Survivor South Pacific Season 23

Jeff Probst


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Apabila korang memandang muka abang Jeff Probst dekat atas tu pasti korang yang mungkin pembaca setia blog gua dari dulu pasti tahu yang gua amat meminati siri realiti televisyen paling menarik dan mencabar fizikal dan mental iaitu Survivor dan kini siri tersebut sudah pun menginjak ke musim ke-23 dan di adakan di South Pacific.


Logo Survivor South Pacific


Macam biasalah musim kali ini rancangan ini menggunakan format seperti musim sebelum ini dengan memanggil kembali 2 pemain yang mempunyai pengaruh yang besar atau hebat di dalam pertarungan fizikal atau dalam menyusun strategi pada musim sebelum ini untuk bersaing bersama 16 pemain baru untuk merebut hadiah pertandingan yang bernilai lebih kurang 1 Juta Dollar US dan semestinya aku mengenali kedua - dua pemain yang dipanggil untuk bermain kembali di dalam Survivor South Pacific ini iaitu Ozzy dan Coach dan semestinya mereka diletakkan di dalam dua kumpulan yang berbeza. Namun, aku lebih menggemari cara permainan Ozzy berbanding Coach pada musim - musim yang melibatkan mereka sebelum ini namun kedua - duanya ada kelebihan masing - masing.


Ahli Kumpulan Puak Savaii Dan Puak Upolu


Apa yang menariknya Survivor South Pacific ini adalah sama menariknya seperti musim lepas dimana kebanyakkan peserta baru akan cuba sedaya upaya untuk menyingkirkan peserta lama dan disini lah bermulanya perang psikologi dan sebagainya. Musim lepas sangat menarik apabila tibanya waktu penyingkiran dimana kejutan sentiasa berlaku. Bagaimana pula dengan musim ini? Adakah Ozzy atau Coach berjaya mengikut jejak langkah Rob untuk memenangi Survivor South Pacific atau adakah pemenangnya akan datang daripada peserta baru?


Siapakah Bakal Memenangi Survivor South Pacific Ini?


Jadi, kepada peminat siri Survivor jangan lupa saksikan setiap episod rancangan ini setiap minggu di mana lagi jika tidak di youtube. Hehehehe!! Dibawah adalah bahagian pertama untuk episod 1 Survivor South Pacific. Jadi, selamat menonton!




P/S : Selepas Nih Tiap - Tiap Minggu Lah Aku Menonton Siri Nih Dekat Youtube! Hahahaha!!!



P/S Lagi : Peserta Baru John Cochran Mendapat Undi Tertinggi Untuk Peserta Popular Survivor South Pacific Untuk Episod Pertama!!


13 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. dah lama ohh xtengok survivor. dulu2 kat ntv7 kann.

    BalasPadam
  2. rndu gler nk tgk rncngn ni!
    kte syke gler,dlu slalu tgk ngn kakak...tiap2 mggu ta pnah miss.

    BalasPadam
  3. aku tak pernah layan lagi survivor ni..

    BalasPadam
  4. laaaa.. xde kat TV ke? abis la brodben klu tgk kat youtube..

    BalasPadam
  5. paling minat survivor AUSTRALIA.. sampai menangis saya dan emak menontonnyer.. hahaha

    BalasPadam
  6. Rancangan survivor.. dah lama tak tengok...

    BalasPadam
  7. wah survivor still got? i used to watch season 1, 2 and 3.. then didn't follow edy :P

    BalasPadam
  8. dah tggk......ko minat ke mamat student harvard...dia gay kot...aku suka pompuan yg cun tu..nama apa aku x igt..hhaha

    BalasPadam
  9. Aku fanatik survivor dari season 1 sampai skrg cuma aku xsuka bila dorang panggil balik player yg dah 2-3x main. Ozzy kuat dari fizikal tapi dlm hati ada taman..Coach hebat dlm sosial game tapi fizikal out...
    Bagi aku lagi best kalu semua player org baru...

    BalasPadam
  10. faizal : yg gay tu Papa Bear la...yang Cochron tu nerd jer..

    untilidie : ar ar..tu la pasal..macam season lepas pemenang dah dapat dijangka..harap2 musim nih pemain2 dlu keluar awal..gahaha

    BalasPadam
  11. dulu2 penah gak ikut survivor ni.

    BalasPadam
  12. Dah lama jugak tak tengok survivor ni.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama