Melancong Ke Bandaraya Bangkok - Part 4

Assalammualaikum semua pembaca blog Hans sekalian! Jadi, seperti yang Hans janjikan, Hans akan ceritakan pengalaman Hans bercuti di Bandaraya Bangkok dan ini adalah kisah hari keempat iaitu hari terakhir Hans bercuti dan berada di negara Thailand.

Hans bangun pagi dengan begitu bersemangat sekali yer sebab hari ini merupakan hari terakhir untuk Hans memanfaatkan duit bath yang Hans tukar di Malaysia dengan berbelanja di Chatuchak Market yang merupakan pasar minggu yang terbesar di dunia. Jadi, untuk ke sana dengan menaiki tut tut atau bas memang merupakan kesilapan besar sebab Hans pun dah tahu jalan raya dekat Bangkok nih setiap saat sesak. Jadi, inilah peluang Hans untuk menaiki Bangkok Mass Transit System atau lebih dikenali sebagai BTS Skytrain yang kalau dekat Malaysia nih kiranya LRT lah. Hohoho!! Jadi, untuk ke Chatuchak Market nih maka Hans kena beli tiket untuk ke Mo Chit yang merupakan hentian paling hujung dan terakhir sekali. Memang penuh BTS Skytrain tu dengan pelancong-pelancong asing tetapi alhamdulillah ruang masih luas dan tidak lah padat macam tin sardin. Hehehe!

Akhirnya Hans dah tiba di Chatuchak Market yang merupakan destinasi wajib lawat buat sesiapa yang melancong ke Bangkok. Untuk pengetahuan anda semua, dekat Chatuchak Market nih ada 27 seksyen iaitu merangkumi 15 ribu kedai yang menjual macam-macam barang daripada seluruh daerah di Thailand. Cakap jer apa korang nak beli! Bunga? Pinggan mangkuk? Baju? Cenderahati? Buah? Sayur? Pokok? Kasut? Alat muzik? Macam-macam ada wehhhhh! Serius rambang mata nak habaq maiiii!!!

Disebabkan kawasan Chatuchak Market nih memang betul-betul luas jadi amatlah disarankan agar anda berjalan bersama seorang dua rakan-rakan atau pun jika ingin berpecah pun sila pastikan lokasi mana yang anda dan rakan-rakan akan kembali berkumpul untuk pulang ke tempat penginapan sebab takut sesat. Hahaha! Macam Hans alhamdulillah Hans ingat jalan-jalan yang Hans lalu. Lagipun Hans nih jenis orang yang tak berapa gemar nak jalan beramai-ramai sambil membeli-belah nih sebab tak boleh fokus! Hahaha! Satu pengalaman yang menarik tu bila Hans tengah leka melihat kedai-kedai dekat seksyen mana entah dan Hans tak sedar dekat sebelah Hans ada sebuah kedai yang menjual anak-anak anjing yang macam teddy bear tu. Mak aihhhh!!! Geram nak habaq maiii!! Rasa macam nak pegang ohhh!! Comel gila tapi sabar jer lah! Tengok jer lah! Hahaha!

Disebabkan nilai mata wang Malaysia sekarang nih lebih rendah berbanding nilai wang Thailand jadi tak boleh lah nak beli banyak benda sangat. Bukannya barang-barang dekat sini mahal. Barang-barang yang dijual masih murah tetapi tak boleh lah nak merasa seperti jadi jutawan segera yang membeli-belah dengan dasyatnya di Indonesia. Hehehe! Alhamdulillah! Dekat Chatuchak Market juga masih terdapat makanan halal jadi jangan risau jika anda lapar. Tetapi, disebabkan Hans terlalu teruja untuk berjalan, meninjau dan membeli-belah dekat sini sampai baru Hans sedar yang Hans terlupa nak makan. Dasyat tak? Hahaha! Seronok jugalah waktu membeli tambah-tambah masa proses tawar menawar nak minta kurangkan harga sebab Hans sempat belajar bahasa Thailand untuk minta kurangkan harga tetapi sekarang dah lupa. Kalau tidak boleh kongsikan dekat sini. Hahaha!

Serius beb! Disebabkan Chatuchak Market nih sangat luas dan memang banyak betul kedai-kedai dekat sini jadi Hans hanya sempat berkunjung ke dua seksyen jer daripada 27 seksyen yang terdapat dekat sini. Walawehhh!! Mana sempat nak habiskan 27 seksyen dengan nak kejar masa pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang lagi! Karang terlepas kapal terbang mahu menangis dekat situ! Hahaha! Jadi, Hans rasa kalau Hans ada masa lagi sehari dua dekat Chatuchak Market nih mungkin boleh kut habiskan pengembaraan dekat semua 27 seksyen yang ada dekat situ. Dari segi solat jangan risau sebab ada surau disediakan dekat Chatuchak Market nih. Disebabkan hampir 6 jam Hans berjalan-jalan dekat Chatuchak Market nih jadi dah tiba masanya Hans bergerak menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang untuk balik ke Malaysia.


Akhirnya Hans pun tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang. Satu perkara yang menarik di Thailand nih terutamanya Bangkok ialah gambar raja Bhumibol Adulyadej ini berada dimana-mana sahaja bangunan atau pun di jalan raya di Bangkok. Bukan gambar yang kecil tetapi memang yang sebesar-besar yang boleh lah. Memang terbukti rakyat Thailand nih begitu sayangkan raja mereka. Jadi, sementara menunggu kapal terbang tiba tu maka Hans pun berjalan-jalan lah sekejap cuci-cuci mata tengok kedai-kedai bebas cukai dekat sini. Cuci mata jer lah sebab duit pun dah habis. Hahaha!

Alhamdulillah! Selepas dua jam berada di dalam kapal terbang AirAsia tu dan akhirnya Hans pun tiba di LCCT Kuala Lumpur. Memang seronok bercuti di Bandaraya Bangkok, Thailand. Banyak perkara yang Hans dapat belajar, lihat dan rasai sendiri disana. Rakyat Bangkok memang kebanyakannya ramah, mesra dan berbudi bahasa. Rasa-rasanya rakyat Malaysia sudah ketinggalan daripada segi itu walaupun kononnya masyarakat kita terkenal dengan sikap sopan santun dan berbudi bahasa. Tetapi, walau apapun Hans masih merasakan Malaysia adalah sebuah negara yang masih lagi tenang, selamat dan lebih selesa kehidupannya berbanding dengan umat Islam yang tinggal di Thailand. Jadi, sekadar ini sahaja coretan Hans sepanjang empat hari bercuti di Bandaraya Bangkok. Sekian! (^_^)Y

21 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. amboih..sakan jgkla no bercuti..huhu..i is jeles..;p

    ردحذف
  2. dah baca finale ..
    dan aku rasa mcam nak pergi plak..

    kehkehkeh..

    nice travelog bro..
    lepas ni..pi mana pula?

    ردحذف
    الردود
    1. hahaha
      kumpul duit pergi lah sana
      Chatuchak Market is the best place yang hang mesti pi

      lepas nih tak tau lagi nak pi mana...
      kumpul duit dulu...
      hehehe

      حذف
  3. bestnyaaa travel ! tapi pergi Krabi best !

    ردحذف
  4. Hans..semua sinag jer..mlm xkeluar ke?

    ردحذف
    الردود
    1. aik?
      hari pertama keluar malam
      hari kedua keluar malam
      hari ketiga pun keluar malam
      ada jer dkt gambar tu Dezee

      حذف
  5. Best tengok hans travel pergi bangkok..harap2 satu hari nanti dapat pergi thailand jugak

    ردحذف
    الردود
    1. insyaallah
      seronok pergi negara orang sebab akhir sekali kita akan rasa Malaysia juga yang best
      :)

      حذف
  6. wah bestnya gi holiday ke bangkok !!..banyak shopping kat sana?.. ;)

    ردحذف
  7. boleh kongsikan bujet ke sana x? pakej apa yg saudara amek?tq

    ردحذف
  8. hai hans boleh tau tak berapa harga guitar kecik tu..tu bukan ukelele kan?

    ردحذف
    الردود
    1. xpasti..saya main beli jer...hahaha...rasa2 dalam RM25 kut..lupa dah

      حذف
  9. pasar chattuchak tu hari apa ade?

    ردحذف
  10. Cindaeia, only on SATURDAY & SUNDAY

    ردحذف
  11. Salam bro..brape hbis sume g sana,mcm nk pegi bln ni

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم