Lain Rasanya Bila Benda Yang Sedia Ada Berubah


Kita selalu mempersoalkan benda atau perkara yang berubah daripada apa yang kita mahu lihat atau percaya apabila ia kelihatan janggal di mata kita. Seperti mana rasa janggal aku melihat blog sendiri yang tiba - tiba tiada sebarang langsung bloglist gara - gara serangan malware baru - baru ini.

Lain rasanya apabila sesuatu perkara atau benda yang selalu kita lihat, hadapi atau percaya tiba - tiba berubah secara drastik. Kadang - kadang kita sukar untuk menerima perubahan tersebut. Kadang - kadang kita sudah menerima perubahan itu tetapi tiba - tiba kita sendiri berubah pendirian untuk menolak apa yang kita percaya sewaktu itu. Kadang - kadang perubahan itu sebenarnya sesuatu yang baik namun kita sendiri yang ego untuk menolaknya secara mentah.

Masing - masing punya hak untuk menerima perubahan itu secara positif atau negatif. Apa - apapun pastinya perkara itu akan berbalik kepada diri sendiri. Orang lain boleh memberi cadangan atau memujuk kita untuk menerima tetapi keputusan terletak di tangan sendiri. Ada sesetangah perkara atau benda dimana walaupun kita mungkin tidak bersetuju dengan perkara atau sesuatu benda yang telah pun berubah namun hormatilah hak individu lain.

Ada kalanya kita mahu lihat apa yang kita kehendaki sedangkan itu tidak adil kepada individu yang tiba - tiba dihakimi oleh kita. Tak semestinya apa yang kita mahukan itu terbaik untuk kita. Hormatilah perubahan yang boleh dikatakan baik yang sedang berlaku kepada kita atau orang sekeliling kerana tidak selama - lamanya kita akan terus terpesong dek hasutan nafsu yang tidak pernah cuai bertindak apabila kita leka walaupun sedikit.

Mulut berkata - kata tetapi hati mendiam seribu bahasa. Kadang - kadang kita tersalah percaya kepada benda yang kita tidak patut percaya. Insafkan lah diri! Ingatilah ibu bapa kita! Semakin banyak kita melakukan dosa semakin derita kedua ibu bapa kita! Kita kata kita sayangi mereka tetapi itu hanya di mulut. Kebenarannya adakah tindakan kita membuktikan kata - kata kita? Jawapannya ada pada kamu!


P/S : Tidak Berguna Jika Ilmu Dunia Penuh Di Dada 
Tetapi Berjiwa Kosong Hingga Tidak Dapat Menerima Perubahan Orang Lain.
P/S: Gua Bukan Gangster! Hati Gua Nih Bukan Seratus Peratus Kering! Harap Maklum!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!


13 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. berat ni bro...bukan setakat serangan malware dah ni

    ردحذف
  2. adess....sis tgh blur2 cipan nih...
    esok2 kot baru boleh cerna..huhu

    ردحذف
  3. ai, bape banyak kadang-kadang daaaa. haha

    ردحذف
  4. hmmm..mendalam ni maksud entri hans kali ni. sabar ya, bila kita diduga kita lebih kuat.

    hans-selamat hari raya.
    keep in touch ya

    ردحذف
  5. kuatkan semangat kamu...!! chayok2..!

    ردحذف
  6. aku kena gk..tp aku tataw pun sbb tak bke blog..org len yg gtau

    ردحذف
  7. btol tu...biler berubah, sume mende jadi len...

    ردحذف
  8. Jarang kau buat entry mendalam mcm ni.

    ردحذف
  9. aku pon selalu think to change..
    but aku xberusaha secara sepenuhnyer utk berubah...isk3 :(

    tiada dara heboh,tiada teruna tak heboh

    pula?'??

    ردحذف
  10. Is there anything wrong? Share bro.

    Regards from sydney yang kacak, howt lagi bergaye,
    David Archuleta

    ردحذف
  11. betapa saya mengharapkan..agar dunia tidak berubah..agar things xberubah..kerana saya sukakan yang asal..yang lama..xsuka yang baru2..

    ردحذف
  12. hmm.. sabar la.. semuanya ade hikmah,..

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم