Sabtu, 28 Disember 2019

Review Filem Thambi

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah berjaya menonton sebuah filem Tamil yang agak menarik berjudul Thambi bertempat di TGV Cinemas Jaya Centre pada 25 Disember 2019 yang lepas. Ini adalah kali kedua Hans menonton karya arahan Jeethu Joseph untuk tahun ini selepas filem Kaithi dan diakui pengarah ini memang suka mengarahkan filem yang menampilkan permainan plot atau plot twist yang menarik. Filem yang bertemakan hubungan kekeluargaan ini berjaya digerakkan dengan cukup baik melalui misteri yang dirungkaikan satu demi satu dengan menyuntik elemen thriller sehingga berjaya mengelirukan Hans sebagai penonton tentang kesudahan akhir filem ini yang boleh dikatakan agak menyeronokkan.



P/S : Kepada anda yang ingin tahu apakah ulasan Hans tentang filem Tamil yang menarik ini, silalah rajin-rajinkan diri anda membaca ulasan @ review Hans untuk filem Thambi dengan klik pautan di bawah gambar poster filem tersebut. Selamat membaca :) 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com