Simpan Dulu Cakap Kemudian

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans sekalian. Pejam celik pejam celik tinggal lagi seminggu sahaja lagi sebelum latihan praktikal gua yang bermula sejak awal September ini tamat. Memang banyak perkara yang gua belajar setakat ini daripada segi kerja di dalam dua bahagian yang berbeza, bagaimana berkomunikasi dengan pelbagai jenis latar agama, bangsa, umur dan budaya, menyelesaikan masalah, keberanian mengambil tindakan awal dan pelbagai lagi lah.




Jadi, pada hari Khamis lepas ada salah seorang pekerja wanita yang gua bahasakan beliau sebagai Kak Siti ini yang gua tahu semalam merupakan hari terakhir beliau bekerja untuk tahun ini kerana akan menghabiskan cuti tahunan beliau sehingga awal Januari tahun depan. Jadi, memandangkan beliau antara salah seorang pekerja yang sangat baik dengan gua dari segi berkongsi ilmu, memberi tunjuk ajar, belanja gua makan dan melayan kerenah gua yang kadang - kadang tingtong sikit nih maka semestinya gua dah berfikir nak minta maaf dan ucap terima kasih serta menghalalkan segala apa yang dia belanja gua selama nih.




Maka otak gua mula lah bergerak lancar dan ligat menyusun ayat yang sesuai untuk diucapkan pada beliau. Punya lah gua fikir apa nak cakap dan memang dah tahu dah apa nak cakap maka semestinya lah gua tunggu waktu masing - masing dah habis kerja untuk ucapkan segala - gala ucapan tersebut. Maka gua pun berangan - angan lah situasi waktu gua nak memberi ucapan terakhir tu kan.....

Gua : Kak Siti! Kiranya hari nih hari terakhir lah kan saya jumpa Kak Siti?

Kak Siti : Ar ar! Gitu lah gayanya! Kenapa?

Gua : Oh! Bukan apa! Saya nak ucap terima kasih lah banyak - banyak dekat Kak Siti.

Kak Siti : Terima kasih sebab apa pula nih?

Gua : Ialah! Kak Siti banyak beri tunjuk ajar pada saya! Kongsi ilmu! Selalu belanja saya makan! Jadi, saya nak minta halal segala ilmu dan makanan semua tu dekat Kak Siti!

Kak Siti : Owh! Itu rupanya! Tak ada hal lah beb! Kak Siti ikhlas jer semua tu! Tak ada masalah lah! Kak Siti pun nak minta maaf lah kalau ada buat kamu terkecil hati ke apa ker!

Gua : Owh! Tak ada apa lah! Okay lah Kak Siti! Saya nak balik dulu nih! Terima kasih bebanyak yer! Assalammualaikum!

Kak Siti : Waalaikumsalam!


Tetapi, sewaktu gua dah nak balik dan belum sempat pun gua nak cakap tiba - tiba Kak Siti tu bagitahu gua......


Kak Siti : Okay! Jumpa hari Isnin nih yer!

Gua : Aik? Bukan esok Kak Siti dah mula cuti ker?

Kak Siti : Hari Isnin nih kak tak jadi cuti lah! Ada hal sikit nak kena datang sini!

Gua : Oh! Yer ker? Okay lah macam tu! Balik dulu Kak Siti!

Kak Siti : Okay!




P/S : Kesimpulannya Hari Isnin Nih Baru Gua Akan Ucapkan Dialog Yang Telah Dicipta Pada Hari Khamis Semalam! Kuikuikui! (^_^)Y


6 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. kalau dialog sendiri oklah, tapi dialog kat siti tu, macam tu ke? rasanya tak kut...hehehhe

    akak dah tukar link, singgha blog baru akak ok

    Wanita suka mengumpat sulit dikapankan

    BalasPadam
  2. wah abis pratikal ya..mis pulak akan mula praktikal bln 1 ni..umm takut pun ada...

    BalasPadam
  3. siap ade nak cipta dialog lagi.
    keh keh keh

    BalasPadam
  4. huahuahua. hans, g jumpa balik kak siti.bg tau ucapan tadi nak postpone hari isnin pulak. huhu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama