Kepada peminat tegar film Final Destination pasti sudah mengetahui jalan ceritanya yang menjurus kepada seseorang yang mendapat bayangan masa depan mengenai ajalnya sendiri dan cuba mengelakkan kematian itu tetapi akhirnya satu demi satu akan mati seorang demi seorang melainkan jika mereka dapat menghentikan rantaian kematian itu.
Kisah ini bermula di sebuah litar perlumbaan kereta lumba dimana seorang lelaki mendapat bayangan kematian jika beliau masih berada dan menonton perlumbaan itu disitu. Jadi, akhirnya beliau dapat keluar dari tempat itu bersama rakan – rakan sebelum mereka menjadi mangsa kematian seorang demi seorang.
Tetapi, selepas itu mereka diuji mengikut urutan kematian masing - masing apabila kematian tidak jemu – jemu datang kepada mereka. Film ini sesuai kepada mereka yang berani untuk melihat cerita – cerita yang memaparkan kematian yang tragis dan menjijikkan. Dari segi teknologi grafik yang dipaparkan, ada adegan – adegan yang dipaparkan betul – betul kelihatan seperti realiti. Ada juga yang kurang menyengat sehingga membuatkan aku tergelak besar seorang diri dan tiba – tiba aku tersedar orang sekeliling memandang aku pelik kerana mereka menjerit melihat adegan itu.
Kepada sesiapa yang meminati cerita seperti ini segeralah menyerbu panggung wayang berdekatan anda dan disini penulis sangat – sangat berterima kasih kepada Ali Jowo, Mayu dan Joel kerana menyertai penulis menonton film ini walaupun ada exam keesokan hari. Hehehe.
Berbalik kepada film kedua iaitu Orphan, penulis memberi 5/5 + 5 bintang kepada film ini kerana jalan cerita dan watak – watak yang dilakon oleh pelakon – pelakon dalam film ini sangat berkesan dan membuat penulis sangat teruja terutamanya watak Esther , Ibu Max dan Max. Bunyi muzik latar film ini sangat bagus sehinggakan bunyi cermin pun mampu membuatkan penulis terkejut atau cuak.
Film ini mengisahkan mengenai seorang ibu yang keguguran bayi yang diberi nama Jessica. Jadi, beliau dan John(suami beliau) bercadang mengambil anak angkat sebagai pelengkap keluarga walaupun mereka sudah mempunyai 2 anak iaitu Daniel dan Max(kanak – kanak perempuan yang bisu tetapi sangat comel).
Jadi, mereka berkunjung ke sebuah rumah kebajikan dan tertarik dengan karakter Esther yang berumur ‘9 tahun’ yang dilihat sangat baik dan bersopan santun. Esther pun diambil sebagai anak angkat dan disinilah segala – galanya bermula kerana Esther mula menunjukkan dirinya yang sebenar secara perlahan – lahan dan sedikit demi sedikit rahsianya mula terbongkar kerana umur sebenar beliau bukanlah 9 tahun dan beliau adalah seorang wanita yang sangat kejam.
Film ini membuatkan diri penulis sangat penat dengan aksi – aksi yang menakutkan serta menyeramkan yang penuh dengan kejutan. Kepada anda yang belum menonton, penulis mengesyorkan anda agar menonton di wayang berdekatan untuk merasainya sendiri kerana menonton di wayang lebih menghiburkan dari segi sistem bunyi dan kepuasan berbanding dengan membeli vcd atau dvd original atau cetak rompak. Terima kasih kepada Deja Moralez kerana sudi menonton bersama penulis.
P/S : Diharap Penulis Mempunyai Peluang Untuk Menonton Filem Hebat, Gamers Selepas Ini!
aku dah tgok Final Destination..
BalasPadamkecewa dgn teknik komputer yg digunakan..terlalu melampau smpi da x nmpk realnya..
huhuhu..
lum tgok Orphan..looking forward to watch it
ku pun nak menonton jugak..
BalasPadamaku takut tgk final destination 4....
BalasPadamxnak tgk dah!
xkuase aku~
nak tgk orphan!
adoi!
BalasPadammasih xberpeluang nk menonton ORPHAN lg! SENTAPNYA!
orphan da tgk. bes gile.. saiko.
BalasPadamweh!
BalasPadamaku nak p tgk orphan tu.
tp xdak duit.
lalu aku pn p tgk FD 4 ja. huhu!
zack : tak dinafikan juga la teknik komputer dia kadang2 melampau tetapi diselamatkan dengan jalan cerita yang kreatif...pergi tgok Orphan sekarang..best giler
BalasPadamLotsOfLovePearls : pergi...memang tak rugi...
Poksu : takut?tapi Final Destination yang 1st dgn 2nd lagi menakutkan
Duke Luce : ko pergilah tgok skrg..tgok dkt wayang best sebab volume suara kita tak leh control...so sangat cuak disitu
I-sya : haha...betul2..setuju..sangat2 psycho...
Pikato Ezora : Allah...tiket aku harga RM6 jer pun...
final destination da tgok. tp orphan x tgok g.. huhu
BalasPadamoeh! cni mahai kowt.
BalasPadamrm10! ari rabu ja rm8.
agak bz la nak g nengok wayang. tgk lah. dulu masa muda2 gila gak ngan final destination ni. skang dah tua. dah tak boleh terkejut. lemah jantung.
BalasPadamhehe
mamma mia : best kan?orphan lagi best dari FD4...
BalasPadampikato eZora : ang xpakai kad matrik ka??aku pakai RM6 ja bayaq
razor : haha...aku yg muda nih pun dah penat tgok tambah ko dah tua..haha
bule ka mcm tu?
BalasPadamahaha.
woi!!!!!!!!!!!
aku p dua pawagam kot td.
1. tgv bukit raja
2. tgv sunway piramid
22 HARAM ORPHAN DAH ABES TAYANGAN KOWT!!! ARGHHHHHHHHHHHHHH!!!
pikato ezora : ialah..dah sebulan dah kut film tu...ang lambat...pi la dkt gsc melaka...ada lagi tu
BalasPadamhaha .
BalasPadamtahuu xpeee .
orphan best kn kn '
dah tgk lame dahhh(:
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com