Rumah 1133 - Rakan Saya Siri Akhir

Dah lama aku simpan gambar - gambar yang tak berapa nak menarik nih(hahaha) dan hampir terlupa pula nak habiskan siri rakan saya yang ke-10. Lupa nak suruh rakan rumah sewa aku mengambil gambar hadapan rumah ini dan lampu - lampu yang mewah di bahagian ruang tamu. Huhuhu!


1) Hari Rumah Sewa dibersihkan. Waktu tu aku dah balik dah tapi kira okay arr tu. Mula - mula datang aku dan Acid dah bersihkan. Siap banjirkan rumah lagi masa hari pertama. Haha. Kalau korang perasan dekat tepi pagar itu ada satu benda yang sukat elektrik yang digunakan. Benda tu berguna sewaktu nak dekat hujung bulan sebab kitaorang semua akan cuba congak bil elektrik berdasarkan cara kiraan bil yang disediakan. Huhu.

2) Keadaan lantai sudah tidak menarik kerana tikar getah dibuang sewaktu rumah dilanda banjir. Banjir berpunca dari tangki air yang bocor dan bukannya kerana hujan. Haha. Kawasan ini sentiasa digunakan oleh rakan serumah aku iaitu Chef Jumud dan Chef Kuri untuk menyiapkan juadah makan malam. Aden dan Acit juga selalu gunakan ruang ini untuk memasak mee segera. Aku gunakan ruang ini hanya pada awal bulan dan sewaktu cuti H1N1 sahaja sebab waktu tu aku jer tak nak balik rumah. Huhu.



3) Bilik aku dan seorang lagi rakan iaitu Sengkol. Pilih ini dipilih oleh aku kerana Sengkol mahu bilik yang ada tingkap supaya beliau mudah bangun. Kononnya cahaya akan menerangi bilik dan membangunkan beliau secara automatik tetapi itu semua dusta belaka. Haha. Bilik ini juga sentiasa selamat daripada bencana alam yakni banjir yang bukan semulajadi itu serta daripada kecurian yang berlaku di rumah. Berkat juga bilik nih. Huhuhu. Itu tilam aku. Rindu tul tetapi aku tinggalkan dekat situ sebab tak mampu nak bawa balik naik bas. Nasib tilam tu aku beli yang paling murah. Hehe.


4) Aku tak tahu nih komputer siapa tapi rasa - rasanya mereka tengah khusyuk membersihkan rumah sebelum kunci diserah kepada pemilik asal.


5) Nih aku tak tahulah apa sebab pintu bilik aku jadi macam nih sebab aku sudah balik. Diberitakan rakan bilik aku mengamuk pada suatu malam. Mungkin tekanan melampau telah membuatkan beliau bertindak di luar batasan. Hahaha. Lepas nih Tuan Rumah Sewa cari kau lah Sengkul.

6) Itu adalah dua budak rumah sewa aku. Yang berbaju biru itu adalah Saudara Kuri dan yang memakai cermin mata itu adalah Saudara Sengkul. Waktu nih juga aku sudah balik menikmati masakan emak tercinta di rumah. Haha.


7) Ini sewaktu menyambut hari - hari akhir Saudara Acit(tengah) di Melaka. Cess, padahal rumah dekat masjid tanah jer pun. Huhuhu. Disebelah Acit adalah Saudara Aden.



8) Saudara Chef Jumud(berbaju putih) sedang diberi tunjuk ajar oleh Saudara Chef Kuri. Aku tak tahu apa yang dibikin mereka. Kedua - dua mereka handal juga memasak tetapi yang paling handal dan sedap semestinya masakan dari Chef Jumud. Jiran sebelah dan jiran di depan pun puji masakan beliau. Yang memujinya pula ialah wanita. Maka, memang sedaplah masakan beliau itu.


9) Hari meraikan gua yang sudah mahu pulang keesokkan harinya. Hari tu bagaikan syurga makanan. Ada dua rumah lagi panggil gua pergi makan. Semua gua rembat jer. Haha. Thanks semua rakan - rakan rumah.

P/S : Ini Baru Sinopsis Nih. Pasnih Gua Cerita Dengan Lembih Menyeluruh.

23 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. fulamak bro...syoknyer mkn ramai2 cmtu...mmg best,baru berkat turun...aku dh lame x mkn cmtu...dok bersile n mkn ramai2...

    ردحذف
  2. ko x gemuk ker makan sedap2 jer
    hehe

    ردحذف
  3. lol,br perkenalkan watak ke?
    igt dh abis cite,hak3

    ردحذف
  4. aik...xdi ade link aku kt blog ko...ni dh xde...nape ek???

    ردحذف
  5. pindah rumah sbb dh abis blaja ke???

    ردحذف
  6. haha..xabes2 lagi ko promote rakan2 ko..

    ردحذف
  7. rumah lu masuk banjir ke bro?
    payah gakk..

    ردحذف
  8. perghh...ganas gak umah sewa korang...boleh tahan besar ek. aku ingt siri cerita umah hantu hehehe :p

    ردحذف
  9. Gua pelik tengok penyapu ada kat setiap scene tu~

    Anyway bro, thanks sebab datang blog gua~

    ردحذف
  10. Sha89 : hahaha...siyot...bukan..megapixel camera kurang bagus maa..itu dia jadi sedikit suram tu...sebenarnya umah tu sangat cerah

    Arief Arf : banjir buatan sendiri lorr...

    Fatt Chin Choy : hish...jgn sebut gemuk..sensitip..haha...ikut time la..kekejap naik kekejap turun..tapi selalu naik jer..haha

    Hisham : xder meja tu bersila tu bro..huhu

    Seroja Jingga : hish..mana beli..itu semua chef - chef rumah masak kut...gua basuh pinggan jer..huhu

    Iylienaz : bila plak gua promote?gua bagitahu rakan - rakan gua jer..sila betulkan tanggapan anda antara promote dan bagitahu..aiyak

    Sharamli : hah...nih iylienaz..bukan ku promote..dia yg tanya..haha..ada2...asal?

    Hisham : adoi...tu ada jer..bila plak takder..bro..gua dah besar bro..takkan pasal kes chin peng tu sebab lu tak sependapat dengan gua sampai gua nak buang link lu..ada jer kutt...

    Nur Akmal : pindah?eh,tak..kitaorang semester last kena duduk umah sewa...nih dah habis belajar so pindah teruslah semua..huhu

    Penaberkala : haha...gua bukan nak citer diorang maaa..citer sejarah sepanjang umah sewa saja lorr

    ردحذف
  11. L : haha..bersih rumah maa..biasalah tu

    ردحذف
  12. boleh lah si jumud ajaq aku masak nanti. haha.

    ردحذف
  13. Hahahaha~
    Tapi memang kemas~
    Gua jeles~
    T___T

    ردحذف
  14. bro...aku tnye je bkn mrh ko pn..xde provok ko pn..aku tnye je..xkan tu pn nk angin..ni ko ckp aku x pro...aku ngaku aku mmg x pro..tp ko ygk x care aku tnye tu..

    ~aik...xdi ade link aku kt blog ko...ni dh xde...nape ek???~

    aku tnye jer..k la.aku x nmpak..sori k...snyum la skit...

    ردحذف
  15. bilik itu sangan 'simple' dan 'menarik'!!

    ردحذف
  16. Pikah : Pi la belajaq dgn dia..huhu

    L : itu waktu pembersihan..kau tak tgok waktu semak samun..haha

    Hisham : dah komen dkt blog kamu..xlarat taip dah sini..haha

    Si Tedi : ialah..barang2 semua dah diangkut...tinggal tilam tu jerlah..haha

    ردحذف
  17. besh2!!!!

    rase mau balik u plak!!!

    windu same umah!!!

    ردحذف
  18. Mr Clive : haha..bujang rules memang dasyat

    Ghostone : duduk umah lagi best dari umah sewa..haha

    ردحذف
  19. wah!aku bangun kot!wakakakaka
    rumah yg pertama kali aku tgk xnak jauh lak! aku masih konpius, kenape rmh nie bwk serangge?aneh!

    ردحذف
  20. Izzad : podah bangun...cess...haha...ntah lah weih...sebab letak makanan tepi dinding kut...tak pun mereka tertarik dengan ikan kering..haha

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم