Duit Syiling Peringatan Bersempena Dengan Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik 2020 (APEC 2020)

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kepada peminat numismatik seperti Hans semestinya berasa sangat gembira apabila Bank Negara Malaysia telah pun mula mengambil tempahan para pelanggan yang berminat untuk mendapatkan duit syiling peringatan bersempena dengan Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik 2020 (APEC 2020)Duit syiling peringatan ini dilancarkan bersempena dengan Mesyuarat Ketua-Ketua Negara APEC pada 20 November 2020 yang berlangsung di Kuala Lumpur.



SPESIFIKASI DUIT SYILING PERINGATAN

1) Duit Syiling Peringatan Perak Berwarna (pruf)

Duit syiling ini diperbuat daripada logam perak dengan ketulenan 99.9 dan setiap keping beratnya ialah 31.1 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan harga jualannya RM253 sekeping. Sebanyak 1,000 keping sahaja ditempa.

2) Duit Syiling Peringatan Emas Nordic Brilliant Uncirculated (B.U.)

Duit syiling ini diperbuat daripada campuran beberapa logam terutamanya tembaga dalam kemasan tanpa kilat dan setiap keping beratnya ialah 8.5 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM1 dan harga jualannya RM13.20 sekeping. Sebanyak 15,000 keping sahaja ditempa.

Duit syiling peringatan ini juga boleh didapati dalam set dua dalam satu. Set ini mengandungi duit syiling perak berwarna (pruf) dan duit syiling emas Nordic (pruf). Set ini akan dijual pada harga RM308 setiap set dan hanya 750 set sahaja disediakan. 


INFO HARGA DAN BUTIRAN SETIAP JENIS DUIT SYILING

Duit Syiling Peringatan APEC 2020 Perak Berwarna (pruf)
Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Silver Proof
Logam: Silver (Ag99.9)
Nilai Muka(RM): 10 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 1,000
Diameter (mm): 40.7
Berat(g): 31.1
Harga Jualan BNM: RM253 (termasuk 10% SST)


Duit Syiling Peringatan APEC 2020 Emas Nordic
Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Nordic Gold (B.U.)
Logam: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Nilai Muka(RM): 1 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 15,000
Garis Pusat (mm): 30.0
Berat(g): 8.5
Harga Jualan BNM: RM13.20 (termasuk 10% SST)


Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 750 set.
Harga Jualan BNM: RM308 (termasuk 10% SST) 


REKA BENTUK DUIT SYILING
Duit syiling peringatan ini ditempa dengan dua teknik permukaan yang berbeza dengan menggunakan teknologi laser canggih dan digital frosting untuk mencipta kesan pelangi. Reka bentuk ini merupakan pengeluaran yang pertama seumpama itu. 

REKA BENTUK BAHAGIAN HADAPAN DUIT SYILING
Reka bentuk artistik 21 imej manusia (human figures) pada bahagian tengah duit syiling melambangkan kerjasama 21 negara APEC untuk mengekalkan pertumbuhan dan pembangunan di rantau ini. Perkataan ASIA-PACIFIC ECONOMIC COOPERATION 2020 dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala tema APEC 2020 iaitu “OPTIMISING HUMAN POTENTIAL TOWARDS A FUTURE OF SHARED PROSPERITY” dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling.

REKA BENTUK BAHAGIAN BELAKANG DUIT SYILING
Elemen hiasan corak songket bunga pecah lapan yang menjadi latar belakang bahagian ini melambangkan kekayaan budaya Malaysia. Nilai muka duit syiling dipaparkan pada bahagian tengah, manakala logo rasmi APEC 2020 terletak di bahagian bawah.


JUALAN DUIT SYILING PERINGATAN

Bagi memberikan peluang yang sama rata kepada orang ramai untuk membeli duit syiling edisi terhad ini, pembelian akan dihadkan dimana setiap pembeli hanya boleh membeli satu set dua dalam satu, satu duit syiling perak berwarna (pruf) dan maksimum lima duit syiling emas Nordic (B.U). Sekiranya jumlah tempahan melebihi jumlah ditawarkan, tempahan akan dilaksanakan melalui undian. 


6 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama