Jumaat, 28 Ogos 2020

Review Filem Tenet

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah berjaya menonton sebuah filem daripada pengarah Christopher Nolan yang amat dinanti-nantikan iaitu Tenet bertempat di GSC One Utama pada 26 Ogos 2020 yang lepas. Hans sememangnya menyukai beberapa filem arahan Christopher Nolan sebelum ini seperti Memento, Inception dan Interstellar yang pada Hans mempunyai keunikan dan misterinya yang tersendiri. Jadi, Hans mengharapkan perkara yang sama untuk filem Tenet ini dan terbukti filem Tenet juga menawarkan satu perkara yang serupa. Cumanya ia boleh dilihat terlalu bercita-cita tinggi sehingga adakalanya meninggalkan beberapa lompong besar pada keseluruhan penceritaannya kali ini.




P/S : Kepada anda yang ingin tahu apakah ulasan Hans tentang filem ini, silalah rajin-rajinkan diri anda membaca ulasan @ review Hans untuk filem TENET dengan klik pautan di bawah gambar poster filem tersebut. Selamat membaca dan menonton :)


2 ulasan:

  1. nak tengok sangat filem ni. sebab so far tak pernah lagi terlepas filem Nolan. harap yg ni tak mengecewakan.

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com