Jumaat, 10 Januari 2020

Review Filem Darbar

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah berjaya menonton sebuah filem Tamil yang sangat-sangat dinantikan iaitu Darbar lakonan pelakon hebat Rajinikanth bertempat di TGV Cinemas Jaya Centre pada 9 Januari 2020 yang lepas. Selepas tiga naskah lakonan Rajinikanth yang telah ditonton pada dua tahun lepas dan nampaknya filem Darbar sememangnya kembali menampilkan dan menaikkan semula aura beliau. Dimulakan dengan pengenalan klasik S.U.P.E.R. S.T.A.R RAJNI sebelum penonton dibawa melihat watak Aaditya iaitu seorang anggota polis yang sedang menggila dengan membunuh pelbagai jenis samseng serta melanggar arahan pihak berkuasa Hak Asasi Manusia yang ingin menghentikan serangan ganasnya kepada kumpulan terbabit. Ia adalah satu permulaan yang menarik pada pandangan Hans kerana babak-babak awal ini telah berjaya mengembalikan imej Rajinikanth yang sepatutnya wujud pada filem-filemnya yang sebelum ini.



P/S : Kepada anda yang ingin tahu apakah ulasan Hans tentang filem lakonan Super Star Rajni ini, silalah rajin-rajinkan diri anda membaca ulasan @ review Hans untuk filem Darbar dengan klik pautan di bawah gambar poster filem tersebut. Selamat membaca :) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com