KFC Malaysia Yang Pertama Di Asia Tenggara Laksana Pertukaran Sisa Kepada Tenaga

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans dijemput oleh syarikat QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands) yang merupakan pengendali restoran KFC dan Pizza Hut untuk menghadiri satu majlis memorandum perjanjian (MoA) antara QSR Brands dan FatHopes Energy Sdn Bhd (FatHopes Energy). Perjanjian tersebut bertujuan untuk melancar inisiatif mampan dan mesra alam dalam operasinya menerusi pemprosesan sisa minyak kepada bahan api industri. Selain itu, inisiatif ini juga merupakan sebuah usaha bagi memacu perubahan ke arah kesejahteraan sosial dan persekitaran di samping menjana bekalan bahan api bio dari Malaysia secara berterusan.



Satu memorandum perjanjian (MoA) telah dimeterai menerusi pertukaran dokumen antara Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Restoran QSR Brands, Merrill Christopher Pereyra dan Pengasas serta Ketua Pegawai Eksekutif FatHopes Energy, Vinesh SinhaIa telah disaksikan oleh Pengerusi QSR Brands, Dato' Kamaruzzaman Abu Kassim bersama Pengarah Urusan QSR Brands, Dato' Sri Mohamed Azahari Mohamed Kamil pada satu majlis di KFC Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Pegawai Operasi FatHopes Energy, Dato' Eddy LeongDato'Kamaruzzaman berkata, kerjasama ini merupakan satu langkah progresif dalam usaha kelestarian QSR Brands serta sejajar dengan matlamat perangkaan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) syarikat yang telah diperbaharui, di samping mengulas manfaat inisiatif berkenaan. “Inisiatif ini secara sosialnya disasarkan bagi menyalur hasil minyak terpakai kepada aplikasi perindustrian yang boleh dikesan, sekali gus menentang risiko penggunaan minyak kitar semula dalam penyediaan makanan harian rakyat Malaysia. Manakala, impak positif terhadap alam sekitar dihasilkan menerusi pertukaran minyak terpakai kepada bahan api bio yang bermaksud sejumlah besar karbon tidak lagi dibebaskan ke atmosfera. Akhir sekali, inisiatif ini turut menyumbang manfaat dalam aspek ekonomi menerusi peningkatan pendapatan daripada pertambahan kutipan isi padu pemulihan minyak masak terpakai daripada restoran KFC,” katanya.



Manakala Dato' Seri Mohamed Azahari pula menyatakan bahawa sistem FHE iTank milikan FatHopes Energy adalah sebuah sistem pengumpulan minyak terpakai berinovasi yang akan dipasang di semua restoran KFC. Ia direka bagi memperbaiki kecekapan operasi dapur restoran dengan menghapuskan pengendalian minyak terpakai secara langsung di samping meningkatkan hasil kutipannya secara ketara. “Kami amat menyokong teknologi pemulihan sisa inovatif oleh FatHopes Energy, kecekapan sasaran aplikasi mereka untuk peringkat komersial serta minat yang mendalam terhadap inisiatif kitar semula sisa kepada tenaga (waste to energy). Bersama FatHopes sebagai rakan kerjasama lestari, membolehkan kami memberi tumpuan lebih terhadap perniagaan teras kami, bagi menghidangkan perkhidmatan terbaik kepada jutaan pelanggan setiap bulan,” tambah beliau.



Menyuarakan keyakinannya terhadap kerjasama ini, Vinesh Sinha berkata bahawa kolaboratif bersama QSR Brands menandakan sebuah lagi detik penting dalam perjalanan FatHopes Energy serta ia merupakan usaha yang wajar dijadikan contoh dan diterapkan dalam industri. Kami sedar akan kepelbagaian sifat dalam permasalahan iklim dan alam sekitar serta kekangan sesebuah syarikat untuk bertindak secara sendiri menangani cabaran sebegini. Tetapi kami kekal memberi tumpuan dan proaktif mencari serta meneroka penyelesaian bagi memberi manfaat kepada masyarakat dan alam sekitar, selain membawa pulangan kepada ekonomi. Kami amat berbesar hati dengan sokongan yang ditunjukkan oleh QSR Brands dan sedia untuk menawarkan kepakaran serta kebolehan kami dalam menyediakan penyelesaian inovatif bagi menguruskan sisa minyak dari restoran KFC menerusi kaedah yang beretika dan bertanggungjawab,” ujar Vinesh.



Inisiatif bersama FatHopes Energy ini akan dijalankan secara berperingkat bermula daripada pemasangan FHE iTank di restoran KFC seluruh Malaysia, serta turut berpotensi dikembangkan kepada operasi Singapura. Kedua-dua pihak sedang dalam perbincangan bagi peringkat kedua kerjasama berkenaan, di mana FatHopes Energy akan mengendalikan kilang biodiesel QSR Brands di Port Klang bagi tujuan pemprosesan sisa ke bahan api bio. Menerusi kendalian FatHopes Energy, keupayaan operasi tapak sedia ada berkenaan dapat dipertingkatkan bagi memacu agenda global penghasilan bahan api bio berasaskan sisa.

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama