Semasa Hidup Dihina Dan Bila Sudah Tiada Dipuja

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans.

Setiap manusia berlainan nasib dan hala tuju. Tidak semuanya bernasib baik dan bukannya semua juga bernasib malang. Masing - masing ada kelebihan dan kekurangan. Tidak kurang juga yang cuba mengambil kesempatan dan ditipu. Itulah putaran kehidupan dimana apabila yang lama sudah tiada maka akan berganti dengan baru. Insan yang baik akan diganti dengan manusia yang baik dan dan insan yang jahat akan diganti dengan manusia yang jahat.




Kebanyakan daripada kita susah untuk mengiktiraf atau menghargai pengorbanan, jasa, kehebatan atau kebijaksanaan seseorang. Apabila seseorang itu sedang berada di ambang kemasyhuran atau kejayaan maka ramai manusia di sekitarnya bukannya mahu menyokong tetapi akan sedaya upaya menjatuhkan orang tersebut. Amat mengecewakan apabila manusia - manusia yang menerima takdir sebegini bukannya dijatuhkan oleh orang lain tetapi oleh orang - orang yang terdekat. Lagi menyedihkan insan - insan ini jatuh bukannya di negara asing tetapi di negara tanah tumpah darahnya sendiri.


Sebelum insan - insan hebat sebegini hilang daripada pandangan mata memang pelbagai cemuhan, hinaan dan macam - macam kata nista dihamburkan kepada mereka tetapi apabila mereka sudah tiada mulalah manusia - manusia yang sebelum ini mengeji dan mencemuh bangkit menjadi sebaik malaikat dan mulalah mengiktiraf jasa - jasa golongan hebat ini. Walaupun memang sudah tidak ada maknanya pun diberi pengiktirafan kerana insan - insan sebegini sudah pun tiada tetapi demi kerana nama manusia - manusia bertalam dua muka ini menolak nilai integriti dan jati diri masing - masing demi untuk dilihat pada pandangan orang lain bahawa mereka sebenarnya menghargai insan - insan yang istimewa itu walaupun pada hakikatnya mereka lah punca insan - insan hebat ini menderita sehingga ke akhir hayat.
 


Kasihan melihat orang - orang yang hebat diperlakukan sebegini oleh manusia - manusia yang tamak. Semasa hidup mereka dihina dan diburuk - burukan tapi selepas mereka sudah tiada tiba - tiba mereka dipuja. Kejadian yang sentiasa berulang cuma orangnya saja yang berlainan.

P/S : Hilangkan Sifat Tamak Dan Hasad Dengki Dalam Diri!

5 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. that's right.. bila seseorang itu berjaya ramai yg nk jatuhknnya sepatutnya terus memberi sokongan..

    BalasPadam
  2. selalunya memang begitulah hans..
    saling menjatuhkan..

    sifat iri hati, dengki menjadi amalan dan pada akhirnya terjadilah kekecohan dan semuanya berlagak seolah berada di pihak yang benar...

    BalasPadam
  3. sikap manusia...

    tak pernah puas dengan orang lain...

    BalasPadam
  4. x leh wat per lah hans.. lumrah dunie..

    BalasPadam
  5. huhu....manusia memang mcm tu..sebab tu kena kembali kepada agama islam sebagai panduan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama