Ambil Order Kak

Alkisahnya pada malam Jumaat yang lepas, aku dan rakan serumah pergi lah makan malam dekat sebuah tempat di Kuala Lumpur. Tempat makan nih ada banyak kedai makan dan memang semua kedai makan disitu ada menjual menu berasaskan singgang. Ini kali ketiga aku pergi ke sana dan pastinya aku akan pergi ke setiap kedai yang berlainan untuk merasa sendiri makanan-makanan yang dijual disitu sama ada sedap atau hampeh. Hahaha!

Gambar Hiasan

Jadi untuk kali ini, aku pergi ke kedai paling hujung dan kami berdua duduk lah di sebuah meja. Selalunya belum duduk lagi pasti akan ada mana-mana pekerja datang duduk di sebelah meja untuk mengambil pesanan tetapi berbeza betul pada malam ini. Dah lima minit aku duduk tetapi satu kelibat manusia pun tak ada datang langsung nak bertanyakan, "Dah ambil order bang?" atau datang memberi menu kepada aku. Aku mula panas!


Kawan aku pun akhirnya memanggil pekerja atau bos kedai tersebut dari meja kami duduk supaya datang untuk mengambil pesanan, "Ambil order kak!" dan kata-kata aku didengar oleh bos kedai tersebut dan juga pekerjanya. Dia memandang kami dan memberitahu supaya tunggu sekejap. Jadi, kami pun tunggu lah sekejap yang sebenarnya dah tak sekejap tu. Hampir 10 minit menunggu dan kami berpaling melihat ke arah tempat bos dan pekerja kedai makan tersebut berada tadi. Bos kedai tersebut hilang! Tinggal pekerjanya sahaja tetapi masih juga belum datang mengambil pesanan daripada kami walaupun kawan aku berulang kali memanggil.

Aku : Haih! Ini aku panas nih! Nak meniaga buat lah cara nak meniaga! Karang aku bakar juga kedai nih kang!

Kawan : Itulah! Penat dah aku panggil nih! Ini hilang pula dah!

Aku : Ingat aku datang sini saja-saja ker nak duduk tunggu 20 minit. Duduk mencangak jer! Buang masa betul! Dah lah lapar nih! Order pun tak ambil lagi nih! *&&^$^&^*& 

Pelanggan sebelah dah memandang-mandang meja aku

Kawan : Sabar-sabar! So, macam mana nih? Nak tukar kedai!

Aku : Dah lah! Jom makan dekat kedai-kedai lain dekat tepi nih! Kedai makan nih di banned oleh aku! Jangan harap aku nak datang sini dah. Macam &&^&*^%%&& jer kedai nih!!!!

Kawan : Jom! Jom!

Kami pun berpindah ke kedai di hadapan dan baru sahaja kami duduk di kerusi terus datang pekerja kedai makan tersebut mengambil pesanan. Hah! Ini lah baru betul namanya nak berniaga! Alhamdulillah! Ada hikmah berpindah ke kedai makan yang lain nih sebab memang masakannya terbaik! Sampai aku minta tambah nasi putih lah nak cakap sedap punya pasal!

Kesimpulannya kepada sesiapa yang berniaga perihal makanan panas nih, tolonglah jaga sikit hati pelanggan tak kisah lah pelanggan tu pelanggan baru atau pelanggan lama. Aku nih kalau makanan sampai lambat pun aku masih boleh tunggu lagi sebab aku pernah tunggu lebih kurang 40 minit baru sampai makanan yang aku pesan dan sedihnya tu makanan tak berapa nak sedap sangat. Tetapi, tak kisah lah kan sebab aku faham ramai pelanggan lain tak dapat makanan lagi. Tetapi, kalau nak ambil pesanan pun terkemut-kemut...Dah panggil berpuluh kali ambil order pun tak datang-datang juga...

MOHON TUTUP KEDAI!

9 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. hukhukhuk sye pernah kena mcm nie taw..last2 nasi goreng paprik sye mintak hangit!!dah la lama gila sye tunggu..time nak order pon lambat ..lme sye terpacak kat meja tu waaa

    ردحذف
  2. ada juga akak amik order jenis nak tengok drama kat TV, nak tengok TV balik rumah la kak..haha

    ردحذف
    الردود
    1. hahaha...mungkin itu boleh kata MOHON BERHENTI BERNIAGA...hehehe

      حذف
  3. MEmang panas kalo datang tak amik order baik pergi kedai lain..mungkin lagi sdap..

    ردحذف
  4. husna kerja kat kedai makan, kami di ajar bila customer jengah masuk kedai terus pergi kat customer tnya order..tak kan biar diorang panggil..

    kalau husna pon panas.. sja kot nak biar customer lari..

    ردحذف
    الردود
    1. tu la pasal...first time kut hans dapat pengalaman macam nih..selalu makanan sampai lambat jer..ini bukan ambil order lewat tapi tak datang ambil order langsung walaupun dipanggil

      حذف
  5. kasi pangkah kalau kedai macam tu.....

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم