Selasa, 3 Mac 2020

Review Filem The Invisible Man

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah berjaya menonton sebuah filem yang cukup menarik berjudul The Invisible Man bertempat di Amerin Cineplex, Seri Kembangan pada 2 Mac 2020 yang lepas. Filem ini mengisahkan tentang seorang wanita bernama Cecilia yang mengalami masalah trauma disebabkan hubungannya dengan seorang lelaki yang suka mengongkong dan mendera dirinya secara psikologi dan memberi kesan terhadap mental wanita tersebut. Keseraman yang diwujudkan dengan gaya yang tersendiri boleh dikatakan berjaya disampaikan dengan cara yang unik dan tersendiri. Tetapi, menariknya ialah kaedah yang diguna pakai dengan mengeksploitasikan perasaan trauma watak Cecilia yang berada di dalam fasa pemulihan berbeza ini berjaya menjadikan filem ini lain daripada kebiasaan filem-filem bergenre ngeri yang sudah sedia ada sebelum ini.


P/S : Kepada anda yang ingin tahu apakah ulasan Hans tentang filem terbaru yang cukup menarik ini, silalah rajin-rajinkan diri anda membaca ulasan @ review Hans untuk filem THE INVISIBLE MAN dengan klik pautan di bawah gambar poster filem tersebut. Selamat membaca :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com