Macam Mana Nak Bagi Blog Menarik? Menarik Apa? Menarik Orang>

Ada ramai juga blogger tanya aku macam mana nak bagi blog menarik. 1st terima kasihlah sangat - sangat sebab buat aku rasa macam aku nih blogger otai atau artis yang famous. Padahal blog aku baru berusia 1 tahun lebih jer pun. Hahaha.

Benda nih ramai dah blogger yang kupaskan. Aku tak tahulah macam mana nak cakap pasal benda nih sebab blog tu menarik untuk ramai orang baca bergantung pada faktor - faktor tertentu juga macam :-

1) Entry Blog

Kau kenalah buat entry kau terasa sangat seronok bila dibaca. Mungkin kau boleh buatkan entry kau menjadi cerita dongeng, lucu, seram, jiwang dan sebagainya. Entahlah sebab kalau macam aku...aku taip ikut kepala otak jer. Tak ada dah nak edit - edit ker apa bagai semua nih. Lepas tu ramai juga cakap diorang gelak bila baca entry aku. Aku pun pelik sebab tak tahu apa yang lawaknya. Mungkin saraf ketawa aku ada problem kut. Entah.

2) Layout

Bergantung pada layout juga sebenarnya. Kalau kau sumbat macam - macam dekat blog akan buatkan blog kau berat. So, bila orang nak masuk blog kau pun susah. Macam iklan nuffnag tu orang letak satu atau dua jer tapi kau letak sampai 10 jadi memanglah berat kan. Jadi, layout yang ceria dan ringan pun memainkan peranan untuk nampakkan blog menarik dan orang suka singgah. Tapi, untuk layout blog aku nih sah - sahlah tak menarik sebab aku tak reti nak kasi dia jadi cantik. Hahaha.

3) Contest

Hahaha. Ini pun sebenarnya boleh dijadikan satu tarikan juga. Ramai blogger suka join contest tambah - tambah kalau contest tu mudah dan hadiah dia menarik macam dapat RM5,000 ker atau dapat Mac Book ker. Aku pun kaki contest juga. So, kalau korang banyak duit bolehlah buat contest setiap seminggu sekali atau sebulan sekali. Confirm, ramai orang akan tahu blog kau dan bila kau buat contest tu kau letakkan syarat dia kena buat sticky mode untuk contest. Mesti ramai orang akan kenal blog kau dan tertarik untuk lihat blog ko.

4) Blogwalking

Kau nak blog kau menarik orang tetapi macam mana orang nak tertarik kalau diorang tak tahu kan? Tak perlu buat banners atau flyers lepas tu gantung atau edarkan pada orang ramai dekat sekolah ker IPTA ker Tesco ker apa....cuma blogwalking dan tinggalkan komen dekat chatbox atau entry si blogger itu. Selalunya daripada 100 blog mungkin 8-10 orang akan singgah kembali ke blog kita. Hahaha. Benda itu sebenarnya bergantung pada kerajinan kau lah kan. Kalau dah ko nak sangat menarik orang pergi blog ko silalah buat macam tu.

5) Followers

Sila follow blog siapa - siapa yang kau nak dan mungkin mereka akan follow balik blog kau dan mengikuti perkembangan blog kau. Hal ini aku tak leh komen sebab aku tak pernah buat pun. Pandai - pandailah.

6) Social Networking

Kau promote dekat facebook ker myspace ker atau sebagainya pada member - member kau.Paksa mereka masuk dan komen. Kalau tidak kau putus kawan dengan mereka. Hahaha. Menarik tak idea nih?

Tetapi, kalau lepas kau dah buat semua nih dan masih tak dapat menarik orang untuk tertarik dengan blog kau mungkin kau dah boleh delete blog kau. Eh, aku bergurau jer lah. Hahaha. Sebenarnya, aku rasa kau kena jujur bila tulis entry. Kalau kau jiwang kau jadilah jiwang dalam entry kau. Kalau kau gila kau jadilah gila dalam entry kau. Kalau kau blur kau jadilah blur dalam entry kau. Mungkin itu yang terbaik.

Okaylah! Aku dah jawab soalan - soalan kau semua. Tetapi, aku rasa korang patut tanya si blogger Hanis Zalikha. Dia lebih layak untuk jawab soalan ini. Aku Hanis bukan Hanis Zalikha. Hahaha.

P/S : Tips Dah Bagi. Mana Upahnya? 1 Tips RM50 Kut. Hahaha!

9 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. letak awek kat blog
    siapa baca dapat awek free

    BalasPadam
  2. nak upah yer? banyak mintak pulak 2.. isk3x.. xpatut2.. x dapat duit x per.. yang penting dapat pahala yang berlipat kali ganda.. aha!~.. :)

    psst: Miliki buku2 ilmiaah karangan ikon2 terkenal seperti Dr. Fadzilah Kamsah, Ustaz Ismail Kamus, Ustazah Siti Norbahyah, Dr. Irfan Khairi dan lain2 lagi di http://www.stormreaders.net/zulfadhli sekarang!

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. ah fatt punye idea memang gile!

    depends tujuan korang menulis..
    ok..ini cuma pndapat aku..mcm aku menulis berdasar kan bnda yg dilalui atau sesuatu yang boleh di share..tak kira lah ade nak follow atau tak..sebab aku bukan kaki glamer..

    but blogging ni secara tak langsung boleh dapat bnyak gang gang best and info yang bnyak..

    tapi tips2 ko ni hans..memng ade betulnye..aku setuju.

    **penah ke aku tak setuju dgn ko nih??? hehehe

    BalasPadam
  5. dah tu bro and kawan2 bro meh la melawat blog saya.saya org baru dalam blog so perlukan sokongan..heheh..tq

    BalasPadam
  6. Hans,
    Good idea. I dah jd blogger almost 2years kot. Tp .. hadoiiiiyai.. Baru 50followers..sedih:(

    BalasPadam
  7. tq untuk info yang sangat membantu

    BalasPadam
  8. Jom singgah blog saya jom, hehe :)

    BalasPadam
  9. nice tips and info yg mmbantu...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama