitu mendebarkan. Kalau anda suka melakukan water rafting maka Hans yakin Sungai Selama pasti bakal menguji kekuatan dan ketahanan anda sepanjang satu jam menyusuri sungai ini.

SUNGAI SELAMA RIVER CRUISE RAFTING

Alamat:
Warzuqni Muafakat,
2, Kampung Tapah,
34140 Rantau Panjang,
Selama, Perak.

Whatsapps:
01163015026

Email:
warzuqnimfkt@gmail.com

Blog:
https://eco-natventure.blogspot.com

Facebook:
econatventure.blogspot

Instagram:
econatventure 


Kepada sesiapa yang meminati atau ingin mencuba aktiviti air yang lasak tetapi menarik iaitu River Cruise Rafting di Sungai Selama, Perak ini, anda boleh berhubung dengan Nature Eco Adventure untuk bertanyakan tentang pakej harga yang disediakan sama ada melalui telefon atau laman sosial seperti yang Hans kongsikan di atas. Pastikan anda melakukan aktiviti menarik ini apabila berkunjung ke Selama, Perak nanti. Rugi kalau tak cuba sebab anda akan memperoleh satu pengalaman yang tak mungkin anda peroleh di tempat lain. Selamat mencuba aktiviti water rafting!

P/S : Lokasi Menarik Lain Yang Boleh Anda Baca Sepanjang Program Familiarization Fam Trip Selama Perak Adalah Dengan Melihat Pada Pautan Artikel Ini : 10 LOKASI MENARIK DI SELAMA PERAK YANG BOLEH ANDA PERGI