Promosi VIP Pass : Bercuti Semakin Murah

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Hans yakin majoriti antara kita sentiasa berdoa siang dan malam agar pandemik Covid-19 yang masih melanda negara Malaysia segera lenyap daripada muka bumi ini. Jadi, ramai di kalangan rakan Hans yang apabila ditanya apa yang mereka teringin nak lakukan apabila langkah kawalan pergerakan tamat ialah dengan pergi melancong dan bercuti. Hans pun mempunyai jawapan yang sama dengan mereka kerana sudah hampir dua tahun tidak pergi bercuti kemana-mana.


Jadi, Hans telah menerima satu info yang cukup menarik daripada rakan baik Hans berkenaan VIP Pass yang menawarkan pakej yang cukup menarik. Buat anda yang memang suka melancong pasti teruja dengan apa yang Hans nak kongsikan dengan anda selepas ini. 


Untuk makluman semua, VIP Pass merupakan satu pelan premium yang menawarkan ahli-ahli mereka; sebagai bonus apabila mereka membeli VIP Pass iaitu penebusan enam malam di lebih 137 buah hotel di seluruh Malaysia dalam tempoh 24 bulan dengan jaminan pulangan wang 100 peratus. Enam malam di hotel yer! Bukan enam jam! Hans sendiri memang terkejut dan betul-betul teruja dengan tawaran yang sangat menarik daripada VIP Pass ini.



Bukan setakat itu sahaja! Malahan VIP Pass turut menawarkan diskaun sebanyak 81 peratus untuk penginapan anda di hotel-hotel yang terkemuka di seluruh Malaysia dan Singapura. Antara hotel-hotel yang terlibat adalah Vivo Suites, Timur Bay, Parkroyal Hotel, Tamarind, 1 Tebrau Suites, Summer Suites, Robertson, Hotel Olympic dan banyak lagi.

Apa yang lebih menarik ialah tawaran VIP Pass berupa bayaran harga hanya RM399 sahaja untuk enam malam di hotel pilihan anda. Ini bermakna anda hanya perlu membayar RM66 sahaja untuk satu malam. Serius percutian anda pasti bermakna saat dapat menginap di hotel cun dengan harga yang sangat rendah seperti ini.


Sebagai info tambahan, tawaran penginapan hotel selama enam malam ini bukan sahaja sah digunakan untuk tahun ini sahaja tetapi ianya boleh digunakan untuk tempoh 24 bulan iaitu selama dua tahun. Lebih menarik, anda juga boleh menggunakannya secara berasingan untuk semalam di hotel yang berbeza. Anda juga boleh menggunakan 6 bilik semalam untuk keluarga anda. Memang tawaran yang cukup istimewa!

Hans sendiri bersetuju bahawa penetapan harga VIP Pass ini sangat berbaloi dan menjimatkan kerana kita sebagai pelanggan berpeluang untuk menikmati percutian di hotel-hotel cun tetapi membayar dengan harga hotel bajet. Bukan senang nak dapat peluang istimewa sebegini. 


Hans yakin pasti ramai yang tertanya-tanya apakah yang bakal terjadi sekiranya anda yang mempunyai VIP Pass ini tidak dapat atau tidak sempat menginap di hotel dengan menggunakan pakej berkenaan gara-gara penularan Covid-19 yang tidak berkesudahan pada tahun ini bukan? Jangan risau kerana anda boleh menggunakan VIP Pass ini pada tahun 2022 nanti.

Lebih menarik apabila Hans mengetahui VIP Pass ini menawarkan jaminan pulangan wang semula kepada pelanggan yang mungkin tidak berkesempatan untuk menggunakan tawaran promosi berkenaan sepanjang dua tahun tempoh VIP Pass ini berlangsung. Jadi, anda tidak perlu risau lagi tentang hal ini.


Sememangnya VIP Pass ini memberi keistimewaan yang cukup luar biasa iaitu potongan harga yang cukup rendah buat anda untuk menginap di hotel-hotel mewah seluruh Malaysia bersama keluarga mahu pun rakan-rakan. Secara tidak langsung, VIP Pass ini menawarkan nilai penjimatan yang cukup besar buat para pelanggan mereka. Jadi, rebut peluang keemasan ini sekarang sebelum terlambat. Pakej VIP Pass ini boleh dibeli melalui laman sesawang https://getvippass.com/399-deal/


26 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. tempat percutian mewah harga rendah nak ke situ yg masalah la ni kan

    BalasPadam
  2. Wahh kot ada hotel idaman akak kan. Leh ushar ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. usha jangan tak usha
      kalau dah beli tetapi tak boleh guna sebab masalah covid nih sampai expired date dia...boleh dapat duit semula

      Padam
  3. Menarik! Kalau tidak disebabkan MCO, dah lama aku peegi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama lah..hahah
      tapi pass nih tahan 2 tahun...so beli jer siap2

      Padam
  4. Xsabar habis pkp nk holiday 😢😢😢

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu
      leh guna Pass nih untuk duduk hotel dengan harga jimat

      Padam
  5. wahh berbaloi juga ni. ini yang buat makin berkobar-kobar nak travel. hopefully cepatlah keadaan kembali menjadi lebih baik. Amin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah
      sama lah kita
      tak sabar nak travel dengan promosi VIP Pass nih lagi
      menarik sangat

      Padam
  6. Jom belanja aku bercuti hehehe murahkan wakakakaka

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko belanja lah..ko kan diva kayangan..mesti berkepok-kepok

      Padam
  7. Tunggu habis PKP nampaknye , menarik

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama lah kita
      menanti PKP tamat yang entah bila

      Padam
  8. Bestnyaaa tak sabar nak pergi bercuti

    BalasPadam
  9. Balasan
    1. memang wajib grab
      kalau x dapat nak guna boleh dapat balik duit
      so berbaloi sangat

      Padam
  10. perhhhh bapak arrr....best tu murah murah... harapnya dapat lah pergi jalan² next year... terbaik lah Tan Sri... posting yg menarik

    BalasPadam
  11. Hmmm excited tapi alahai... 2 tahun pun rasa risau je 😂 tapi ada money back guarantee so kita onz jela 🤣

    BalasPadam
  12. wow this is great and the price also very attractive.

    BalasPadam
  13. Best ni sygnya kita masih dlm MCO, ntah bila habisnya :(

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama