Sabtu, 25 Januari 2020

Review Filem Psycho

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah berjaya menonton sebuah filem tamil yang cukup mengerikan berjudul Psycho bertempat di Amerin Cineplex pada 24 Januari 2020 yang lepas. Melihat nama pengarah Mysskin sahaja sudah cukup untuk membuatkan Hans tertarik untuk menonton filem ini. Menariknya tentang filem Psycho ini ialah pada permulaan filem telah diberikan dua pembayang penting buat penonton filem ini. Pertama ialah salah satu petikan kata terkenal daripada Albert Maslov yang berbunyi "We are simultaneously gods and worms." yang sebenarnya memberi petunjuk serta pembayang awal kepada teka-teki yang perlu dihadapi oleh penonton sewaktu menyaksikan kisah ngeri filem ini. Kedua ialah filem ini turut memberi penghormatan kepada Alfred Hitchcock yang pernah tampil dengan filem yang sama judulnya iaitu Psycho yang diterbitkan pada tahun 1961. Filem psiko ini sememangnya sangat bertepatan dengan judulnya kerana ia membawa kami meneroka satu dimensi baru kisah psiko untuk melihat di sebalik tabir punca segala pembunuhan ini 


P/S : Kepada anda yang ingin tahu apakah ulasan Hans tentang filem ngeri dari India ini, silalah rajin-rajinkan diri anda membaca ulasan @ review Hans untuk filem Psycho dengan klik pautan di bawah gambar poster filem tersebut. Selamat membaca :) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com