Marley & Me




Hari tu sebenarnya aku dengan 3 orang member(deja gonzalez, amalina portava dengan ain) nak tengok film lain tapi sebab dah terlewat jadi cuma film nih jer lah yang kami dapat tengok(bunyi macam kecewa jer kan???). Film nih sebenarnya mengisahkan tentang kehidupan suami isteri yang bekerja sebagai journalist atau wartawan yang memang sibuk sepanjang masa.Pada permulaan ceritanya, mereka masih belum terfikir untuk mempunyai anak.

Pada suatu hari nih, si suami nih tiba - tiba terfikir nak mempunyai zuriat. Maka, untuk permulaannya mereka membeli seekor anjing yang diberi nama sebagai Marley sebagai eksperimen mereka sama ada mereka sudah bersedia untuk mempunyai anak atau belum. Dan si anjing bernama Marley nih memang menyebabkan mereka menjadi gila sekejap dan kadang - kadang memberi tekanan yang melampau pada diorang. Habis perabot rumah dengan dinding digigit beliau. Kalau ada anjing jenis nih dekat Malaysia, aku rasa dah lama kena tembak kut. Hahaha!!!

Plot cerita nih pada mulanya agak perlahan. Kemudian scene yang menunjukkan pasal kehidupan sebagai journalist tu memang menariklah (masa tu tetiba rasa macam best plak jadi journalist nih). Selepas itu plot film nih kembali perlahan membuatkan aku agak bosan sekejap tetapi apabila sampai ke babak mereka mempunyai anak dan sewaktu Marley menghadapi hari - hari kematiannya memang menyedihkan. Buktinya, keadaan dalam wayang tetiba senyap dan disusuli dengan bunyi hingusan para penonton. Kiranya memang sedihlah tu kan???

Filem ini berdasarkan sebuah novel dan apa yang aku boleh cakap filem nih banyak menceritakan tentang anjing dan kehidupan seorang journalist tapi aku rasa filem nih agak menarik jugalah bagi aku sebab semua ada dalam filem nih -> Realiti, Lucu, Sedih, Falsafah, Memerlukan Pemikiran Yang Mendalam. Jadi, kepada siapa - siapa yang suka filem macam nih memang tak rugilah kalau korang habiskan duit untuk tengok filem Marley & Me.

P/S : Bila Malaysia Nak Buat Filem Macam Filem Slumdog Milionaire??

10 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Hari ini Rabu. Kebetulan pula hujan lebat ini. Memang perlu lepak di KLCC dahulu. Wayang pula murah. Hmm bagus juga cadangan untuk menonton filem ini.

    BalasPadam
  2. Arghhhhhhh nk g tgk dgn saper ekkk???


    Siapa berDUIT, sila tunjukkan diri anda.
    :P

    BalasPadam
  3. hari tu nsk p tngk cite ni tapi tk jadi...skang dah tkde dah...huhuhu...nnti aku p bli cd rm4 punye...

    BalasPadam
  4. novel dia... apa tajuk beb?

    BalasPadam
  5. adalicious?huH!

    nwy, ank xabes2 gn slumdog millionaire ank 2!ahaha

    BalasPadam
  6. best do, rase nk tgk lg

    BalasPadam
  7. novel dia.
    'marley & me'.
    tgh 20% off dkt popular..

    BalasPadam
  8. bila pengarah kita mula kuar dr topik cinta streotaip...cita dr luar banyak yg berkuality...kita pun ade...cuma tak banyak...

    BalasPadam
  9. Anuar Manshor : dah tgok belum...

    Adalicious : xbaca pun...tgok jer..huhu

    S.yanaz : haha...

    artsoul : adess....

    Bunga Binti Nordin : entah..carilah sendiri

    Pikato Ezora : ang tak habis2 dgn JAMAL MALIK ang tu...haha

    Sengkool : owh,ko pun dah tgk rupanya..

    Adalicious : beli kah??

    Man Helang : xsempat nak tgok Talentime

    Namkhir : email? hanis_narnia@yahoo.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama