Tiket Perlawanan Bola Sepak Malaysia VS Singapura Habis Dijual

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Esok bersamaan hari Khamis, 28 Julai 2011 adalah merupakan hari penentuan antara Malaysia dan Singapura pada perlawanan kedua untuk pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 yang sebelum ini menyaksikan pasukan Harimau Malaya tewas kepada pasukan Singa dengan 5-3.


 Harimau Malaya Yang Gagah


Apa yang menariknya kali ini ialah 85,000 tiket yang diperuntukkan kepada penyokong tempatan sudah habis dijual pada pagi tadi. Ramai penyokong tempatan merungut dan ada yang mempersoalkan kelogikan tiket habis dengan begitu cepat sekali dan ada juga yang menuduh ada ulat - ulat tiket yang memborong tiket perlawanan dengan jumlah yang banyak dan menjualnya kepada penyokong Singapura dengan harga yang berlipat kali ganda. Aku tak pasti adakah benar atau tidak tetapi esok kita lihat sendiri adakah jumlah penyokong Singapura yang diperuntukkan tiket sebanyak 2000 keping itu akan berjumlah 2000 orang atau lebih.


 Pertarungan Sengit Antara Harimau Dan Singa


Kadang - kadang aku kecewa juga dengan sikap sesetengah rakyat Malaysia yang rambang mata kerana wang sehingga sanggup membuang semangat kebangsaan dalam diri. Semuanya kerana wang!! Apa - apapun aku mendoakan agar pasukan Malaysia memperoleh kemenangan pada perlawanan genting ini. Semoga berjaya pasukan Harimau Malaya. Kami semua mendoakan kejayaan anda semua!

P/S : Sentiasa Menyokong Pasukan Bola Sepak Negara Walau Apa Pun Keputusannya Esok! (^_^)Y


38 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Wahhh.. Nak jugak pergi lihat.. Tapi jauh sangat lah...

    ردحذف
  2. ramai semakin minat tgk Malaysia main...pasal ulat tu mmg ada..pekerja aku selalu tgk bola dkt stadium kata ulat ni benda biasa..dieorng borong byk tiket..

    ردحذف
  3. sekrang mood bola.
    sudah tukar semua profile pic yang berkaitan kepada harimau malaya.
    haha..sokong dari jauh.
    :D

    ردحذف
  4. aku tak minat bola.. :P tapi aku tetap sokong Harimau!!! :)

    ردحذف
  5. cilakak..mana lu dapat poster lawa ni..

    ردحذف
  6. aku tengok kat tivi sudah.

    HAHAHAHAH

    ردحذف
  7. kalau malaysia menang esok, best gila !!!!

    ردحذف
  8. tengok harimau dapat kalahkan singa ke tak..heee

    ردحذف
  9. ambil kesempatan. tipikal la. haha :D
    semoga malaysia menang. :D

    ردحذف
  10. betul2..sokong walaupun cmne keputusan..jangan mase menang je sokong

    ردحذف
  11. buat penyokong yang tak dapat ticket tu tengok kat rumah pun dikira menyokong juga.. jadi laa macam aku

    ردحذف
  12. semoga malaysia menang...! semangat malaya...

    ردحذف
  13. bagi yang tak dapat beli tiket tu..tengok kat tv pun ok ape..ape-ape pun malaysia boleh!!!

    ردحذف
  14. dengan wang
    semua benda boleh terjadi..

    ردحذف
  15. pergghhh..poster terbaik kot..moga ada rezeki malaysia kan..amin..amin

    ردحذف
  16. perghh terbaik punyer poster.moga kemenangan milik el tigre

    ردحذف
  17. Ye.. Semoga malaysia menang malam ni..

    http://nazira-mypersonallife.blogspot.com/

    ردحذف
  18. itu la..kat mudah.my tu banyak giler tiket..

    ردحذف
  19. ye.. betul tue.. tetap sokong Pasukan Malaysia walau keputusan tidak memihak kpd kita mlm nie. Ape2 pun Queen doakan semoga kita menang besar mlm..

    Bersama duduk dibangku stadium menyaksikan perlawanan pd mlm nie.. TAk sabar!! hehehehehe

    ردحذف
  20. 85k tiket habis woo.. Cayalah rakyat Malaysia.. Yang ulat2 tu aku no komen lah.. Tengoklah malam ni..

    ردحذف
  21. miss hans hanis : haii!!!! ai datam dari blog miss tieah...adess...betul, semangat patriotik bermacam-macam haluan ada...ada kiri ada kanan...apa pun harapan rakyat MALAYSIA, harimau malaya pasti bangkit!!!

    ردحذف
  22. InsyaAllah, malaysia boleh,

    kakak tengok kat rumah je

    ردحذف
  23. hmmm tengok kat umah lagi best... leh golek2..leh mkn2.. leh minum2..

    apa2 pown... tetap sokong malaysia wlpun apa jua yg berlaku mlm ni... kalah atau menang..

    ردحذف
  24. gua rse menonton di rumah beralaskan kerusi empuk lg seronok drp berpusu2 ke stadium kehkehkeh..

    gd luck harimau malaya ! :)

    ردحذف
  25. gua rse menonton di rumah beralaskan kerusi empuk lg seronok drp berpusu2 ke stadium kehkehkeh..

    gd luck harimau malaya ! :)

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم