Aku Memang Gagal Dalam Meluahkan Emosi

Aku mahu berbual dengan kamu,
Aku tegur kamu,
Kamu balas tegurku,
Aku tersenyum,
Aku menyusun kataku,
Kamu sibuk ketika itu,
Aku redha.

Aku beritahu kamu,
Aku tak mahu ganggu,
Aku pun tak mahu tunggu,
Aku taknak menunggu seperti semalam,
Sehingga tertidur tanpa sedar,
Kerna Esok masih ada.

Kamu rasa lain,
Kamu kata aku dah lain,
Aku terkejut,
Aku sedang riang ketika itu,
Aku terangkan hal sebenar,
Kemudian hal menjadi besar,
Aku semakin terkejut.

Kamu ungkapkan kata,
Kata kamu itu tajam,
Aku terkejut lagi,
Gembira aku entah kemana pergi,
Aku masih terkejut.

Kamu ungkap kata, 
Kata - kataku tidak ada perasaan,
Aku terkejut lagi,
Aku tak tahu apa nak kata,
Aku taknak bebankan fikiran kamu,
Mungkin aku seorang yang gagal,
Gagal dalam menunjukkan emosi diri.

Aku tak nak kamu terharu,
Aku tak nak kamu menangis,
Aku tak nak kamu berfikir,
Aku tak nak kamu peningkan kepala,
Aku tak nak semua itu,
Perasaanku menjadi aneh,
Entah aku tak pasti.

Aku tak suka jadi begini,
Semakin lama semakin kerap terjadi,
Sudah pasti hari ini,
Tidak sama seperti semalam,
Dan pastinya hari esok,
Tidak sama seperti hari ini,
Entah aku tak pasti.

Aku masih terkejut,
Aku masih tak pasti,
Aku masih menangis,
Aku harap semua itu hanya mimpi,
Tetapi mana mungkin mampu,
Menipu diri sendiri,
Kerana itu semua sudah terjadi.

Aku hentikan coretan ini,
Kerana tidak mahu siapa - siapa terluka,
Cukuplah luahan ini,
Aku sudah kelu seribu bahasa.

P/S : Maaf....Tiba - Tiba Perasaan Gembira Melayang - Layang Meninggalkanku....Tak Dapat Menyiapkan Entry Sambungan Untuk 'Kisah Utus Mengutus Surat'. Aku Tak Menyalahkan Sesiapa. Aku Pun Tidak Mengharapkan Apa - Apa. Mahu Tidur Dulu Bersama Rambut Baru. Selamat Malam.

8 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. kecewanye aku pada ko hans... aku tunggu sambungan nye tau hehe takde la. gudnyte rambut baru. nyte hans :)

    BalasPadam
  2. wah rambut baru..style aper ko wat?hahahha

    BalasPadam
  3. rasa adalah hati...
    hati adalah naluri.

    BalasPadam
  4. hehe.
    gagal?
    kena repeat la ni?
    hohO~

    BalasPadam
  5. weh whatever is happening skrg, jgn distracted sgt ye bai.. exam tu kasih hbs dlu! :)

    BalasPadam
  6. tdo dgn rambut baru?
    apsal lu tiru wa?
    kah3x.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama