Isnin, 3 Februari 2020

Review Filem Hello World

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah menerima jemputan daripada pihak GSC Movies untuk menonton sebuah filem anime dari Jepun berjudul Hello World yang berlangsung di GSC Cinema One Utama pada 3 Februari 2020 yang lepas. Hans bukan lah peminat tegar filem Anime tetapi sejarah tontonan Hans membuktikan filem-filem anime yang pernah ditonton sepanjang tahun lepas sememangnya tidak pernah mengecewakan dan ada sebahagian kisahnya yang memang tidak terjangkau dek akal fikiran. Perkara ini nampaknya kembali berulang apabila filem anime Hello World ini juga menampilkan sebuah premis yang menarik dan begitu futuristik pada pemerhatian Hans.


P/S : Kepada anda yang ingin tahu apakah ulasan Hans tentang filem anime terbaru dari Jepun yang menarik ini, silalah rajin-rajinkan diri anda membaca ulasan @ review Hans untuk filem Hello World dengan klik pautan di bawah gambar poster filem tersebut. Selamat membaca :) 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com