Melancong Ke Bandung Lebih Mudah Dan Murah Dengan Syarikat Penerbangan Citilink Indonesia

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans berpeluang untuk menghadiri Majlis Pelancaran Laluan Antarabangsa Terbaru dari Lapangan Terbang Antarabangsa Husein Sastranegara, Bandung ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) oleh syarikat penerbangan Indonesia iaitu Citilink Indonesia.


Menurut Presiden merangkap CEO Citilink iaitu Juliandra yang menyatakan Bandung, Indonesia merupakan destinasi popular pilihan pelancong dari Malaysia apabila berkunjung ke Indonesia. Menurut Badan Perangkaan Kebangsaan (BPS), rakyat Malaysia berada di kedudukan tertinggi dalam senarai pelancong asing di Indonesia pada 2019 dengan jumlah kunjungan sebanyak 2.98 juta iaitu meningkat sebanyak 18.51% berbanding tahun 2018. Dengan adanya laluan antarabangsa terbaru dari Kuala Lumpur ke Bandung ini, mereka berharap agar lebih ramai lagi pelancong daripada kedua-dua buah negara melancong antara satu sama lain yang pastinya akan menambah lagi keuntungan negara dan industri pelancongan Malaysia dan Indonesia.


Untuk maklumat para pembaca sekalian, laluan terbaru dari Lapangan Terbang Antarabangsa Husein Sastranegara, Bandung ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ini adalah laluan antarabangsa ke-10 untuk Citilink Indonesia dan laluan antarabangsa ke-4 untuk Citilink Indonesia ke Kuala Lumpur. Citilink Indonesia telah melakukan penerbangan komersialnya ke Kuala Lumpur dari Jakarta, Surabaya dan Denpasar.


Apa yang menarik tentang Citilink Indonesia ini ialah pihak mereka beroperasi di KLIA1 yang dikenali sebagai pusat penerbangan antarabangsa dari mana-mana negara di seluruh dunia bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada semua penumpang. Selain itu, Citilink Indonesia juga memberikan makanan percuma dan bagasi percuma 10kg kepada para penumpang mereka. Memang sangat berbaloi sebab harga tiket sememangnya murah dan harga tersebut termasuk dengan makanan dan bagasi percuma 10kg. Susah nak dapat tawaran hebat ini kalau dengan syarikat penerbangan yang lain. Hans sendiri pun merancang nak bercuti ke Bandung nanti dan memang nak cuba sendiri naik Citilink Indonesia ini.


Perkhidmatan baru ini boleh didapati setiap hari menggunakan Airbus A320. Menurut jadual, penerbangan Bandung-Kuala Lumpur, atau QG 538 akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Husein Sastranegara pada pukul 5:50 pagi waktu tempatan dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pukul 09:15 pagi masa tempatan.


2 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama