Seronoknya Menaip Blog

Salah satu perkara yang paling menarik apabila aku menaip atau berkongsi sebarang kisah aku di blog ini ialah pembacanya. Yer! Pembacanya! Kenapa aku mengatakan pembaca blog ini adalah paling menarik? Pertama sekali sudah semestinya bukan semua pembaca disini yang aku kenal dan boleh dikatakan hampir kebanyakannya aku tidak kenal. Keduanya ialah jika aku kenal pun mungkin sekadar kenal di facebook atau twitter dan belum pernah bersua wajah mahu pun bertegur sapa secara berhadapan. Ketiganya ialah pembaca yang juga merupakan blogger yang aku pernah berjumpa dan juga lepak bersama dan pertemuan itu menjadikan kami rapat atau sebaliknya.


Alhamdulillah! Apabila semakin lama menaip di blog ini maka menjadikan aku lebih matang untuk cuba mengenali blogger-blogger atau pembaca blog aku dan alhamdulillah aku juga sangat gembira untuk memberitahu disini yang kebanyakkan daripada kamu yang aku jumpa amat baik dan sangat membantu aku ketika aku memerlukan atau pun tidak. Terima kasih sangat-sangat pada semua yang terlibat sama ada kalian mengetahui atau pun tidak adakah kalian yang aku maksudkan.


Aku akan cuba menaip di blog ini sekerap mungkin dan berkongsi lebih banyak kisah atau pandangan aku tentang sesuatu yang aku rasa menarik dan mungkin juga sesuai dengan pembaca-pembaca blog ini. Terima kasih diucapkan atas sokongan kalian semua dan alhamdulillah gembira melihat jumlah pengunjung blog www.hanshanis.com setiap hari walaupun sebelum ini jarang dikemas kini dan walaupun kadang-kadang penggunaan ayat dan bahasa disini terlampau skema. Hahaha! Semoga kalian semua terus memberikan sokongan kepada blog yang berusia 5 tahun ini! Baiklah! Terima kasih sekali lagi semua! Assalammualaikum!

24 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. saye mendapat rezeki (kerja) melalui 'blogging', daripada orang yang tak pernah kenal dan jumpe.

    siape lah yang sangke kan?

    ردحذف
    الردود
    1. Setuju dengan Bro Fauzi. Tak sangka berkenalan di blog boleh membuahkan rezeki. Tambah juga pengalaman kita dan semakin matang mengenali dunia maya ini.

      حذف
  2. waaah lama x datng sini..
    tengah xsibuk boleh online selalu

    ردحذف
  3. yup...yup..!!
    Ttbe rasa terharu...

    ردحذف
  4. pembaca yang kita mahukan. follower tu selepasnya...:)

    ردحذف
  5. yep, blog sememangnya bagi banyak manfaat kalau kita pandai gunakan dengan baik.
    blog memang mematangkan kita dengan pelbagai isu kehidupan. :)

    ردحذف
  6. hanshanis ? name gabungan ngn isteri ke ? hewhew

    happy blogging !

    ردحذف
  7. yeay! thanks sbb puji kite baik! :p

    ردحذف
  8. Dah 5 tahun.. nie betul2 senior nie. time tu aku tak kenal komputer lg Hans da ada blog.. keh3

    ردحذف
  9. i love blogging too~

    Regards, www.lonelyreload.com (A Growing Teenager Diary)

    ردحذف
  10. dgn berblog sy kenal hans,,, heehe

    ردحذف
  11. hehehehe xD mcm2 kata dri blogger...pendapat dorang.. suka je baca ^^

    ردحذف
  12. selamat berblogging.. i love blogging too..

    ردحذف
  13. blogging bikin addicted, kan?

    wah, wajah baru lagi belog ini. cntek ;)

    ردحذف
  14. siapa tak kenal hans hanis yang famos kan?

    aku pun rasa bertuah dapat kenal blogger hebat macam ko bro
    walaupun perkenalan kita di medan perang komentator, kah3

    ردحذف
  15. Wahhh..5 tahun dah? Bole jadi senior sy ni..

    ردحذف
  16. masa idea berlambak memang 'love' sgtlah . tapi bila xde mood n xde idea, pkataan 'love' pun xkenal .

    ردحذف
  17. welcome to the blog world...*tibe2

    ردحذف
  18. kalau idea banyak mmg seronok
    kalau tgk kosong, mmg boleh ngamok hihi


    tahniah hans, dah 5 tahun blogging
    :)

    ردحذف
  19. hehe..kebanyakan pembaca husna pon bukannya husna kenal sgt..=P

    ردحذف
  20. Salam.. lama tak jenguk blog Hans.. blog sendiri pn baru je masuk sapu sampah sikit2.. hehee.. Tahniah Hans, dah 5 tahun usianya ya.. moga terus semangat tuk menulis.. :)

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم