Rabu, 1 Januari 2020

Review Filem Sheep Without A Shepherd

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah oleh MM2 Entertainment untuk menonton filem Sheep Without A Shepherd sempena tayangan media yang berlangsung di mmCineplexes @ eCurve pada 31 Disember 2019 yang lepas. Untuk maklumat semua, filem ini telah ditayang lebih awal di negara China pada 13 Disember yang lepas dan mencatat kejayaan diluar jangkaan apabila menjadi filem pertama yang diarahkan oleh pengarah Malaysia iaitu Sam Quah yang mencatat hasil jualan tiket sebanyak RMB 780 Juta. Jadi, semestinya Hans tertarik untuk menonton filem ini tadi terutama apabila mengetahui bahawa filem ini adalah remake kepada sebuah filem India yang diketahui ramai iaiti Drishyam. Hans tidak pernah menonton Drishyam jadi Hans merasakan tiada masalah untuk menonton filem ini. Namun, jangkaan Hans meleset kerana filem ini mengingatkan Hans kepada filem Papanasam. Rupa-rupanya filem Papanasam yang ditayangkan pada tahun 2015 ini juga adalah remake kepada filem Drishyam. Jadi, bagaimana rasanya menonton filem yang intipati kisahnya anda sudah pernah tonton sebelum ini tetapi di dalam filem yang lain?


P/S : Kepada anda yang ingin tahu apakah ulasan Hans tentang filem yang menarik ini, silalah rajin-rajinkan diri anda membaca ulasan @ review Hans untuk filem Sheep Without A Shepherd dengan klik pautan di bawah gambar poster filem tersebut. Selamat membaca :) 


Tiada ulasan:

Catat Komen

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com