Kerjasama PG Mall Dan Grab Express Mudahkan Pengguna Berbelanja Di Rumah

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua tentang perkara terbaru yang cukup istimewa berkaitan PG Mall yang merupakan satu-satunya platform e-commerce serta pusat membeli-belah atas talian tempatan pertama di Malaysia yang telah ditubuhkan sejak tahun 2017 lagi. Buat anda yang masih belum mengenali PG Mall, platform e-dagang ini sebenarnya telah disenaraikan sebagai platform e-dagang yang ketiga paling utama untuk rakyat Malaysia melalui laporan daripada iPrice insight di https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/



Hans sendiri sebenarnya kerap melayari laman sesawang serta applikasi PG Mall untuk membeli pelbagai barang keperluan serta emas yang ditawarkan dengan harga yang cukup berpatutan. Anda sendiri pasti rambang mata apabila melayari laman sesawang PG Mall ini kerana terdapat pelbagai tawaran menarik melalui pelbagai barangan yang dijual mereka mengikut kategori seperti Elektronik, Fesyen, Rumah, Makanan, Minuman, Emas, Kecantikan, Automotif dan banyak lagi.


Kini terdapat satu lagi perkara terbaru yang cukup menarik telah diumumkan oleh PG Mall iaitu kerjasama mereka bersama dengan Grab Express berkaitan dengan servis penghantaran Express kepada para pelanggan yang membeli barang dengan PG Mall. Sebagai platform e-dagang pertama yang berkerjasama dengan Grab Express, inisiatif ini dimulakan buat para pelanggan yang tinggal di kawasan Lembah Klang terlebih dahulu sememangnya sangat membantu pelanggan PG Mall untuk mendapatkan barangan yang dibeli pada hari yang sama tanpa keluar daripada rumah. Hans melihat ini merupakan satu inisiatif yang begitu baik kerana negara Malaysia masih belum bebas daripada pandemik Covid-19 lagi. Jadi, ini secara tidak langsung membantu para pelanggan berbelanja dengan selamat hanya melalui rumah dan dapat memutuskan rantaian Covid-19 daripada terus merebak. Buat anda yang berada di luar Lembah Klang pula, jangan risau kerana perkhidmatan penghantaran ekspress ini akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pada tahun 2022.


Apa yang lebih menarik apabila PG Mall turut menawarkan Promosi Potongan RM12 PG Mall GrabExpress buat para pelanggan mereka yang menggunakan perkhidmatan ini. Memang betul-betul menarik tawaran PG Mall ini. Jadi, rebut peluang keemasan ini dengan membeli-belah di laman sesawang PG Mall dengan klik PG Mall dan pilih Grab Express untuk penghantaran segera. Selamat membeli-belah!


Website:

Facebook:

Instagram:

TikTok:

#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #Grabexpress


1 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama