Motosikal Yang Macho! Tuan Dia Kebulur!

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans yang budiman lagi kacak dan jelita(adakah ini berunsur bodekan?). Gua memang bengang gila dengan motosikal kesayangan gua tu! Bengang tahap nak bakar pun ada tapi mengenangkan kalau gua bakar motosikal gua macam mana pula gua nak bergerak jadi memang gua berangan bakar dalam mimpi jer lah lepas tu beli Hayabusa. Banyak duit kau Hans? Hahahahaha!


Sapa Nak Hadiahkan Aku Hayabusa Sila Bagitahu Yer! Hehehehe!


Sebab apa gua bengang dengan motosikal sendiri? Gua tahu beliau(motosikal gua) memang banyak berjasa dengan gua sepanjang 1 tahun setengah gua dekat Shah Alam nih tapi beliau selalu merosakkan perasaan gembira gua dengan menunjukkan protes tahap minta kena bakar dengan gua. Gua pelik sebab dah banyak kali dah kejadian tayar belakang pancit nih berlaku dan menghantui kehidupan gua dekat sini. Selalunya hal ini akan berlaku waktu gua tengah gembira dapat jawab exam atau sedang gembira mendapat tahu carry mark gua tinggi atau pun gembira selepas makan. Musnah perasaan hebat itu gara - gara tayar belakang motosikal gua yang selalu pancit nih.

Lu nak kata gua gemuk? Helloooo! Ini Hans lah! Memang lah gua gemuk pun! Hahahaha! Tapi, ada orang lain lagi gemuk dengan gua naik motosikal juga! Tak pernah pancit selalu pun! Cess! Dah banyak kali gua tukar tapi tahan 2 bulan jer mesti dia buat hal balik. Jadi, semalam gua dah bosan sangat dengan tayar rim nih jadi gua tekad untuk tukar tayar motosikal gua kepada tayar sport rim walaupun gua terpaksa ikat perut. Gua dah geram sebab isi angin tayar pukul 2 petang lepas tu pukul 3 petang dah pancit balik. Mana boleh tahan macam nih!


 Duit Ku Terbang!!!


Jadi, semalam gua dengan housemate gua pergilah kedai motosikal dekat seksyen 7 tu. Pergi banci sikit harga mana yang paling murah dan boleh dapat barang yang lebih baik. Akhirnya, motosikal gua dah menjadi macho seperti tuan beliau juga. Yehaaaaaaaaa!


Taraaaaaaaaaaaa!!!!! Berlagak Siyott!!! Duduk Sebuah - Sebuah Jer!! Hahahaha!


Wah! Gua rasa gembira melihat motosikal gua dah macho macam tuan dia! Dulu ala - ala nerd jer tapi sekarang dah gempak dah. Hahahahaha! Lepas nih boleh lah gua jadi pelakon tambahan dalam filem Rempit V4 pula! Hahahaaha! Apa - apapun, motosikal gua jer lah untung sebab dia dah jadi macho tapi tuan punya motosikal pula kebulur. Habis duit gua semalam! Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

P/S : Tiba - Tiba Rasa Macam Nak Merempit Balik Kedah Naik Motosikal!

22 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. hayabusa.
    buruk jugak name motor.hahaha



    ala, nk motor baru lettteww.xpun suh tukar kete terus.haha

    BalasPadam
  2. Hayabusa ?? hambooi.. try tengok Triumph Daytona 675.. lawaaa..

    BalasPadam
  3. hahah... xpe hans.. kali ni je arap2 pasni xberlaku apa2.. sihitam aku lg bermasalah.. hehe..

    BalasPadam
  4. nak rempit balik kedah? pehh taknak panas pulak bontot. haha !!

    BalasPadam
  5. lepas ni da boleh pakai single swing arm ex5 2, den pun pki ex5 gk...bnd cam 2 slalu jadi, nak2 klu tgh lju kat jln pas 2 langgar lubang2 kat jalan...nanti pancit la dio

    BalasPadam
  6. bodek ekk hehe..macho la motor tu, kirim slm yerr

    BalasPadam
  7. jauh tu nak merempit..xletih ke?

    BalasPadam
  8. sy nak hadiahkan... meh bg alamat nak pos.

    *tggu jadik menantu bill gates la kalo cmtu*
    bhahahahaha

    BalasPadam
  9. Tahniah bro. Selamat datang ke dunia motor bersport rim. Hehe... Pakai sport rim merupakan pelaburan terbaik. Tayar tubeless susah nak bocor kecuali kena paku. Tapi kalau kena paku pun, selagi tak cabut tak akan bocor. Kos tampal tayar pun murah dlm rm5. Daripada beli tiub tayar berkali2. Hehe...

    Pasal motor susah naik bukit, normal kot kapcai mmg akan terasa berat dan susah naik bukit lg2 yg curam. Kalau nak bg sedap naik bukit, try naikkan mata spoket blkg. Klu skrg pki saiz 36, naikkan 37. Tapi top speed kureng la atau enjin mengerang sikit.

    Motor EX5 kau ni model lama. Barang baik punya, susah rosak (pengalaman aku la). Mentenen murah, minyak jimat gila. Huhu... :)

    BalasPadam
  10. Lawa jugak rim ni..tapi aku ada dengar kalau guna sport rim pantang jatuh lubang senang ebgnkok berbanding rim biasa..tak tahulah benar ke tak..

    BalasPadam
  11. xpe la..kurus sikit..sat g cuti sem, balik rumah tak kebulur dah

    BalasPadam
  12. nanti ramailah awek cun nak naik motor macho haha

    BalasPadam
  13. uuiisshh! jom tukar dengan motor aku! tukar tayar pun jadilah... hehehe :P

    BalasPadam
  14. gua ada member yang guna duit biasiswa guna motor besar giler...
    gua panggil moto babi~!!
    hahaha..
    punyerlah sanggop beli motor 2 sampai x makan sbab x der duit..
    apa gua pduli..beli sgat motor BABi 2..
    hah..makan laa asap motor 2....
    nak isi mnyak pon x der duit...hahah

    BalasPadam
  15. name pelik..haha...den tak pandai bawak motoo..skuter terel lerk.. @__@

    BalasPadam
  16. wey hang orang kedah kaaaa? ahahaha
    -> komen xd kena mngena

    BalasPadam
  17. aku pun sama..kete aku dok wat hal..nak simpan duit tuk tunang x lama lg..tp kete aku sengaja nak ngepow aku setiap bulan..habis kat beliau jer beratus-ratus setiap bulan..

    BalasPadam
  18. sabar jelah....nnt kalau ko tuka baru, mesti moto da ok...hehe sebab moto tu nk tgk sayang ko cmne kt die..dh lama tak pekena rempit jauh2 tu

    BalasPadam
  19. Waah! Chantek..berapa sen habis tukar rim? hahaha....yg paling penting...enjin motor kita macam sama lah..hehehhee...

    BalasPadam
  20. pesanan dr TK:
    don't merempit ok?
    hehe..

    jom naik vespa.. lg nostalgia kot..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama