Yiruba Food Basket Aid Campaign

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kalau kita lihat dimana-mana kawasan di seluruh Malaysia ini memang kita tidak dapat nafikan terdapat ramai pihak sama ada berkeluarga mahu pun individu bujang mengalami kesukaran meneruskan kehidupan di era pandemik Covid-19 yang semakin mengganas ini gara-gara kehilangan kerja atau cuti tanpa bergaji ini.


Jadi, apabila kempen #BenderaPutih yang dijalankan oleh rakyat untuk rakyat sendiri dimana Hans melihat ianya membawakan satu objektif yang cukup baik untuk membantu mereka yang hilang punca pendapatan, wang yang disimpan semakin berkurangan, kerja diberhentikan, makanan terpaksa dicatu dan pelbagai lagi. Kempen #BenderaPutih ini telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia boleh bersatu padu dan bantu-membantu antara satu sama lain walaupun berbeza latar agama, kaum dan sebagainya.


Jadi, Hans sangat berbesar hati untuk bersama-sama menyokong usaha murni Yiruba-EcommerceGETBATS dan Persatuan Pembangunan Jayadiri Selangor yang telah melancarkan Food Basket Aid Campaign ini pada 2 Julai 2021 yang lepas. Buat anda yang telah kehilangan pekerjaan, tiada pendapatan atau perlukan bantuan makanan, pihak Yiruba dengan murah hatinya bersedia untuk membantu anda.


Apa yang menariknya, jika anda sendiri melihat mana-mana rumah yang mengibarkan #BenderaPutih di kawasan kejiranan maka anda boleh terus hubungi pasukan Yiruba seperti yang tertera pada poster yang Hans kongsikan di atas. Jangan risau kerana bantuan mereka tidak terhad pada satu-satu kawasan sahaja tetapi ianya merangkumi seluruh Semenanjung Malaysia.


Kongsi, sebarkan dan war-warkan tentang Kempen Yiruba Food Basket Aid ini kepada rakan-rakan, keluarga atau jiran anda yang terjejas akibat pandemik Covid-19 supaya kita dapat memberikan mereka sinar kebahagiaan selepas sudah lama menderita dan terkesan dengan wabak ini.

YIRUBA: 

GETBATS: 

Persatuan Pembangunan Jayadiri Selangor: 



33 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. usaha murni
    sama2 beri sokongan setakat yg mampu

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu
      semoga dapat meringankan beban orang yang susah sekarang
      amin

      Padam
  2. This is a good initiative to help those needy during this challenging time.

    BalasPadam
    Balasan
    1. agree 100%
      ramai orang memerlukan bantuan sekarang :)

      Padam
  3. Balasan
    1. sama-sama kita membantu setakat yang mampu :)

      Padam
  4. Alhamdulillah, usaha yg murni

    BalasPadam
  5. ALHAMDULILLAH SATUNAN KEBAJIKAN KPD YG MEMERLUKAN

    BalasPadam
  6. usaha yg bagus, meringankan beban mereka yg memerlukan..

    BalasPadam
  7. Kempen yang bagus untuk membantu mereka yang memerlukan. At least siapa yang nak tolong tapi tak mampu, boleh juga tolong inform pasukan Yiruba.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah. Segala usaha dalam membantu orang yg memerlukan adalah perkara yang baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah
      sama-sama kita bantu membantu mereka yang memerlukan

      Padam
  9. Kempen yang bermanfaat. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  10. Moga kempen ni terus membantu ramai lagi org yg terkesan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu
      sebab makin ramai yang terkesan dengan pkpd sekarang

      Padam
  11. memang bagus la kita buat kerja kebajikan semasa pandemik ini. semoga dipermudahkan. Aamiin...

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah! Salah satu usaha murni untuk tolong orang yang memerlukan pertolongan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu
      hari ni kita bantu orang
      esok lusa Allah bantu kita :)

      Padam
  13. Terbaik. Semoga dapat membantu ramai golongan kurang berkemampuan..

    BalasPadam
  14. Bagus usaha murni sebegini...membantu mereka yang terjejas...semoga allah permudahkan usaha anda semua

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah
      semoga segalanya dipermudahkan
      amin

      Padam
  15. alhamdulillah, terbaik sangat. masyaAllah.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama