Tayangan Perdana Filem Hunter Killer

Assalammualaikum semua! Alhamdulillah pada 23 Oktober 2018 yang lepas, Hans berkesempatan untuk hadir menyaksikan Tayangan Perdana Filem Hunter Killer yang berlangsung di GSC Pavillion. Terima kasih kepada pihak One World Alliance Film dan The Vocket kerana memilih Hans sebagai pemenang tiket. Jadi, dapatlah Hans berkongsi rezeki dengan pengikut blog filem Hans yang menyertai peraduan mudah yang Hans anjurkan di facebook baru-baru ini.


Filem Hunter Killer ini sarat dengan pelbagai aksi dan babak yang mendebarkan dan pastinya membuatkan sesiapa yang menonton berasa puas dengan kisah filem ini. Filem ini dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat dan ternama seperti Gerard Butler, Gary Oldman, Common, Linda Cardellini, Toby Stephens, Zane Holtz, Michael Gor, Michael Nyqvist dan ramai lagi. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ini di pawagam berdekatan anda yang akan mula ditayangkan pada 25 Oktober 2018 ini.


Sinopsis filem ini mengisahkan seorang lelaki bernama Joe Glass yang diberi mandat untuk menjadi kapten kapal selam untuk misi mencari sebuah kapal selam milik Amerika Syarikat yang hilang daripada radar selepas berada di perairan Rusia. Mengikut siasatan, pihak AS percaya hal ini terjadi kerana kapal selam mereka diserang oleh tentera laut Rusia. Namun, penemuan Joe Glass menemui satu rahsia baru apabila serangan tersebut bukan sahaja menyerang kapal selam AS tetapi juga kapal selam Rusia sendiri. Akhirnya, Joe mendapati terdapat satu cubaan rampasan kuasa yang sedang dilakukan oleh menteri pertahanan Rusia yang cuba berpaling tadah dan dalam masa yang sama turut menculik Presiden Rusia sendiri tanpa pengetahuan kerajaan Rusia. Joe akhirnya perlu bekerjasama bukan sahaja dengan pasukan U.S. Navy Seals untuk menyelamatkan presiden Rusia yang telah diculik tetapi juga perlu bekerjasama dengan tentera laut Rusia sendiri yang diselamatkan oleh pasukannya. Adakah tentera laut Rusia sanggup bekerjasama dengan Joe Glass dan pasukannya? Mampukah pasukan U.S Navi Seals menyelamatkan presiden Rusia di kawasan kubu terkuat tentera Rusia? Saksikan filem yang sarat dengan debaran dan aksi menarik ini di pawagam berdekatan anda untuk mengetahui jawapannya.


Jadi, kepada sesiapa yang berminat nak baca ulasan @ review Hans untuk filem ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tersebut. Selamat membaca.

P/S : Hans Terlepas Beberapa Tayangan Perdana Untuk Filem-Filem Terbaru Seperti Kung Fu League, 7ujuh Dan Operasi X Kerana Hans Bakal Menunaikan Umrah Dan Dalam Masa Yang Sama Bekerja Untuk Sebuah Rancangan Televisyen Selama Dua Minggu Di Sana. Jadi, Hans Minta Maaf Kerana Tidak Dapat Hadir Memenuhi Jemputan. Doakan Urusan Hans Di Sana Dipermudahkan Dan Berjalan Lancar Yer. Amin!

8 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Menarik sinopsis filem nie..
    Alhamdulillah.. rezeki Hans.. semoga Allah melancarkan semua urusan Hans..

    ردحذف
  2. moga di permudahkan perjalanan dan sepanjang menjalankan ibadah umrah ye buat hans

    ردحذف
  3. Macam menarik sinopsis Hunter Killer ni, bolehlah tengok nanti kalau ada rasa nak tengok wayang... heheh :D

    All the best nanti dalam mengerjakan umrah sambil bekerja tu ye Hans ^^

    ردحذف
  4. Semoga mendapat umrah yang mabrur.

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم