Isnin, 2 Mac 2020

Review Filem Thappad

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah berjaya menonton sebuah filem  Bollywood yang sangat menarik iaitu Thappad bertempat di TGV Cinemas Jaya Centre pada 1 Mac 2020 yang lepas. Filem Thappad yang bermaksud tamparan atau satu tamparan ini adalah sebuah filem yang betul-betul mengejutkan Hans. Filem yang sangat bagus! Plot ceritanya disusun rapi dimana ianya bukan sekadar memberi penekanan kepada skrip tetapi juga terhadap hasil sinematografi serta memanfaatkan setiap props dan latar yang ada untuk memastikan para penonton bukan sekadar memahami cerita yang ingin disampaikan tetapi turut sama merasai emosi dan yakin dengan tindakan keseluruhan watak yang wujud di dalam keseluruhan filem ini. Siapa sangka filem yang pada bahagian awal 10 minitnya berjaya menampilkan adegan-adegan manis, romantik dan sedikit humor kepada watak utama iaitu Amrita dan Vikram serta watak-watak pembantu berjaya disusun baik dan digabungkan dengan cukup cantik apabila tiba di bahagian konflik filem ini untuk membuatkan anda mula memahami apa erti tamparan terhadap seorang isteri serta wanita bernama Amrita ini.    


P/S : Kepada anda yang ingin tahu apakah ulasan Hans tentang filem Bollywood terbaru yang cukup menarik ini, silalah rajin-rajinkan diri anda membaca ulasan @ review Hans untuk filem THAPPAD dengan klik pautan di bawah gambar poster filem tersebut. Selamat membaca :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com