Syiling Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV

Assalammualaikum semua! Minggu ini merupakan minggu yang sangat dinanti-nantikan oleh pengumpul duit syiling peringatan keluaran Bank Negara Malaysia kerana Duit Syiling Peringatan Bersempena Dengan Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV yang ditempah secara online tempoh hari bakal dijual bermula Khamis ini bersamaan 22 Februari 2018



Jadi, Hans kongsikan sedikit tentang info maklumat berkaitan koleksi ini yang diperoleh dari Bank Negara Malaysia seperti di bawah :

Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima belas. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda telah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima belas untuk tempoh lima tahun oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-243 (Mesyuarat Khas) di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 14 Oktober 2016. Baginda kemudiannya melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember 2016 di Istana Negara, Kuala Lumpur. Upacara pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima belas telah berlangsung pada 24 April 2017. Duit syiling peringatan ini dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, Muhammad bin Ibrahim, FCB, di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia.


Jadi, mari kita tengok pula reka bentuk bahagian hadapan dan bahagian belakang Syiling Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV di bawah ini :



REKA BENTUK BAHAGIAN HADAPAN

Potret Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V dipaparkan pada bahagian tengah dyuit syiling. Perkataan "KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XV SULTAN MUHAMMAD V" tertera di sekeliling duit syiling manakala tarikh pertabalan dipaparkan di bawah potret Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV..

REKA BENTUK  BAHAGIAN BELAKANG

Reka bentuk pada bahagian tengah duit syiling memaparkan jata rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. Nama "BANK NEGARA MALAYSIA" sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini dipaparkan pada bahagian atas duit syiling manakala perkataan "PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XV" dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling bersama-sama dengan nilai muka duit syiling tersebut.


Dan di bawah ini pula ialah jenis-jenis syiling, kuantiti tempaan serta harga untuk setiap jenis syiling sebagai rujukan anda semua :


Kepada sesiapa yang hobinya suka mengumpul syiling peringatan tu, sila pastikan Syiling Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV ini berada di dalam koleksi simpanan anda. Selamat membeli dan mengumpul.

P/S : Nanti Hans Kongsikan Gambar Bila Koleksi Syiling Nih Dah Ada Dekat Tangan Sendiri :) 

93 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Rare ni. Agung sebelum2 ini ada jugak ke?

    ردحذف
    الردود
    1. ada...tapi kalau pengeluaran yang macam nih tak silap start masa Agong Perlis dulu

      حذف
  2. yang emas itu cantik...

    harga juga cantik..

    ردحذف
    الردود
    1. yang emas itu auction
      orang have2 jer mampu tu
      hahaha

      حذف
    2. pergh...

      seronoknya jadi orang kaya.

      boleh memiliki sesuatu yang unik dan rare di pasaran

      حذف
    3. hahahaha
      tu lah kan
      tetapi beli yang murah-murah pun In Sha Allah ada rezeki kalau jadi rare...harga pun naik jadi rare :)

      حذف
  3. cantikkk sungguh harganya..hhihoohiihiihoo

    ردحذف
    الردود
    1. hahaha...
      yang jenis nih BNM tiba2 jual harga mahal gila
      minat punya pasal jadi kena lah kumpul duit dari bulan 10 tahun lepas...haha

      حذف
  4. الردود
    1. yang kecil tu memang murah
      yang tu selalu dalam bentuk coin card :)

      حذف
  5. Perghh ada series... Emas, Silver dan perak..

    ردحذف
  6. Mummy mampu tengok je ni..Org have have je mampu milik..heheh

    ردحذف
    الردود
    1. ehhh yg nordic gold mampu beli lah
      harga macam beli topup je :)

      حذف
  7. Wah, Hans ni collector tegar rupanya yer

    ردحذف
  8. cuma terpikir kalo kita beli, dan nak guna duit...mane nak jual emas mcm ni?

    ردحذف
    الردود
    1. duit nih orang tak guna sebab duit nih kan jenis koleksi
      tapi kalau nak jual...boleh jual dekat pengumpul yang tak ada koleksi nih sebab koleksi nih terhad...bukan semua orang boleh dapat beli :)

      حذف
  9. Rare tapi takut pulak terbagi baki duit syiling dgn org hehe.

    ردحذف
    الردود
    1. dia ada dalam bekas...memang simpan dalam bekas tu elok2 jer

      حذف
  10. Abah Kak Sue suka kumpul syiling macam nie, kadang Abah belikan juga untuk kami anak beranak. Cuma sekarang tak tau lah Abah Kak Sue masih kumpul atau dah berhenti..

    ردحذف
    الردود
    1. owhhh
      best lah
      simpan elok2
      kalau rare harga riban2 tu jadinya

      حذف
  11. Fuyooh! Rasa proud kalau dapat kumpul ni!

    ردحذف
    الردود
    1. hahaha
      kadang2 ada lah rasa proud tu bila pengumpul lain tak dapat
      hahaha

      حذف
  12. uyoooo.. hans peminat duit syiling ka?..
    balas kunjunga dan done follow sini
    #3689

    ردحذف
    الردود
    1. saya minat kumpul duit kertas dan duit syiling peringatan

      حذف
  13. tak pernah tahu pon selama ni ada..hahahah opss..thanks for da info

    ردحذف
    الردود
    1. no problem
      sebab selalu benda2 macam nih pengumpul syiling jer yang selalunya tahu sebab dah minat
      hehehe

      حذف
  14. wow tak pernah tahu wujud syiling macam ni. thanks for sharing

    ردحذف
  15. banyak jg koleksi wang syiling dikeluarkan tahun ni & thn lepas...ke setiap tahun ada? sbb bukan collector tk tau sgt hal2 ni...huhu..

