Luahan Rasa Di Pagi 27 Februari 2016

Bila kenangkan balik hidup aku nih....

Aku rasa banyak betul benda bodoh yang aku dah buat...

Terutamanya dalam bab berkawan...

Kadang-kadang tu dalam kenal dan dah berkawan baik...boleh pula bergaduh sampai tak bertegur sapa disebabkan hal remeh temeh...

Fikir-fikir balik teruk juga aku nih....Hahaha!

Fikir-fikir balik rasa kelakar pun ada dan rasa sedih tu lagilah ada. Gila tak sedih?

Kadang-kadang tu rasa macam nak putar balik masa dan pilih keputusan yang bertentangan dengan apa yang dah dibuat dulu. Sayangnya benda yang paling jauh daripada aku ialah masa lalu.

Apa-apapun, semua tu sebenarnya mengajar aku untuk lebih kuat dan lebih matang lagi. Agaknya lah!

Cuma bila ditoleh balik masa lalu dan melihat kembali masa sekarang....entah kemana manusia-manusia dulu yang dikatakan sahabat itu. Rindu betul aku dengan mereka semua sebenarnya.

Maaflah atas segala kesilapan dan keegoan masa lampau. Kalau lah mereka-mereka ini terbaca harap tegur-tegur lah balik yer.

Akhirnya apa yang aku sedar....dalam kesedihan aku nih siapa yang sentiasa ada dan bersama dengan aku ialah Allah S.W.T

Terima kasih Ya Allah kerana memberi aku peluang lagi untuk bernafas dan mengenali jiwa-jiwa manusia ini.

Rindu kalian semua :)


3 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. sabarlah bro..kalau boleh jernihkan cuba jernihnkan...asam garam dalam setiap perhubungan memang banyak..allah cuma nk uji kita sahaja...sentiasa tabah mengharungi dugaan...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama