Khamis, 7 November 2019

Review Filem Ford v Ferrari

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah memenangi peraduan anjuran TGV Cinemas yang memberikan Hans peluang untuk menonton filem Ford v Ferrari ini lebih awal sewaktu berlangsungnya tayangan istimewa di TGV Central i-City pada 6 November 2019 yang lepas. Filem yang diadaptasi daripada kisah benar ini sudah berjaya menarik dan mengunci fokus Hans sejak awal tayangan lagi melalui skor bunyi yang sangat padu serta latar tempat yang sangat hebat dan selari dengan tarikh kejadian yang mengimbau ke era 50-an. Dimulakan dengan perjalanan Carroll Shelby yang sedang bersaing dalam pusingan akhir 24 Hours of Le Mans yang mana meninggalkan jauh pelumba-pelumba lain sebelum debaran mula menerjah perhatian penonton melalui pandangan Shelby yang mula mengabur sebelum akhirnya penonton di bawa kepada pertemuan Shelby dan doktor yang bertanggungjawab merawatnya. Apa yang istimewanya tentang filem ini ialah kaedah sebegini yang membuatkan penonton berdebar dan tertanya-tanya kerap kali digunakan sepanjang filem ini bersiaran namun ianya sangat berkesan dan sentiasa berjaya memanipulasi tekaan penonton.


P/S : Kepada anda yang ingin tahu apakah ulasan Hans tentang filem hebat Ford v Ferrari ini, silalah rajin-rajinkan diri anda membaca ulasan @ review Hans dengan klik pautan di bawah gambar poster filem tersebut. Selamat membaca :)  



2 ulasan:

  1. Ulasan yang sangat menarik dan menjiwai untuk penonton tak sabar nak pergi menonton filemnya. Tahniah dan terbaik!

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com