Azeezah Al-Ansar Steakhouse


Nama Kedai:
Azeezah Al-Ansar Steakhouse

Lokasi:
No. 53A, Jalan Enggang, Taman Sri Keramat, 54200 Kuala Lumpur

Waktu Beroperasi:
10.00 Pagi - 12.00 Tengah Malam

Menu Pilihan:
Chicken Chop

Markah Dari Lidah Hans:
3.5 / 5

Servis:
Pantas

Harga:
RM10.00


Assalammualaikum serta salam sejahtera kepada semua pengunjung blog hanshanis.com dan sebenarnya Hans dah lama tak kongsi pengalaman makan makanan yang sedap atau tempat makan yang menarik dekat blog nih. Jadi, kali ini Hans nak berkongsi sedikit lah tentang salah sebuah tempat makanan yang menawarkan makanan Western yang menarik dan sedap dengan semua pembaca blog nih.


Sebenarnya kawan-kawan Hans yang cadangkan tempat nih. Kata mereka makanan dekat sini sedap-sedap terutama Chicken Chop yang dijual disini. Asalnya dulu nama restoran ini cuma Al-Ansar Steakhouse jer tetapi sejak berpindah ke tempat baru sekarang ini namannya dah bertukar menjadi Azeezah Al-Ansar Steakhouse. Selain chicken chop, banyak lagi menu lain yang ditawarkan seperti beef steak, lamb chop, black pepper chicken, sizzling dan makanan bergoreng yang lain seperti nasi dan mee pun dijual disini.


Secara keseluruhannya, rasa Chicken Chop yang Hans makan disini boleh tahan sedap. Rasa ayam dia memang sedap dan sos nya pula mempunyai rasa yang menarik. Boleh dikatakan tak menyesal lah makan dekat sini sebab harganya pun berpatutan dan layanan daripada pekerjanya juga pantas. Tengok pinggan pun dah tahu dah licin! Hahahaha! Walaupun ada juga komen daripada rakan-rakan Hans semalam yang mengatakan rasanya sedikit berlainan berbanding dahulu tetapi bagi tekak Hans yang menelan nih masih boleh dikategorikan sebagai salah satu Chicken Chop yang sedap dan seronok dinikmatilah.

Jadi, kepada peminat chicken chop atau yang teringin nak mencuba makan disini bila baca blog Hans nih boleh lah datang sendiri ke sini dan cuba sendiri nikmati kesedapannya. Semoga citarasa kita sama dan korang pun puas hati sama seperti Hans. (^_^)Y

4 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. wahh sedap nye!!memang feverite nie!!
    klik 2 nuffnang kat sini ye

    BalasPadam
  2. amboih, makan sedap x ajak pong,hehe
    lama x sembang ngan ko
    bizi gila abang astro skang

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama