Malaysia Vs Singapura Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014



Hari Khamis ini merupakan penentu untung nasib pasukan bola sepak Malaysia untuk skuad Piala Dunia apabila sekali lagi mereka akan berhadapan dengan pasukan Singapura yang sebelum ini menewaskan pasukan negara dengan jaringan 5 gol berbalas 3. Walaupun pasukan negara tewas di tangan Singapura namun ada satu perkembangan positif yang aku lihat disini ialah bilangan penyokong pasukan Malaysia yang boleh dikategori sebagai setia semakin bertambah dan ini merupakan satu perkembangan yang positif. Maksud penyokong setia pada pandangan peribadi aku ini ialah tidak kira sama ada pasukan negara menang atau tewas mereka pasti akan sentiasa memberi sokongan padu kepada pemain negara. Ini adalah satu perkembangan positif yang diharapkan agar sentiasa berkekalan.


 Kunalan


Aku tidak nafikan permainan pemain Harimau Malaya semakin positif dan menarik dengan pelbagai percubaan bahaya dan bertaraf antarabangsa. Malaysia memiliki penyerang yang berbisa seperti Safee Sali, pemain sayap yang bagus seperti Kunalan, kapten pasukan yang hebat seperti Safiq Rahim dan penjaga gol yang tangkas seperti Khairul Fahmi(harap beliau diturunkan pada perlawanan Khamis ini) namun barisan pertahanan sedikit leka atau mungkin lemah dari segi mental dalam menyerap tekanan perlawanan.


 "Tak Menang Jaga Kalian Semua!" kata Rajagobal


Namun, walaupun terdapat pelbagai komen negatif yang dilemparkan terhadap barisan pertahanan dan juga penjaga gol iaitu Sharbinee gara - gara gol yang dianggap mudah diperoleh oleh pasukan lawan namun aku harapkan mereka menjadikan itu semua sebagai satu kekuatan supaya mereka beraksi dengan lebih dan bersungguh - sungguh pada Khamis ini. Moga impian seluruh rakyat Malaysia untuk menyaksikan Malaysia layak ke pusingan seterusnya selepas ini tercapai. Amin!



P/S : Anda Rasa Siapakah Yang Akan Menjadi Penjaga Gawang Malaysia Pada Khamis Ini?

30 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. aminnn , mintak2 la malaysia menang ,haha

    apekk kot , haha

    ردحذف
  2. HARIMAU menentang SINGA...doa2 harap Harimau Malaya menang...

    ردحذف
  3. aku harap lepas ni rimau ada lah taring.. 2 gol jugak nak kena kejar tuu.. moga2 defend terbaekk lah khames ni.. kasik menang lah malaysia! :D penjaga gol? hurmm dua2 pon okay je kot maen.. :D

    ردحذف
  4. go tiger go tiger...

    lwn kt tmpt sndiri, hrp2, menang kali ni...

    p/s: awat apek x jd keeper dah erk??

    ردحذف
  5. doakan semoga malaysia menang besar. ari tu tengok game ni geram ngan player singapore tu dah la sombong2.belagak la.ingat dorang tu hebat ke..ceh..nyampah

    ردحذف
  6. klu ramai penyokong malaysia datang ke stadium nanti..fiq yakin pasukan malaysia akan menang..tentang spe jadi goalkeeper nanti..fiq rasa khairul fahmi che mat..kapten pulak aidil zafuan.

    ردحذف
  7. kali ni harap malaysia menang..yeay dah beli tiket

    ردحذف
  8. sapa-sapa pun boleh jadi goal keeper, janji msia menang.

    hans, pergi stadium ke?

    ردحذف
  9. kita jumpa kat stadium nnt dgn harapan Malaysia akan mara ke pusingan seterusnya...

    ردحذف
  10. Hidup Harimau Malaya..

    Mungkin pertahanan Harimau Malaya nanti akan semakin ok dengan adanya Aidil. dia dah sembuh, so boleh main dah.

    Semoga pemain Malaysia boleh menang kali ini..

    Say yes to apek.. hehehe

    ردحذف
  11. amacam hans? lu ultras ke tak? tengok di kedai mamak atau di stadium?

    ردحذف
  12. hidup harimau malaya!!

    rajagopal kot jadi goolkeeper..erk! ada kena mngena kah??

    ردحذف
  13. nak apex yang jaga gol..

    hari tu sharbinee tengok je bola bergolek masuk gol..aishhh

    ردحذف
  14. ish, aku kna main gak tuk msia ni.. klu tak, tak kemana diorng..ish, mana boot aku ni... hehe

    ردحذف
  15. harimau mst mng di malaya, singa berkuasa di afrika je.

    selamat hari lahir en. hans. semoga pnjg umur, mrh rezeki, dan bertambah kacak...haha (:

    ردحذف
  16. semoga pasukan ini semakin baik permainannya..

    apapun semoga berjaya dgn perjuangan selepas ni.. amin

    ردحذف
  17. bila tgk khairul fahmi, teringat nk mkn KFC' (tu kan nma pendek femes dia. heh) kemon malaysia can gol more !

    ردحذف
  18. harimau melaya menang...hopefully....n sila tukar penjaga gollllllllllll aishhhh

    ردحذف
  19. semoga Malaysia tunjuk aksi yg lebih bertenaga nnt .. lg2 bahagian defence huhu

    ردحذف
  20. I want Sharbine perform macam lawan Taiwan. pretty please!

    ردحذف
  21. tak nak sharbinee! muktamad. haha.

    ردحذف
  22. hope KFCM turun!
    Chaiyok2 Msia kan? :)

    ردحذف
  23. amin... harap2 Malaysia menang.... Nak apek jadi goli!!! ^__^

    ردحذف
  24. memang betul defense harimau malaya sangat lemah...aku pun harap apek akan turun

    ردحذف
  25. moga Harimau Malaya betul2 mengaummm.. tak kiralah siapa penjaga gol... asalkan Malaysia berjaya...

    ردحذف
  26. mmg teruja nk tggu match ni...

    ردحذف
  27. antara dua2 keeper ni, masing2 dah tunjuk kelemahan diorg .. so tak tau laa sapa yg akan dipilih .. dua2 ni bagus sebenarnya .. cuma mungkin memang tak dapat nak menjangka serangan bola tuh

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم