Analisis Hans : Maharaja Lawak Minggu 8



Pengacara:
AC Mizal


Juri:
Mamat Khalid, Ahmad Idham & Saiful Apek


Peserta - Peserta:


Penyingkiran:
Man


Ulasan Hans:

Pada episod kali ini, persembahan kebanyakan para peserta pada minggu kelapan ini bagi aku lebih menarik dan menghiburkan kerana masing - masing kini bersaing hebat sesama sendiri untuk mendapatkan undian sms daripada penonton. Jadi, aku akan memberi komen ringkas kepada semua aksi peserta maharaja lawak mengikut urutan persembahan mereka pada episod ke-8 ini.


Nabil


Persembahan pembukaan pada minggu ini dimulai dengan Nabil dimana persembahannya banyak berkisarkan tentang kecanggihan teknologi yang melibatkan jaringan sosial iaitu twitter dan facebook yang dijadikan sebagai bahan lucunya pada kali ini. Permulaan persembahannya hambar namun kembali menarik sehingga ke akhir. Namun, aku suka dengan persembahannya yang bersahaja dan bagaimana cara dia berinteraksi dengan penonton walaupun lawaknya pada minggu ini tidak lah mampu untuk mengundang ketawa yang besar daripada aku. Bagaimanapun, rasa - rasanya Nabil telah membuang banyak masa persembahannya dengan menjadikan Amir iaitu peserta maharaja lawak yang tersingkir pada minggu lepas sebagai salah satu bahan jenakanya dan kemungkinan juga Nabil sedar persembahannya pada minggu ini kurang memikat hati penonton melalui kata - kata akhirnya sebelum menghabiskan persembahannya pada minggu ini. Apa - apapun, tahniah aku ucapkan pada Nabil kerana bukan senang untuk membuat penonton ketawa kerana Stand Up Comedy sememangnya mencabar.


Jambu


Persembahan Jambu pada minggu ini sangat kelakar. Menjadikan robot persis manusia sebagai subjek utama persembahan mereka sememangnya mengundang hilai tawa yang bukan sedikit daripada aku serta penonton - penonton yang lain. Sememangnya ini adalah satu persembahan yang unik dan memukau apabila melihat keletah Yus sebagai sebuah robot yang mampu bercakap bahasa Thai, melatah, menyanyi dan mempunyai perasaan seperti manusia. Dibantu oleh mimik muka dan gaya bersahaja oleh mereka berdua sememangnya seperti biasa berjaya memikat hati penonton untuk menonton sehingga tamat sambil tidak henti - henti ketawa dengan aksi lucu mereka. Apa - apapun, satu persembahan yang cukup menghiburkan dan tahniah kepada Tauke serta Yus kerana memberi persembahan yang betul - betul mantap. Tahniah Jambu!


Kumpulan R2


Kumpulan R2 kembali berentap pada minggu ini apabila mereka diundi masuk oleh para penonton maharaja lawak melalui undian di laman facebook. Kemasukan mereka tidak sia - sia kerana mereka memberi satu persembahan yang cukup menarik dan menghiburkan. Mengangkat karakter si pengemis sebagai watak utama persembahan mereka sememangnya membuatkan persembahan mereka begitu menjadi semalam. Seperti biasa persembahan si abang sememangnya lucu ditambah dengan wajahnya yang selamba manakala si adik juga sudah memperbaiki persembahannya dan kelihatan semakin bagus. Apa - apapun, pasangan adik beradik ini sememangnya telah bersedia sebaiknya untuk kembali berentap di dalam Maharaja Lawak dan semoga mereka mampu memberi saingan kepada kumpulan - kumpulan lain. Tahniah kumpulan R2. Persembahan anda memang menarik minggu ini.


Man


Persembahan Man pada minggu ini tidak lah terlalu menarik dan tidak lah seteruk mana. Senang cakap persembahan Man biasa - biasa sahaja pada episod kali ini. Masih ada lucunya tetapi kekuatannya lawaknya tidak kuat kerana lawak berkenaan atuk ini selalu sangat aku tonton pada pelawak - pelawak lain sebelum ini di kaca televisyen. Apa - apapun, Man sangat hebat kerana mampu bertahan sehingga minggu kelapan secara individu. Tahniah Man. Semoga berjaya pada masa hadapan. Man pasti boleh!


Kumpulan Jozan


Persembahan kumpulan Jozan pada minggu ini memang menghiburkan yang melibatkan situasi antara doktor dan pesakit yang sedang mendapatkan rawatan. Gaya mereka sangat lucu namun ia mengingatkan aku pada satu episod siri pelawak luar negara yang terkenal iaitu Mr Bean dimana ada satu episod yang menunjukkan Mr Bean sedang mendapatkan rawatan Doktor Gigi dan situasi serta lawak itu lebih kurang sama seperti persembahan kumpulan Jozan pada minggu ini. Mungkin mereka mengambil inspirasi daripada episod itu untuk persembahan mereka pada minggu ini. Apa - apapun, aku masih terhibur dengan persembahan mereka berdua. Moga minggu depan persembahan mereka akan semakin menghiburkan. Tahniah kumpulan Jozan.


Kumpulan Balas


Persembahan kumpulan Balas pada minggu ini mendapat kritikan yang agak hebat daripada penonton. Seperti kita sedia tahu kumpulan Balas memang terkenal dengan lawak Double Meaning mereka dan apabila minggu ini mereka bertukar menjadi murid sekolah rendah sememangnya lawak Double Meaning itu ada pro dan kontranya. Hakikatnya perkara itu sememangnya wujud cuma seperti kita sedia maklum program seperti ini bukan sahaja ditonton oleh golongan dewasa tetapi juga  kanak - kanak yang masih belum pun bersekolah lagi. Bagi aku yang sudah dewasa dari segi umur, aku tiada masalah dengan lawak mereka dan terhibur menonton cuma takut ia menjadi ikutan pada anak - anak kecil sahaja kerana sifat ingin tahu anak - anak kecil adalah tinggi. Apa - apapun, kumpulan Balas seharusnya lebih berhati - hati dalam pengisian persembahan mereka dan moga pada minggu hadapan persembahan mereka lebih menarik dan matang. Semoga berjaya kumpulan Balas.


Kumpulan Sepah


Persembahan kumpulan Sepah pada minggu ini sangat kelakar dan ada mesej yang tersendiri. Menjadikan amalan rewang sebagai tema persembahan mereka pada minggu ini sememangnya memberikan kelas yang tersendiri kepada persembahan kumpulan Sepah pada minggu kelapan ini. Tak tahu nak komen apa dah sebab bagi aku lawak mereka minggu ini memang menarik dan menunjukkan budaya negatif dan positif orang Malaysia yang boleh kita ambil pengajaran selain bergelak ketawa melihat gelagat ketiga - tiga mereka ini. Tahniah kumpulan Sepah. Lawak yang ada pengajaran dan sangat menarik.


 Peserta Pilihan Hans Untuk Minggu Kelapan :

  1. Sepah
  2. Jambu
  3. R2
  4. Jozan
  5. Balas
  6. Nabil
  7. Man

    P/S : Masing - Masing Ada Citarasa Tersendiri.

    13 Ulasan

    Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

    1. jozan & sepah best..

      mmg menantikan analisis dr hans ni:)
      terbaekkkk

      BalasPadam
    2. Balas ni asyik buat lawak double meaning je. dah takde idea sangat ke dorang ni

      BalasPadam
    3. saya mencari review cerita kongsi yang hangat diperbualkan dan juga diwar-warkan kutipan telah mencecah 7 juta...

      *jap g nk nengok maharaja lawak...
      hehehe

      BalasPadam
    4. first time aku puji nabil semalam haha..

      sepah terbaek!!!

      jozan kureng la smlm huhu

      BalasPadam
    5. jambu is the best yeah yeah.
      hehehe
      :P

      BalasPadam
    6. jozan macam dah selalu kat tengah2 pilihan skrg. kena betul2 bangkit duo tu sebab diorang ramai peminat. kang kecewa lak peminat. hmm..

      jambu n sepah lak selalu bagi persembahan yang bagus dan tak mengecewakan pada tiap2 minggu. syabas bette..

      BalasPadam
    7. asada : jozan okay jer sebenarnya tapi sebab idea tu barangkali aku rasa sama seperti satu episod siri Mr Bean sebab tu aku rasa menarik tapi tak mampu la nak lawan idea cool sepah..heeheh :-)

      BalasPadam
    8. lepas tengok persembahan jambu tadi. aku rasa agak kurang sket dari minggu lepas. momentum slow. tapi still x mengecewakan.

      *tadi komen tak tengok lagi. hehe..

      BalasPadam
    9. Minggu nie aku suka R2 ngan SEPAH..yang lain aku takleh gelak la...tersenyum pun tidak..hahah... harap2 diorang perbaiki lg ler..

      BalasPadam
    10. Aku vote Sepah. Selain drp lawak mereka, aku rasa dekat dgn mereka sebab loghat yg mereka gunakan. Pure Johor. Hehehe... Kadang2 cara mereka cakap sama dgn cara aku dgn member2 cakap.

      BalasPadam

    Catat Ulasan

    Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

    Terbaru Lebih lama