Dashing Sport Terbaru Untuk Jejaka Aktif

Ramai lelaki di tahun 2018 ini yang semakin aktif bersukan, bermain gym mahu pun terlibat di dalam pekerjaan yang memerlukan mereka keluar berjumpa pelanggan di luar pejabat, Jadi, faham-faham lah negara kita Malaysia nih bukan negara 4 musim. Kalau tak hujan mesti panas. Bila panas semestinya masing-masing berpeluh. Tetapi, agak kasihan bila ada yang berpeluh kuat dan dalam masa yang sama menyebabkan badan berbau yang kurang menyenangkan. Jadi, memang ada sesetengah lelaki akan jadi terlalu rendah diri kerana masalah-masalah yang menggugat keyakinan mereka. 

Ada pula sesetengah lelaki nih, dari jauh kita tengok memang nampak kacak bergaya dah. Tetapi, bila kita datang dekat dengan dia, terus hilang pandangan positif tu bila mana bau badan lelaki-lelaki ini sama macam bau badan pekerja-pekerja asing dah. Memang ada sesetengah lelaki nih yang kurang mengambil berat tentang bab-bab kebersihan dan bau badan nih. Ada juga yang sebenarnya memakai pewangi tetapi pewangai itu tak sesuai dengan gaya kehidupan mereka yang aktif.


Jadi, usaha Dashing memperkenalkan 2 vasiasi baru DASHING SPORT iaitu HITMAN dan GOLDEN BOOT yang terdiri daripada Eau De Toilette dan Deodoran Semburan Badan untuk keperluan lelaki aktif yang ingin sentiasa tampil maskulin, segar dan sesuai dengan kehidupan mereka yang sibuk ini adalah amat kena dan tepat pada masanya kerana dapat membantu menyelesaikan masalah bau badan dan memastikan kaum Adam sentiasa segar sepanjang masa.

Deodoran Semburan Badan membantu para lelaki di luar sana untuk mengawal bau badan anda dan secara tidak langsung menjadikan anda lebih yakin untuk berurusan atau bertemu dengan pelbagai pihak di luar sana. Manakala Eau De Toilette pula semestinya menjadikan badan anda sentiasa wangi dan segar dalam tempoh masa yang panjang.


Kalau anda perasan ada dua warna pada produk terbaru Dashing ini iaitu warna hijau untuk DASHING HITMAN dan warna kuning untuk DASHING GOLDEN BOOT. Jadi, apa perbezaan antara kedua-dua jenis ini?


Untuk DASHING HITMAN, produk baru ini dicipta khas buat lelaki aktif di luar sana yang sentiasa aktif bergerak ke mana-mana sahaja setiap hari. Disegarkan dengan aroma Citrus dan Ice Cucumber serta dihebatkan lagi dengan Sichuan pepper, Lavender, Patchouli dan Gaiac Wood pasti membuatkan anda si lelaki di luar sana lebih berkeyakinan sepanjang masa.


Manakala bagi DASHING GOLDEN BOOT pula, produk ini menampilkan haruman yang sangat menggoda dan Musky. Si lelaki yang yang maskulin akan tampil lebih hangat dengan aroma daripada daun Rhubarb dan Primento. Semestinya wanita di luar sana akan terpukau dan tidak dapat melupakan anda yang memakai Golden Boot kerana aroma maskulin hasil kombinasi kayu Kashmir dan Leather pastinya memberikan satu pengalaman indah buat si pemakainya.  

Ada juga sesetengah lelaki yang mungkin kurang gemar dengan aroma yang terlalu maskulin tetapi anda jangan risau kerana Eau De Toilette DASHING SPORT mempunyai aroma sporty yang berbau harum sepanjang masa dan semestinya memang sesuai sangat untuk lelaki-lelaki di luar sana tu.


Jadi, Hans nak kongsikan sedikit tentang apa kelebihan yang terdapat di dalam Deodoran DASHING SPORT ini pula. Kalau anda nak tahu produk Deodoran DASHING SPORT yang terbaru ini memberikan manfaat 6 dalam 1 untuk anda. Antara manfaatnya yang Hans nak kongsikan disini ialah :

1) Memberi perlindungan 24 jam
2) Berkesan mencegah bau badan
3) Ia mengandungi anti bakteria
4) Mempunyai formula cepat kering
5) Tidak meninggalkan kesan di kulit atau di baju
6) Memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari

DASHING SPORT ini boleh  didapati pada harga yang berbaloi iaitu hanya RM12.90 untuk Deodoran 125 ml dan hanya RM24.90 untuk Eau De Toilette 50 ml. Jadi, tunggu apa lagi kepada lelaki-lelaki di lua sana? Dapatkan sekarang untuk sentiasa kekal aktif dan menjadi maskulin yang sentiasa wangi di luar sana. 

P/S : Hans Dah Cuba Dua-Dua. Dua-Dua Pun Wangi Tetapi Hans Lebih Sukakan Hitman Jika Bersukan Dan Golden Boot Jika Untuk Aktiviti Yang Tidak Berpeluh. Terima Kasih Dashing Malaysia Di Atas Produk Terbaru Yang Hebat Nih.

37 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Best bau EDT tu. Fav anak kak ana yg kuning tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh kuning tu sedap juga
      tapi hidung saya suka yang hijau
      haha

      Padam
  2. Suka, harganya berpatutan dan wangiannya tahan lama

    BalasPadam
  3. Suami saya pengguna Dashing dulu, sekarang dah campur pakai apa yang saya pakai. Sibuk pulak dia nak pakai orang punya..adeh

    BalasPadam
  4. My lahling tak pakai wangian. Tak natural katanya hah...hah... Kalau tidak, PH nak beli dan sembur2 dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      kalau badan tak berbau okay
      kalau berbau dan dia tak beli...tolong belikan dan sembur
      hahaha

      Padam
  5. Saya pun suka pada produk nie, kadang-kadang selalu rembat minyak wangi daripada hubby... hihihi

    BalasPadam
  6. Singgah sini jugak :)

    Dashing memang wangi pon. suka bau dia. hehe

    BalasPadam
  7. Nice review! ^^ sebaik perempuan tak sesuai pakai hoho

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      perempuan pakai jadi habang-habang lak nanti

      Padam
  8. Nak hadiahkan untuk suami nanti!

    BalasPadam
  9. dtg sini follow hans..

    Dashing baru ni mmg best.. Rugi klu x cuba..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih sudi follow
      yups betul tu
      yang kali nih memang sedap bau dia

      Padam
  10. Abah mai pakai ni juga, hihihi kadang2 Nai curi2 spray pegi kerja, hahahaha.

    BalasPadam
  11. wahhh suka yang tak tggalkan kesan pada baju tu

    BalasPadam
  12. Mrs. A dah belikan untuk anak bujang Mrs. A si Along tu yang Hitman punya tapi tulah dia lebih suka yang jenis stick dari spray.

    Haish! macam-macam tau. Tapi tulah Mrs. A cakap kat dia habiskan yang tu dulu Along baru beli yang lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehhee
      lama-lama dia biasa lah tu
      yang stick takut nanti melekat dekat baju lah kan

      Padam
  13. Blm tgk lgi di psrn, if dh suka, abang2 punya pun aku guna, asal tak bau bwg 😂😂 ssshhh jgn spray byk, tak kuat bau nya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti cuba lah tengok
      wangi lah
      kalau bau bawang siapa nak pakai? haha

      Padam
  14. Zumal suka sangat bauan produk Dashing ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      yang nih best Zumal
      bau dia tak strong sangat tetapi sedap dan tahan lama

      Padam
  15. lelaki yg wangi adalah lekaki yang seksi... bg sy laa hahahahah

    BalasPadam
  16. Dah kluar the latest ye.. boleh belikan utk husband sbb mmg dia suka dashing

    BalasPadam
    Balasan
    1. belikan lah
      mesti husband bertambah sayang
      hoho

      Padam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama