Melancong Ke Bandaraya Bangkok - Part 2

Assalammualaikum semua pembaca blog Hans sekalian! Jadi, seperti yang Hans janjikan sebelum ini Hans akan ceritakan pengalaman Hans bercuti di Bandaraya Bangkok dan ini adalah kisah hari kedua Hans sewaktu bercuti disana. Seperti biasalah terasa macam masih lagi berada di bumi Malaysia jadi tangan pun gatal lah membuka televisyen yang ada di dalam bilik hotel.

Taraaaaaaaaaaaaa!!! Selamat menonton Bangkok Hari Ini! Hahaha! Layan pula Hans tengok rancangan nih walaupun Hans langsung tak faham sepatah apa pun yang pengacara nih cakap. Buat-buat faham jer lah! Hahaha! Jadi, Hans pun bersiap-siap untuk percutian yang masuk hati kedua nih.

Pemandangan pagi dari atas hotel! Haihhhh!! Pagi-pagi buta pun kereta banyak betul! Memang penyabar sungguh manusia-manusia yang tinggal di bumi Bangkok nih sebab sepanjang waktu menghadap kesesakan jalan raya yang tak henti-henti. Nasib dekat Kuala Lumpur ada juga waktu yang lengang. Dekat sini tak ada beb!

Hah! Tengah-tengah seronok menikmati suasana pagi tu tiba-tiba Hans ternampak bot panjang macam anaconda lalu depan mata. Tangan pun pantas lah mengambil gambar seberapa cepat yang boleh! Hehehe! Teringin juga nak naik bot nih tapi tak tahu bot nih datang dari mana.

Jadi, tempat pertama yang Hans tuju pada pagi tu ialah sebuah kawasan perniagaan yang bernama Sombat Talat Sod. Tempat nih macam pasar pagi lah untuk masyarakat Bangkok disini nak beli ayam ker ikan ker sayur ker. Ramai juga orang Muslim berniaga dekat sini jadi senang lah nak dapatkan makanan halal untuk sarapan pagi. Selain tu dekat sini pun ada juga bazaar yang menjual kasut, mainan, kain dan macam-macam lagi lah! Apa yang Hans suka dekat sini ialah Hans terjumpa sebuah gerai yang menjual air dan Hans sempat juga merasa teh ais serta nescafe ais hasil air tangan peniaga Islam disini! Nampak tak sekali rasa sampai dua jenis minuman? Bangkok panas ohhhh!! Hahaha! Memang terbaik minumannya dan harganya pun lebih kurang sama macam Malaysia iaitu dalam lingkungan 15-20 bath jer. Sedap ohhhh! Kalah Starbuck!!

Memandangkan hari kedua Hans berada disana jatuh pada hari Jumaat jadi alhamdulillah sempat lah Hans menunaikan solat Jumaat di negara asing iaitu di sebuah masjid yang orang Islam di Thailand panggil sebagai Sai Kong Din. Biasalah apabila Hans mendengar khatib membaca khutbah di dalam bahasa Thai...buat-buat faham jer lah! Hehehe! Yang menariknya dekat masjid nih ada kaum wanita juga yang menunaikan solat Jumaat seperti mana di Arab Saudi. Menarik!

Jadi, selepas solat jumaat tu maka pergi lah cari tempat makan dan alhamdulillah dapat jumpa tempat makan halal. Jadi, Hans dan rakan-rakan pun pesan lah makanan-makanan yang kami semua teringin nak makan. Macam Hans pesan nasi putih dengan daging goreng lepas tu pau lah tomyam kawan sebelah! Hahaha! Sedap! Disebabkan kawan belanja jadi Hans malas nak ambil tahu berapa harga. Hahaha! Alhamdulillah kenyang! Jadi, selepas tu pusing-pusing lah tengok keadaan bandaraya Bangkok tetapi nak buat macam bateri telefon habis pula! Jadi, tak adalah gambar seterusnya! Hahaha!

Selepas tu Hans balik ke hotel dan malamnya tu sekali lagi Hans pergi berjalan-jalan dekat Arab Street. Hans mencuba kebab yang dibuat oleh peniaga daripada orang Islam Pakistan ker Arab entah dan selepas tu Hans pun cuci mata melihat barang-barang yang dijual di Arab Street. Barang-barang yang dijual seperti kasut kulit memang cantik tapi harganya mahal jadi Hans malas nak beli! Hahaha! Pada malam nih juga Hans memberanikan diri melihat kehidupan malam di Bangkok. Wahhhh!! Patutlah setiap masa bandaraya Bangkok nih sesak dengan manusia. Thailand merupakan sebuah negara yang terkenal dengan industri seks dan Hans dapat lihat dengan mata sendiri betapa bersepahnya gadis-gadis, maknyah dan perempuan tua menghiburkan pelancong-pelancong asing terutama dari Arab dan Eropah. Hahh!! Gambar tak dapat nak letak dan memang tak ambil pun! Berani pula Hans nak ambil gambar-gambar mereka tu! Tak pasal-pasal kena pukul pula kang! Hahahah! Sekadar melihat sebab kurang selesa dengan persekitaran macam tu dan kemudian balik ke hotel untuk berehat sebab esok nak berjalan-jalan lagi.

P/S : Bila Rajin Hans Update Hari Ketiga Pula! (^_^)Y





26 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Bersihkan jalan raya dan sungai diorang..tak ada sampah sarap pun...

    ردحذف
    الردود
    1. sometimes ada juga tapi tak leh lawan malaysia lah
      malaysian champion buang sampah di luar tong sampah
      hahaha

      حذف
  2. hari raya nnt lengang la jalan kat bangkok tu...ehhhhh

    ردحذف
  3. hehehe..layan jelah Hans wlpn tak faham..
    best tengok pic makan2 Hans d Bangkok ni..

    ردحذف
  4. sekali pandang macam kat kg baru jer hans..hahahahah

    ردحذف
  5. panjang yer bot tuh...speed boat ke..??

    ردحذف
    الردود
    1. tu yang teman panggil bot anaconda tu...hahaha
      entah...tak lah laju sangat
      entah

      حذف
  6. saya nak sambungan..NAK SAMBUNGAN!
    haha

    ردحذف
  7. seronoknya. bila la berpeluang nak pegi ke Bangkok.
    seronok kot!

    ردحذف
    الردود
    1. kumpul duit
      dah cukup duit nak pergi bila2 pun boleh bro
      hehehehe

      حذف
  8. Admin pergi 4H3M ke , berapa bajet untuk seorang?

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم