Dia Menakutkan! Dia Mengjengkelkan! Realiti Hidup Memang Begitu!

Setiap hari kita pasti akan berhadapan dengan manusia dan manusia itu mungkin orang yang kita akan berhadapan, berurusan atau pun berbual sama ada sepanjang kehidupan kita atau seketika dan mungkin jua sekadar bertembung tanpa suara.

Hari ini mengingatkan aku pada kisah 3 tahun sudah dimana aku telah berjumpa dengan seseorang yang sebenarnya keliru dengan dirinya sendiri. Adakalanya kasihan tetapi pada waktu yang sama juga aku perlu mementingkan keselamatan diri sendiri. Disebabkan aku pernah mengalami pengalaman yang lebih kurang jadi aku mengambil pendekatan untuk memikirkan perkara negatif berbanding positif sebagai langkah untuk berhati - hati. Aku masih belum tahu apa sebenarnya masalah manusia ini namun aku harap maklumat itu mampu diketahui secepat mungkin. Sesungguhnya dia agak menakutkan aku secara kasarnya. Aku lebih sanggup berhadapan dengan individu yang memang diketahui ganas daripada berhadapan dengan manusia yang dikenali sebagai seorang yang hidup di dalam dunia yang direkanya sendiri.

Hari ini juga mengingatkan aku pada manusia yang suka memandang rendah manusia lain tanpa disedari akhirnya ia menunjukkan sendiri cara pemikiran beliau sendiri. Memang tidak dinafikan pengalaman itu penting tetapi lebih mudah berkata - kata daripada melakukan sendiri apa yang dikata. Aku lebih suka jika anda memandang rendah tetapi ada usaha untuk membantu agar orang yang anda pandang rendah itu tidak dipandang rendah oleh orang lain. Itu lebih baik rasanya. Namun, aku pasti aku lebih suka bertindak daripada bercakap kosong. Hehehe.

Yeahhh!! Realiti hidup memang begitu! Aku pasti akan berjumpa lagi dengan manusia - manusia seperti ini tetapi di dalam jasad yang berlainan dan situasi yang juga berbeza. Apa - apapun, perjalanan hari ini berakhir dengan satu kejayaan. Walaupun kejayaan itu tidak menyeluruh tetapi paling tidak ia mampu membuat aku menarik nafas dengan lancar sambil melirikkan senyuman tanda puas hati. Alhamdulillah dan terima kasih kepada rakan - rakan yang sentiasa bekerjasama dan membantu antara satu sama lain.

Yeah! Malam nanti aku ada kuiz dan aku rasa masanya telah tiba untuk aku cuba belajar kembali walaupun diri ini agak penat dan perjalanan panjang yang ditempuh sebentar tadi. Apa - apapun, doakan kejayaan aku sekali lagi dan moga berjumpa lagi. Assalammualaikum dan salam sejahtera!

10 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. kita akan berjumpa bermcm ragam manusia..
    apa2pun semoga menjawab dgn baik quiz tu yerk..

    ردحذف
  2. yea.. bertindak dari hanya cakap kosong semata2 adalah terbaik..

    ردحذف
  3. gudluck kuiz mlm nanti..

    ردحذف
  4. yang pandang rendah orang lain tu bukan manusia tapi monyet jadian.

    ردحذف
  5. besh of luck untuk kuiz tu..;)

    xyah pkirkan sangat sal mnusia2 y xperlu dipk kan itu erk..

    ردحذف
  6. mcm2 jenis org ade kt dunia nie. Pape pun gud luck hans :)

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم