Sabtu, 11 Januari 2020

Review Filem Chhapaak

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah berjaya menonton sebuah filem Bollywood yang cukup menarik dan menepati harapan Hans yang cukup tinggi ke atas filem berdasarkan kisah benar ini iaitu Chhapaak lakonan pelakon wanita hebat Bollywood iaitu Deepika Padukone di TGV Cinemas Jaya Centre pada 10 Januari 2020 yang lepas. Walaupun filem Chhapaak ini dilihat bermula dengan momentum penceritaan yang agak perlahan pada bahagian pertama filem ini namun elemen kesakitan, penderitaan serta kesan terhadap emosi dan kehidupan seharian yang bijak dipersembahkan oleh Deepika kepada watak Malti ini berjaya membantu mendekatkan lagi penonton tentang apa yang dilalui oleh gadis-gadis yang menjadi mangsa serangan asid ini.



P/S : Kepada anda yang ingin tahu apakah ulasan Hans tentang filem Bollywood yang cukup menarik ini, silalah rajin-rajinkan diri anda membaca ulasan @ review Hans untuk filem Chhapaak dengan klik pautan di bawah gambar poster filem tersebut. Selamat membaca :) 


Tiada ulasan:

Catat Komen

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com