Selasa, 12 November 2019

Review Filem M.O.X: Misi Operasi X

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah menerima jemputan daripada pihak Empire Film Solution untuk menghadiri malam gala filem M.O.X: Misi Operasi X bertempat di MMcineplexes eCurve, Mutiara Damansara pada 11 November 2019 yang lepas. Memandangkan filem-filem yang bercirikan perisikan atau ejen penyiasat jarang-jarang dihasilkan oleh produksi tempatan maka kemunculan filem ini yang telah lama diperam bagi tujuan suntingan imej janaan komputer atau CGI berjaya memberikan satu pengalaman sinematik yang lain daripada kebiasaan. Tidak dinafikan filem M.O.X ini mempunyai kelemahan-kelemahan yang jelas kelihatan tetapi Hans juga tidak nafikan usaha yang dilakukan oleh pihak produksi untuk menghasilkan serta memberikan yang terbaik melalui babak-babak istimewa yang menggunakan CGI di dalam filem ini wajar diberikan pujian kerana sebahagiannya mempunyai kualiti yang agak kemas. Walaupun hal-hal berkaitan bencana alam yang disebabkan kegilaan manusia memanipulasikan teknologi sains kerap kali dipaparkan di dalam filem-filem Hollywood namun ianya tampak masih baru untuk industri filem tempatan.


P/S : Kepada anda yang ingin tahu apakah ulasan Hans tentang filem tempatan bercirikan perisikan dan penyiasatan terbaru ini, silalah rajin-rajinkan diri anda membaca ulasan @ review Hans untuk filem M.O.X: Misi Operasi X dengan klik pautan di bawah gambar poster filem tersebut. Selamat membaca :) 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com