    ردحذف
    الردود
    1. setiap tahun ada tapi jenis edisi keluaran tu tak tentu
      ada kadang-kadang tu 3-4 edisi keluar dalam setahun
      ada kadang-kadang tu satu edisi jer keluar
      bergantung pada Bank Negara Malaysia

      حذف
  16. Mmmm.... menarik... kalau beli duit emas nie, boleh trade kat Poh Kong tak....?

    ردحذف
    الردود
    1. selalu kalau collector beli duit syiling peringatan emas nih...
      mereka tak akan jual dekat kedai emas sebab macam boleh tengok dekat gambar saya upload tu...nilai muka duit emas tu cuma RM300...
      selalunya collector akan jual dengan mana-mana collector yang mencari atau nak miliki duit tu dengan harga yang lebih tinggi dari harga asal
      melainkan kalau collector tu terdesak nak pakai wang, jadi dia akan jual dengan harga yang murah :)

      حذف
  17. Kena bayar zakat tak?
    Kecik2 dulu setakat kumpul setem & sampul surat hari pertama ok la.

    ردحذف
    الردود
    1. kena bayar zakat kalau dah banyak sangat atau lebih daripada haul
      sebab ada zakat emas, perak, gangsa semua tu kan :)

      حذف
  18. Oh! ok baru tahu ni nampak sangat memang bukan pengumpul duit syilling.
    Thanks for sharing.

    ردحذف
  19. menarik design dia..exclusive sangat!

    ردحذف
  20. BAru tahu pasal keluaran duit syiling ni. ingtkn duit syiling mcm biasa jer..huu

    ردحذف
    الردود
    1. hihihi
      ini syiling peringatan
      harga pun teringat-ingat sampai sekarang
      haha

      حذف
  21. Oo ada ye! Tak pernah tahu pun ada duit syiling sempena pertabalan ni. Gud info

    ردحذف
    الردود
    1. hehehehe
      dia umum bulan 12 hari tu dah
      saja kongsi dekat sini sebab 22hb nih siapa yang order hari tu boleh ambil dah :)

      حذف
  22. Terbaik laa. Abg ipar cikyan minat la smua bnda ni. Dia ada simpan syiling yg dr zaman dulu kala tu. Ada org nk beli, tp dia xnk jual sbb syg.

    Syiling atas ni serius menarik. Nnt lg 20 tahun blh tunjuk kat anak cucu harta pusaka nenek tokwan yg bernilai ni. Syok ahh !

    ردحذف
    الردود
    1. owhhh
      dia pun kumpul juga lah tu
      hehehe
      yups
      20 tahun akan datang mungkin harga syiling nih kalau dijaga dengan baik boleh jadi mahal
      heehee

      حذف
  23. الردود
    1. boleh jer tapi rugi lah sebab nilai muka dia bukan besar
      selalu beli syiling nih sebagai koleksi dan hobi jer :)

      حذف
  24. Emas 999 tu jatuh RM502.50 segram. Mak ai mahal..

    ردحذف
    الردود
    1. owhhh jgn kira macam tu
      nilai muka sebenar syiling emas tu RM300 jer
      jadi mahal sebab ini koleksi terhad jer :)

      حذف
  25. Syiling emas tuh cantik..confirm mahal

    ردحذف
    الردود
    1. harga lelong bermula RM4000
      memang mahal lah jawabnya
      hahaha

      حذف
  26. awak selalu kumpul yg mana dik? emas, perak or tembaga?
    kalau dh minat kan msti nk juga ada 1 dlm koleksi kan...

    ردحذف
    الردود
    1. saya selalu kumpul perak dengan nordic gold
      emas tu saya lebih suka beli barang kemas
      tembaga tu pula yang edisi Agong nih jer ada balik
      jarang2 BNM keluarkan syiling tembaga

      حذف
  27. masyaallah harganya !
    mek sbg pengguna duit syiling memang tk beli kot.
    hahahah
    yg mngumpul memang sanggup beli

    ردحذف
  28. Syiling ni untuk collection or boleh guna?

    ردحذف
    الردود
    1. dua boleh tetapi rugi kalau guna sebab nilai muka kecil
      jadi, memang beli untuk simpan jer
      untung2 20 tahun akan datang tiba-tiba harga naik
      hahaha

      حذف
  29. belanja satu duit syiling agong ni. hihihi

    ردحذف
  30. kalau dapat ni memang simpan je la. sayang hehe

    ردحذف
  31. emas nordic tu mcm mn ya? berapa peratusan emas dia?

    ردحذف
    الردود
    1. emas nordic tu bukan emas yang mahal2 macam dekat kedai emas tu
      emas biasa2 jer..emas murah...

      حذف
  32. Eh...dah keluar dah ye...perasan yg RM60 harituu je...setiap tahun la adenya...tapi kalau pengumpul boleh laa...saje-saje nk beli mmg tak laaa

    ردحذف
    الردود
    1. setiap tahun ada...
      bergantung pada BNM dia nak keluarkan edisi apa
      hehehe

      حذف
  33. wahh dah ada.. memang kena simpan buat koleksi jer lahh

    ردحذف
  34. seronok juga kalau menyimpan emas ni

    ردحذف
  35. Orang yang minat kumpul mmg wajib kena beli.. heheheh..

    ردحذف
  36. Hans booking yang mana? RM4000 tu ke :-)

    ردحذف
    الردود
    1. tak lah...saya ambil set of 2 dengan emas nordic RM11 tu jer
      RM4000 tu kena masuk auction

      حذف
  37. Dulu ada kumpul tapi sekarang ni dah stop pun..

    ردحذف
  38. Cantik dan rare..begitu juga dengan harganya. Hehe

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم