Nasiblah Tak Kemalangan Tadi! Kalau Tak Satu Hal Pula!

Petang nih keluarga aku dengan keluarga mak lang aku pergi bercuti dekat Pulau Langkawi sampai hari Selasa nih. Tak tahu kenapa aku malas sangat nak ikut. Selalunya aku lah yang paling laju nak ikut tapi sebab hati aku berat sangat nak pergi jadi aku tak pergilah. Tinggal aku seorang dekat rumah nih. Hohoho!

Pulau Langkawi

Jadi, mula - mula abah aku pergi dengan sebuah kereta jer lah hantar semua ke jeti. Lepas hantar semua dan patah balik ke rumah kemudian simpan kereta sebab kalau parking dekat sana mahal. Jadi, membazir lah pula kan! Lepas tu aku ditugaskan untuk hantar abah aku pergi jeti Kuala Kedah lah. Hohoho!

Waktu hantar tu tak ada masalah walaupun hujan dah turun tapi tak lebat. Syukur! Masa nak balik tu lah aku hampir terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kalau lah berlaku kemalangan tadi mestilah aku yang disalahkan padahal sebenarnya aku tak bersalah pun. Waktu tu jalan yang aku lalu tu ada 2 laluan iaitu kiri dan kanan. Waktu tu memang tak ada kereta dah depan belakang. Yang ada depan aku tu ialah seorang nyonya yang sedang mengayuh basikal. Dah tua dah wanita tu.

Basikal dia memang dekat tengah - tengah laluan kiri tu. Jadi, mengenangkan kelajuan basikal dengan motosikal mestilah motosikal laju lagi. Jadi, aku mengambil keputusan untuk ke kanan. Bila motosikal aku sudah di laluan kanan dan bersedia memotong tiba - tiba nyonya nih mengayuh basikalnya ke kanan secara drastik. Lagi aku ke kanan maka lagi dia ke kanan. Fuh! Alhamdulillah aku dapat mengelak kalau tidak tak tahu lah apa bakal terjadi. Alhamdulillah!

Kalau Hon Takut Jadi Macam Nih Pula

Aku tak mahu hon sebab takut nanti nyonya tu terkejut pula. Maklumlah! Bahaya kalau terkejut nih tambah - tambah dia pun dah tua dengan bawa basikal lagi. Nanti kalau aku hon takut kan dia terkejut lepas tu jatuh basikal ker apa. Tak pasal - pasal jadi kes lain pula. Alhamdulillah juga sebab hujan dan motosikal yang aku bawa pun tak laju mana. Syukur sangat - sangat!

Jadi, perhatian kepada penunggang - penunggang motosikal!  Berhati - hatilah jika di depan anda adalah orang tua yang sedang membawa basikal sebab sama ada kita salah atau pun tidak selalunya kita akan dilabel bersalah gara - gara kita ialah seorang penunggang motosikal. Haih! Syukur sangat - sangat sebab kalau lah terjadinya kemalangan dengan siapa yang aku nak minta tolong? Keluarga dah dekat atas bot yang sedang menuju ke Langkawi dah. Syukur alhamdulillah!

 Yang Mana Satulah Nanti Mak Aku Bawa Balik! Hohohoho!

Tak sabar tunggu keluarga aku balik! Dah pesan coklat dah walaupun mak aku tak ada duit. Hehehehe! Apa - apapun, selamat menjadi penjaga rumah yang berjaya kepada diri sendiri!

28 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. jgn lupa cakap kat mak kita..
    aku nak jugak choc
    hakhak!
    aku dh tgk cite aku tak bodoh!!!!

    BalasPadam
  2. waakakakaka! walaupun entri ko psl kemalangan..aku gelak sebab gambar atok naik basikal tu nak tergolek lawak! hihi.. ape lagi,coklat satu!

    BalasPadam
  3. seb baek x jadi pape. perghh! gile lah. daim!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  4. >.< nak coklat!!! >.<

    nasib baik tak ada apa apa ^^

    BalasPadam
  5. nasib baik xjd apa2 kt kau..

    coklat kisses tu best aku rasa... heheh...

    BalasPadam
  6. alhamdulillah takde pape..

    p/s: apsal kalau gi Langkawi je mesti teringatkan coklat? sebab murah eh? =.="

    BalasPadam
  7. dok kt gn jeti dh bertaun dah...tp g langkawi..xprnah pn..hehe

    BalasPadam
  8. dok kt gn jeti dh bertaun dah...tp g langkawi..xprnah pn..hehe

    BalasPadam
  9. Agak2 kan..leh tak pos kat akak coklat tu skit kalo ada lbh banyak...hohohohoho

    BalasPadam
  10. tambah2 yang kita langgar tu orang tua..
    lagi la orang kata kita yang salah..

    BalasPadam
  11. iiissshh kawang angkat aku ni...yak yak yak...aku dah ler tengah rindu rumah tetiba buat entri Langkawi lak...

    gggrrrr grrrrggrrr....huh!!!!

    duk sorang sorang kat rumah wat per tu? hak hak hak

    BalasPadam
  12. aku nak daim dow. superb2. klu sume pon boleh gak.haha
    sory la beb, coklat tu lg menarik perhatian dari kemalangan:P

    BalasPadam
  13. aku nak gak coklat tu sume!!

    BalasPadam
  14. syukur...sbb dpt elak dr kemalangan..huhu..erks...nak ceklat satu hans :P

    BalasPadam
  15. Salam...

    Eh, hang org kola kedah ka? nk cekelat jgk...ferrero rocher dgn tobleron...
    nanti pi hantaq kat yan..hehe..

    BalasPadam
  16. xboleh tahan tgk pic tu sedap2 semuanya! hahaha ape2pun syukur ko xde ape2...

    BalasPadam
  17. alhamdulillah....

    selamat ekau xde ape2..

    kalau tak tentu keluarga ekau susah hati.

    wehh...daim tu sedap wehh..!!

    den xpenah ke langkawi lagik...sian kan..hohoho...!

    BalasPadam
  18. naseb bek tak accident..kalo tak sian nyonya tu..kene saman plak ngn cucu dia...hahhaha

    BalasPadam
  19. naseb bek x eksiden kan.. amin..

    BalasPadam
  20. berhati-hati yer hans lain kali.. kita tak jangka bila kemalangan akan menimpa kita..

    BalasPadam
  21. haiyaaa.mau jugak tiuh cokelat!! suka sangat sangat sangat sangat sangat snagat!!

    BalasPadam
  22. kesian atok jatuh basikal tu. ehh. nak coklat jugak. hehehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama