Rakyat Malaysia Nih Memang Suka Memperbesarkan Isu - Isu Macam Nih Ker?

Sekarang banyak blogger buat entry pasal isu kalimah Allah dekat kasut crocs. Ada yang menyokong dan ada yang tidak. Ada blogger suruh boikot daripada membeli kasut crocs dan ada yang kata benda ini sebenarnya sengaja dijadikan isu untuk meraih publisiti.

Aku tak pernah beli kasut crocs. Walaupun baru - baru nih ternampak dan teringin mahu membeli tetapi duit tidak cukup walaupun sebenarnya kasut crocs tu ialah kategori cetak rompak. Hahaha.

Setelah aku tengok gambar - gambar yang para blogger tunjuk tu yang logo buaya tu seakan - akan kalimah Allah tu. Aku rasa sebenarnya benda tu memang betul - betul buaya. Dah ada pula gatal tangan ambik pen pergi buat macam kalimah Allah tu kenapa. Sebenarnya kalau nak diikutkan anggota badan kita sendiri atau pun banyak lagi objek jika kita lihat menyerupai bentuk macam kalimah Allah.

Aku harap kita berfikiran positif. Jangan terlalu sempitkan minda sendiri. Memalukan jer sebenarnya. Senang cakap kalau korang semua masih anggap logo buaya tu macam kalimah Allah tak payahlah beli. Kalau nak beli juga korang kikislah logo tu dengan pisau kasi hilang. Bagi aku logo tu tetap lambang buaya. Apa - apapun bukan bermakna aku nih peminat crocs sebab tak pernah beli pun. Haha. 

Aku lebih berminat pada kasut jenis lain cuma aku rasa bosan sebab isu nih sebenarnya tak perlu pun dibangkitkan sebab tak perlu pun. Dah memang logo tu buaya. Apa - apapun terserah pada korang untuk menilai. Aku menghormati pendapat korang kerana masing - masing ada pandangan masing - masing.

Aku rasa baik korang bangkitkan isu pasal Nabi Muhammad dijadikan kartun dan diaibkan oleh kartunis - kartunis di benua Eropah ataupun pasal isu negara kita seperti isu tanah KTMB di Singapura atau berkenaan kes Blok Minyak yang menjadi isu panas di Limbang, Sarawak tak silap antara Malaysia dan Brunei. Aku rasa isu - isu seperti ini lebih bagus dan menarik untuk dikupas.

Apa - apapun selamat berblog dan sentiasa berkongsi ilmu yang ada.

P/S : Nak Baca Novel Kejap Lah.

21 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. betul tu.. aku bru jer beli kassut crocs yg cetak rompak.. mmg lmbg dia buaya jer..

    novel nama atas kertas tu best x??

    ردحذف
  2. yes..agree with u...

    for me,,as long as Allah di hati, kita x kan wat bende tak baik kn...

    sng citer x pyh lar nk obsessed sgt dgn crocs byk lg kasut yg selesa n lawa2 kt luar tuh...peace~~

    ردحذف
  3. ehehhe...nas xpernah beli kasut-kasut berjenama...apatah agy kasut crocs...ehehhe...abehkan duit aje...tp xtahula sama ade ia kebetulan atau tidak...entahla..

    ردحذف
  4. goood work. hopefully ramai baca post ni.

    ردحذف
  5. aaalllaaa.. senang cakap tepuk dada tanya selera laaa.... heboh benda tak betul wat paa... aduss.. boleh pikir sendrik kan memasing... huhuhu

    ada je kasut croc .. takder pun lambang yang diwar war kan itu..

    ردحذف
  6. Hans.. aku tak pakai croc... tak suka pun... hahahha

    eh... komen set as popups la... senang orang nak komen sambil baca next entry

    ردحذف
  7. ada org kata orang melayu kita ni cepat melatah..itu pasal la..

    ردحذف
  8. Ntah la...aku pun cam setuju gak ngan opinion ko tu...

    ردحذف
  9. setuju sangat dengan kau.bukan main kecoh lagi duk canang pasal kasut crocs tu.padahal nk senang bleh je kikis kot..

    cepat melatah betul dorang ni.

    ردحذف
  10. x penah denga jename crocs..hikhikhik....tpi yg pasal logo tu daa tau...

    ردحذف
  11. mofasad malas nak guna log in29 مايو 2010 في 2:32 م

    ko g sini

    http://www.ustaznoramin.com/2010/05/kasut-crocs-ada-kalimah-allah.html

    ردحذف
  12. haha..tula..
    kadang2 isu kecik jadi besar..
    benda kadang2 nampak dekat2 pun dah kata macam2..
    itu sekadar tengok tak cari bukti dan fakta pun..
    yang paling pelik..
    isu xde kena mengena boleh dipolitikkan..
    pelik bin ajaib bin heran aku dibuatnya..

    ردحذف
  13. bukan ke brunei dah dpt blok minyak tu.
    biarlah dia...rezeki brunei.

    ردحذف
  14. bagi aku pulak..kenapa perlu menyokong Crocs..bukan product Malaysia pun..

    kalau tengok design Croc pun..amatlah buruk..setaraf dengan selipar jamban atau selipar masuk selut..

    pakai selipar biasa sudey..

    ردحذف
  15. anonymous, ala isu crocs isu kecil je sebenarnya. jangan besar2kan pun. kalo betol2 nak boikot produk luar, boikot semua. jangan boikot benda ni je.. facebook pun kena boikot jugak. hehe.

    ردحذف
  16. When I first saw these pictures on Facebook, quite honestly I was surprised to say the least, being a fan of the brand myself. I had only recently bought a new pair of Santa Cruz, and so the only way to be sure if these pictures were true or not was to check my shoes for myself. Again to my surprise, what you see in the above picture was exactly what I saw on the insole of my shoes.

    Sure I was disappointed. I like CROCS. But the word "Allah" can clearly be seen in the logo, even the sabdu is there. For those of you who think this can be ignored, or it might just be a coincidence, consider this; what are the chances that the designer of the logo, in trying to design a crocodile, ended up producing a logo that when rotated, turns out to be the name of our God? Seriously, what are the chances of that happening by complete coincidence? The only way this could have happened was if it was done on purpose.

    Some might argue the following:

    * They still want to wear their CROCS, because to them, its just a logo of a crocodile, they don't intend on stepping on the name of their Creator.
    * Also, rather than throw out their CROCS and waste the money they spent, it would be better to just continue using them.


    My reply to these arguments would be:

    * You may not intend to step on the name of Allah, but the fact remains that you are. Like smoking. People say they smoke to release tension, to relieve stress, not to damage their health. But the fact remains that smoking does hurt your health, even if you don't intend for that to happen.
    * It is true that it would be a waste to get rid of your CROCS, which are expensive. But instead of continuously using them and stepping on the logo/word "Allah", you can avoid it. My Santa Cruz for example, the insoles are removable. So I will just swap them for a pair that you can buy from any shoe shop. Other people have suggested for CROCS without removable insoles, like the sandals, to cut out the logo and continue using the CROCS. Theses are suggestions if you already own CROCS.

    ردحذف
  17. Betul tu..rakyat Malaysia ni memang kuat melatah. Benda yang penting x nak diberi perhatian yang cukup, benda remeh temeh pulak yang digembar-gemburkan..

    ردحذف
  18. betul tu..sy sokong..pinjam entri ni..nk share kt fb..huhu~

    ردحذف
  19. nice point, saya pun hairan kenapa nak besar2kan isu ni... :)

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم