Jom Makan Ayam Flaming Koli Di The Chicken Rice Shop
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dan war-warkan kepada para pembaca sekalian berkenaan dengan satu menu baru yang ditawarkan oleh The Chicken Rice Shop (TCRS) sempena Deepavali ini iaitu hidangan Flaming Koli yang cukup unik dan lazat. Menu Deepavali ini bakal menambat hati anda semua dimana anda boleh menikmati hidangan istimewa ini bermula pada 21 September 2020 sehingga 15 November 2020.
Hans sememangnya cukup suka dengan hidangan yang diinspirasikan daripada masakan India iaitu Flaming Koli ini yang bukan sahaja pedas dan enak tetapi juga diperkayakan dengan rempah ratus asli masakan India yang menambah aroma kepada hidangan istimewa ini dan seterusnya meningkatkan lagi selera sesiapa yang mencubanya. Apa yang pasti kalau dah cuba sekali maka Hans yakin anda semua pasti nak makan lagi.
Menurut June Song yang merupakan Ketua Pemasaran TCRS Restaurants Sdn Bhd menyatakan bahawa Deepavali melambangkan kegembiraan dan ini adalah masa untuk menikmati hidangan Khas Deepavali yang lazat bersama tersayang. Memandangkan agak mencabar untuk mendapatkan sukatan rempah ratus yang tepat untuk menghasilkan masakan India yang lazat jadi The Chicken Rice Shop berusaha memudahkan orang ramai untuk menikmati menu istimewa Flaming Koli ini dengan selesa dan mudah.
Hans sendiri memang cukup berpuas hati. Faktor pertama yang membuatkan Hans cukup terkejut dan pada masa yang sama cukup gembira disebabkan oleh saiz ayamnya yang cukup besar. Memang Hans tambah nasi sebab pinggan pertama habis tetapi ayam masih tinggal lagi seketul. Serius kenyang! Faktor kedua ialah rasa ayamnya yang lazat. Ada rasa kari, pedas, masin dan manis yang sekata apabila dimakan bersama nasi. Selain rasa rempahnya yang padu tidak dinafikan juga kerangupan ayam gorengnya masih terasa lazat walaupun bersalut dengan limpahan rempah yang sedap ini. Memang seronok lah Hans menikmati hidangan Flaming Koli ini tempoh hari.